BN sanggup lantik balik bekas perdana menteri kleptokrasi bagi jawatan penting?

Kenyataan media oleh Bendahari Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang dan Ketua Pemuda Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Tanjong Benji Ang Ming Quan di George Town, Pulau Pinang pada 10.7.2019:

Setinggi-tinggi tahniah kepada Najib Razak di atas pelantikan sebagai pengerusi lembaga penasihat gabungan Barisan Nasional.

Pelantikan ini telah membuktikan bahawa BN masih terkecimpung dengan keadaan yang huru-hara disebabkan sanggup melantik seorang bekas perdana menteri kleptokrasi yang tiada integriti dan tidak layak untuk memberi khidmat nasihat.

Pelantikan tersebut telah membuktikan sifat sebenar UMNO yang tidak kesal langsung sejak PRU 14. Rakyat haruslah bijak untuk mempertimbangkan sama ada janji-janji yang dibuat oleh pemimpinan parti UMNO boleh dipercayai.

Justeru itu, PH harus menghargai sokongan rakyat dengan mempercepatkan proses menunaikan manifesto dan tidak jatuh ke dalam perangkap parti pembangkang dalam memainkan isu politik. Selain itu, kerajaan PH juga patut mengelakkan pembuangan masa untuk mempelawa ahli dari parti pembangkang.

Masa itu emas, keinginan dan usaha kerajaan PH akan mempengaruh pilihan rakyat pada masa depan terutamanya pilihan umum Negeri Sarawak.

Benji Ang Ming Quan

Scroll to Top
Scroll to Top