BN perlu jelas kepada pengundi Johor mengapa mereka sokong kenaikan penalti & denda kompaun: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 2.3.2022:

BN Perlu Jelaskan Kepada Pengundi Johor Mengapa Mereka Menyokong Kenaikan Penalti Dan Denda Kompaun Kepada RM2 Juta Dan RM1 Juta Bagi Syarikat Dan RM100,000 Dan RM10,000 Bagi Individu Yang Tidak Patuh SOP COVID-19.

BN perlu menjelaskan kepada pengundi Johor mengapa mereka menyokong kenaikan penalti dan denda kompaun kepada RM 2 juta dan RM 1 juta untuk syarikat dan RM100,000 dan RM10,000 bagi individu yang tidak mematuhi SOP COVID-19. Kenaikan penalti (apabila disabitkan di mahkamah) dan denda kompaun juga memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun, terkandung dalam cadangan pindaan kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Penalti dan denda kompaun yang keras sedemikian boleh dikuatkuasakan sesuka hati dengan kuasa yang tidak terhad dan tidak terkawal yang diberikan kepada Ketua Pengarah Kesihatan, yang tidak boleh dipersoalkan atau dicabar di bawah cadangan pindaan yang sama. PH dan DAP telah mengambil pendirian tegas menentang dan mengundi menolak cadangan pindaan sedemikian di Parlimen kerana kuasa zalim yang diberikan kepada penguatkuasaan dan hukuman serta denda kompaun berat yang dikenakan.

Terdapat dua sebab utama mengapa pindaan ini tidak sepatutnya diluluskan. Pertama, ini adalah percubaan tidak jujur ​​oleh kerajaan untuk menyalahkan rakyat untuk mengelak tanggungjawab ke atas kegagalan mereka menguruskan pandemik COVID-19 yang telah menyebabkan kehilangan hampir 33,000 nyawa dan hampir 3.5 juta jangkitan.  Kedua, hukuman yang berat boleh memberi kesan buruk kepada kehidupan rakyat biasa dan kelangsungan perniagaan kecil yang tidak mampu membayar penalti dan denda kompaun yang berat serta membebankan.

Bukan setiap rakyat Malaysia biasa kaya seperti Menteri yang mampu membayar denda RM10,000 dan setiap syarikat boleh bertahan jika dikenakan denda kompaun RM1 juta. Kerajaan harus mengakui kegagalan mereka dalam mengurus COVID-19 dan mengambil tanggungjawab penuh atas ketidakcekapan mereka, mempunyai belas kasihan kepada mangsa COVID-19 dan menguruskan peralihan pandemik yang menjadi endemik secara berkesan dalam menerima realiti bahawa masyarakat terpaksa hidup dengan COVID-19.

Penalti yang keras dan kuasa zalim yang diberikan kepada pegawai penguatkuasa akan meletakkan halangan tambahan kepada pemulihan penuh ekonomi. Demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian, perlu ada pendekatan keseluruhan kerajaan dan bukannya menyalahkan atau menjadikan rakyat sebagai punca pandemik COVID-19.

Kerajaan Persekutuan begitu licik dan penuh helah dalam mengatur masa perbahasan dan meluluskan cadangan pindaan selepas 12 Mac apabila Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berakhir. Jelas sekali pindaan itu dirancang untuk diluluskan selepas PRN Johor, bagi mengelak kontroversi dan kesan buruk isu itu terhadap undian. Atas sebab ini, BN termasuk kedua-dua UMNO, MCA dan MIC mesti tampil memberi penjelasan terhadap sokongan mereka kepada cadangan pindaan ini yang bertentangan dengan kepentingan rakyat.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2022年3月2日在吉隆坡发表文告:

国阵需要向柔佛选民解释为何他们支持提高违反防疫标准作业程序的罚款和罚单金额。其中企业罚款和罚单金额分别提高到200万令吉和100万令吉,而个人罚款和罚单则分别是10万令吉和1万令吉。

国阵需要向柔佛选民解释为何他们支持提高违反防疫标准作业程序的罚款和罚单金额。其中企业罚款和罚单金额分别提高到200万令吉和100万令吉,而个人罚款和罚单则分别是10万令吉和1万令吉。根据1988年传染病预防和控制法令修正法案,增加罚款(被法庭定罪后)和罚单金额外,人们也可被处以最高7年监禁的刑罚。

当局可随意执行如此严厉的罚款和罚单金额,卫生总监被授予不受约束和无限的权力,而这一切在相关修正法案下不能被质疑或挑战。有鉴于执法所获得的严苛权力,及当局将落实更严厉的罚款和罚单金额,希盟和行动党遂站稳立场在国会里反对这项修正案。

有两个根本原因使我们不支持这项修正案。首先,政府在不诚实地试图将责任归咎于人民,以逃避掉他们因管控疫情无力而造成近3万3000人丧命及约350万人确诊的责任。其次,对于无力承担如此沉重的罚款和罚单金额的一般民众和小企业而言,严厉的罚款金额可能对他们的生计和生存造成毁灭性影响。

不是每一名马来西亚人都像部长那样富有,承担得起1万令吉罚款,也不是每一家企业可在被处以100万令吉罚单后仍能继续生存。政府应该要承认对疫情的失败管理,并为他们的无能负起全责。政府应对新冠疫情的受害者予以同情,有效管理将从大流行转化为地方性流行病的冠病,接受社会需与新冠病毒共存的现实。

如此严厉的惩罚,加上执法人员的严苛权力,将给经济全面复苏带来额外障碍。为了挽救生命和生计,我国需采用全政府模式来做出应对,而不是指责或使人民变成疫情爆发的罪魁祸首。

联邦政府拟在3月12日柔佛州选后,辩论和批准修正案的做法很是狡猾。显然的,政府为了避免争议和此课题对选举造成的不利影响,才会拟定待柔佛州选后再通过这项修正案。为此,包括巫统、马华和国大党在内的国阵需阐明他们是否支持此损害人民利益的修正案。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 2.3.2022:

BN Must Explain To Johor Voters Why They Support The Increase In Penalties And Compound Fines To RM 2 Million And RM 1 Million Respectively For Corporations And RM100,000 And RM10,000 Respectively For Individual For Non-Compliance Of COVID-19 SOPs.

BN must explain to Johor voters why they support the increase in penalties and compound fines to RM 2 million and RM 1 million respectively for corporations and RM100,000 and RM10,000 respectively for individuals for non-compliance of COVID-19 SOPs. The increase in penalties(upon conviction in court) and compound fines also provide for imprisonment up to 7 years, is contained in the proposed amendments to the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988.

Such harsh penalties and compound fines can be enforced at will with unfettered and unlimited powers granted to the Director-General of Health, that can not be questioned or challenged under the same proposed amendments. PH and DAP have adopted a firm position of opposing and voting against such proposed amendments in Parliament due to the draconian powers granted to the enforcement and harsh penalties and compound fines imposed.

There are two fundamental reasons why these amendments should not be approved. First, this is a dishonest attempt by the government to pin the blame on the rakyat to avoid responsibility for their failure to manage the COVID-19 pandemic that has caused the loss of nearly 33,000 lives and almost 3.5 million infections. Second, the harsh penalties can have a devastating effect on the livelihood of ordinary people and survival of small businesses who are unable to afford such heavy and burdensome penalties and compound fines.

Not every ordinary Malaysian is wealthy like Ministers who can afford RM10,000 fines nor every company can survive if slapped with a RM1 million compound fine. The government should own up to their COVID-19 failures and bear full responsibility for their incompetence, be compassionate to the victims of COVID-19 and to effectively manage the transition of the pandemic becoming endemic to accept the reality that society has to live with COVID-19.

Such harsh penalties and draconian powers arming enforcement officers will impose an additional obstacle to the full recovery of the economy. To save lives and livelihood, there must be a whole-of-government approach instead of blaming or making the people the culprit for the COVID-19 pandemic.

The Federal government is devious and cunning in timing the debate and approving the proposed amendments after 12 March when the Johor elections are over. Clearly the amendments are intended to be passed after the Johor elections, to avoid the controversy and the adverse electoral impact over the issue. For this reason, BN including both UMNO, MCA and MIC must come clean on their support for these proposed amendments that are inimical to the interests of the people.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top