Bekas Presiden Majlis Peguam dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Siasatan tragedi Tg Bungah

Bekas Presiden Majlis Peguam dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Siasatan tragedi Tg Bungah

Suruhanjaya Siasatan Negeri bagi menyiasat tragedi Tg Bungah telah ditubuhkan secara rasmi pada 25 Oktober 2017, empat hari selepas peristiwa tersebut.

Suruhanjaya ini akan dipengerusikan oleh peguam terkemuka, Dato’ Yeo Yang Poh yang merupakan Pengerusi Lembaga Rayuan dan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia.

Suruhanjaya ini diberi kuasa untuk mengenal pasti sebab insiden, mengesyorkan tindakan perundangan terhadap pihak bertanggungjawab dan mengesyorkan penambahbaikan kelulusan projek masa hadapan.

Suruhanjaya ini juga berkuasa untuk memanggil mana-mana pihak untuk membantu siasatan.

Dua lagi Pesuruhanjaya ialah Professor Ir. Dr. Haji Ramli Nazir dari UTM dan Dato’ Ir. Dr. Gue See Sew. Kedua-dua mereka merupakan pakar dalam bidang geoteknikal.

Demi kebenaran dan keadilan!

#SebarFakta
#CAT

Scroll to Top
Scroll to Top