Kenyataan Media oleh Quah Boon Lim – Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Bukit Gelugor (DAPSY Bukit Gelugor) – Georgetown, Pulau Pinang – 8 Oktober 2019
Kelakuan bekas ahli DAP, Teh Yee Cheu yang baru-baru ini mencabar Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang yang merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Kerja Raya, Utiliti dan Tembatan Banjir), Sdr Zairil Khir Johari, berdebat mengenai isu keselamatan menara telko tidak logik dan ternyata hanya ingin mencari publisiti murahan.
Ini adalah kenyataan yang dicatat oleh ahli politik pembangkang tertentu yang cuba mengelirukan dan menakut-nakutkan orang ramai dengan memetik sumber-sumber yang tidak boleh dipercayai dan laporan terpilih dalam kempen mereka terhadap pendirian menara telekomunikasi yang ternyata tidak berasas.
Sebelum telco tower dibina, pihak syarikat telekomunikasi harus merujuk dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum mendirikan sesuatu menara telekomunikasi untuk mendapatkan aspek keselamatan terutama dari segi kesihatan dan menara telco yang dibina mestilah mengikut jarak yang dibenarkan supaya tidak mendatang kesan kepada penduduk .
Seperti yang telah dijelaskan Negeri banyak kali sebelum ini, tahap pelepasan Radio Frequency Electromagnetic Field (RF-EMF) dari menara telekomunikasi yang diluluskan adalah selamat dan di bawah had garis panduan yang disyorkan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Antarabangsa mengenai Perlindungan Sinaran Tanpa Pengion (ICNIRP).
Selain ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertindak sebagai badan kawal dan memberi jaminan bahawa mereka akan sentiasa memantau tahadap pembinaan, penempatan dan radiasi yang dipancarkan oleh pemancar komunikasi di Malaysia.
Berdasarkan kajian-kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pendedahan kepada pemancar telekomunikasi tidak mempengaruhi sistem biologi atau menimbulkan sebarang kesan kesihatan.
Kementerian Kesihatan juga bersetuju bahawa tidak ada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan potensi bahaya kesihatan yang disebabkan oleh radiasi dari pemancar telekomunikasi.
Maka, menurut kajian-kajian yang telah dilakukan, memang terbuktilah bahawa menara-menara telekomunikasi tidak mendatangkan kesan yang buruk malah perlu dibina bagi memudahkan perhubungan komunikasi sejajar arus perkembangan teknologi pada masa ini. Masyarakat perlu memandang positif terhadap kelebihan menara telekomunikasi agar dapat menikmati kemudahan teknologi dengan lebih mudah dan efisien.
Dalam dunia digital ini, aliran komunikasi perlu pantas dan mampu menampungi keperluan masyarakat semasa. Sekiranya tidak, Pulau Pinang akan ketinggalan dan ini tidak akan memberi sebarang manfaat kepada sesiapa, malah, ini akan merugikan rakyat Pulau Pinang sahaja.
Bayangkan, di zaman perkembangan teknologi terkini, jika tiada wujudnya menara telko, masalah seperti liputan talian internet dan telefon bimbit akan terjejas dan ia boleh menyebabkan kita tidak dapat mengikuti arus teknologi yang semakin berkembang di dunia. Kita seringkali mengeluh bila talian internet dan telefon bimbit lemah tetapi perkara ini berlaku kerana kekurang menara telko. Jadi penambahan menara telko merupakan keperluan masyarakat semasa. Jadi fikir-fikirkanlah.
QUAH BOON LIM
Ketua Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik Bukit Gelugor