Kenyataan Media (George Town, 25 Februari 2021):
Bas Percuma Tanpa Had Di Pulau Pinang Bermula 1 Mac 2021
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan sukacitanya mengumumkan bahawa bermula 1 Mac 2021 sehingga 31 Disember 2021, semua pengguna bas berwarganegara Malaysia boleh menggunakan perkhidmatan Rapid Penang secara percuma di seluruh negeri dan pada setiap masa 2021 dengan melanggani Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30.
Kerajaan Negeri terlebih dahulu mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan di mana dalam Belanjawan 2021 telah memperluaskan insentif pas perjalanan tanpa had (Pas Mutiara My30) ke Negeri Pulau Pinang mulai 1 Januari 2021. Inisiatif ini membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan bas kendalian Kumpulan Prasarana iaitu Rapid Penang dengan harga RM30 sebulan.
Justeru, sebagai langkah proaktif untuk membantu meringankan beban perbelanjaan harian pengguna yang terjejas pendapatannya sepanjang pandemik COVID-19, Kerajaan Negeri sukacita bersetuju untuk menanggung kos langganan Pas Mutiara My30 yang bernilai RM30 sebulan untuk setiap kad. Rakyat Pulau Pinang kini boleh menikmati bas percuma di semua laluan dengan pembiayaan kad ini oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Pembiayaan ini melibatkan peruntukan sebanyak RM300,000.00 dengan jumlah kad sebanyak 10,000 kad sebulan. Kolaborasi pembiayaan Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30 di antara pihak Rapid Penang dengan Kerajaan Negeri ini akan dilancarkan pada 1 Mac 2021 (Isnin). Pengguna boleh melanggan pas ini di mana-mana Kiosk Rapid Penang berhampiran mulai 1 Mac 2021 ini.
Bagi pembelian kali pertama pengguna akan dikenakan bayaran sebanyak RM10/kad iaitu bayaran RM5 untuk kad serta RM5 untuk ‘purse value’. Pengguna yang sudah mempunyai Pas Mutiara My30 tidak perlu lagi membeli kad baharu, sebaliknya boleh memperbaharui (renew) kad secara percuma.
Meliputi pelbagai sudut usaha dalam meringankan beban penduduk, Kerajaan Negeri percaya bahawa pembiayaan ini juga berupaya menjadi pemangkin untuk menarik lebih ramai penduduk Pulau Pinang beralih kepada pengangkutan awam berbanding kenderaan persendirian.
Secara tidak langsung, dengan Pas Perjalanan Percuma Tanpa Had My30 ini juga pengguna bakal meraih penjimatan kos seharian seperti petrol, parkir dan tol.
Zairil Khir Johari
EXCO Infrastruktur dan Pengangkutan
Negeri Pulau Pinang

槟州免费巴士下个月开始
槟州政府宣布从下月开始至今年 12 月 31 日,提供免费快捷通巴士服务给所有州民。槟州政府承担 My30 珍珠通行证。
凡是持有 My30 珍珠通行证的大马国民,下个月开始就无须再支付每月 30 令吉,就能享有免费的巴士服务。
首先,槟州政府先要感谢中央政府,于今年度的财政预算案中,通过延长快捷通巴士 30 令吉(My30 珍珠通行证)月票优惠。然而,州政府在疫情期间,为了协助快捷通巴士乘客的日常开销,所以议决承担每名乘客每月 30 令吉月费,让乘客能免费乘搭快捷通巴士。
州政府在这项措施下,必须承担 30 万令吉(共 1 万张 My30 珍珠通行证)。这项免费服务将在下个月开始,届时,乘客能到快捷通巴士柜台咨询。
针对第一次购买 My30 珍珠通行证用户,必须支付 10 令吉,即 5 令吉为卡费;另 5 令吉为“钱包价值”。已拥有该通行证的用户,则无需再购买新卡,只更新该通行证即可。
通过此措施,槟州政府也希望能吸引更多人乘搭公交。间接的,能协助乘客节省日常开销包括汽油、停车费、收费站开销。
再里尔
槟州基本设施及交通事务行政议员