Ahmad Faizal tolak aduan wanita mengenai gangguan seksual, tidak layak menjadi Menteri Belia & Sukan: Setiausaha Agung DAP Guan Eng

Kenyataan Akhbar Oleh Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Di Kuala Lumpur Pada 26.10.2021:

Ahmad Faizal Tidak Layak Menjadi Menteri Belia dan Sukan

DAP menganggap Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu sebagai contoh yang menjijikkan seorang lelaki berkuasa yang menolak dan tidak mengendahkan aduan wanita mengenai gangguan seksual apabila dia mempersoalkan motif penerjun negara Pandelela Rinong dalam membawa “kisah lama” tentang bekas jurulatihnya. Penerjun negara dan salah seorang wirawati sukan kita, Pandelela Rinong berkata dia telah berkongsi pengalaman gangguan seksual yang melibatkan bekas jurulatihnya untuk menawarkan sokongan dan menggalakkan mangsa lain untuk bersuara.

Daripada bersimpati dengan Pandelela dan menyiasat pendedahannya yang mengejutkan, Ahmad Faizal telah memilih untuk bukan sahaja memperkecilkan tetapi juga menganiaya pemberi maklumat dan mangsa gangguan dan serangan seksual.  Mungkin dia lupa bahawa wanita-wanita ini adalah manusia dan bukan harta benda semata-mata untuk dipergunakan dan dibuang begitu sahaja.

Pandelela telah berkongsi di media sosial bahawa dia mempunyai seorang jurulatih yang suka membuat jenaka lucah, tetapi atlet tidak boleh berbuat apa-apa terhadapnya kerana dia mendapat sokongan ketua jurulatih. Ahmad Faizal jangan lupa bahawa dia juga mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan yang dia ingin lindungi daripada pemangsa seksual.

Apabila Pandelela akhirnya bersuara, dia berkata akibatnya dia telah dibuli. Paling mengejutkan adalah Pandelela mendakwa jurulatih terbabit melakukan kes rogol tujuh tahun kemudian. Seperti yang dikatakan pemenang dua kali pingat Olimpik ini dengan jelas, “Paling penting, mereka yang membiarkan dan mempertahankan perkara ini tidak perlu diangkat. Orang lain mungkin lupa, tetapi bukan mangsa”.

Ahmad Faizal telah menunjukkan dirinya tidak layak untuk memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Tindakan perlu diambil untuk membersihkan sukan dan menjadikannya selamat untuk wanita dengan bertindak bukan sahaja terhadap pelaku tetapi juga mereka yang membiarkan dan mempertahankan perkara ini dengan cuba menutup tingkah laku jenayah tersebut dan memaksa mangsa untuk berdiam diri dan berasa takut untuk sekian lama.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2021年10月26日在吉隆坡发表文告:

阿末费沙并不适合担任青年及体育部长

民主行动党认为青年及体育部长阿末费沙是个令人厌恶的当权者。他质疑我国跳水选手潘德丽拉重提前教练“旧事”的动机,并驳回和无视女性针对性骚扰的投诉。我国跳水选手潘德丽拉随后指出,她只是分享涉及其前教练的性骚扰经历,以此支持和鼓励其他受害者勇敢发声。

阿末费沙不仅没有同情潘德丽拉并调查她所披露的震惊信息,反而选择了非人性化的做法,残忍对待举报者及受到性骚扰和侵犯的受害者。恳请阿末费沙不要忘记,女性也是人类,而不只是用后就丢的产品。

潘德丽拉在社交媒体上分享,她曾遇到一名喜欢开黄腔的教练,但因为对方获得总教练的包庇,使得运动员无能为力。阿末费沙别忘了他也有女儿和孙女,而他会想要保护他们免受性侵犯。

当潘德丽拉最终终于反击对方时,她指自己随之遭到欺负。令人震惊的是,她也指有关教练在7年后涉嫌强奸案。这位两届奥运会的得奖有力指出:“最重要的是,不应该美化施害者及其后台。其他人或可能会遗忘,但受害者不会。”

阿末费沙已经证明了他并不适合担任青年及体育部长。有关当局必须采取行动整顿体育界,确保女性安全。不仅要对付施害者,也要对付掩盖此类犯罪行为且长时间在受害者间制造沉默和恐惧气氛的推手。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Kuala Lumpur On 26.10.2021:

Ahmad Faizal Unfit As Youth and Sports Minister

DAP regards Youth and Sports Minister Ahmad Faizal Azumu as a sickening example of a man in authority who dismisses and disregards lightly complaints by women of sexual harassment when he questioned national diver Pandelela Rinong’s motives in bringing up an “old story” about her former coach. National diver and one of our sporting heroes, Pandelela Rinong said she had shared her experience of sexual harassment involving her former coach in order to offer support and embolden other victims to speak up.

Instead of sympathising with Pandelela and investigate her shocking disclosures, Ahmad Faizal has chosen to not just dehumanise but also brutalise whistle-blowers and the victims of sexual harassment and assaults. Lest he forget these ladies are human beings and not mere chattels or property to be used and discarded.

Pandelela had shared on social media that she had a coach who liked to make lewd jokes, but athletes could not do anything about him because he had the backing of the head coach. Ahmad Faizal should not forget he has daughters and granddaughters that he would want to keep safe from sexual predators.

When Pandelela eventually did speak up, she said she was bullied as a consequence. Shockingly, Pandelela claimed that the coach concerned committed rape seven years later. As the two-time Olympic medallist eloquently said, “Most importantly, enablers and their backups shouldn’t be glamourised. Others may forget, but not the victim”.

Ahmad Faizal has shown himself to be unfit for the job of Youth and Sports Minister. Action must be taken to clean up sports and make it safe for women by acting not only against the perpetrators but also the enablers and backups who covered up such criminal behaviour and imposed a climate of silence and fear amongst the victims for far too long.

LIM GUAN ENG

Scroll to Top
Scroll to Top