

Laporan Polis Terhadap Mantan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin Oleh Pengerusi Kebangsaan DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur Pada 11.30 Pagi 22.3.2023:
Saya Lim Guan Eng, Ahli Parlimen Bagan dan mantan Menteri Kewangan Malaysia ingin membuat satu laporan polis terhadap mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana melakukan fitnah jenayah (criminal defamation) terhadap saya yang menyalahi Seksyen 499 Kanun Keseksaan. Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan berikut di luar Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) selepas ditangkap dan dibebaskan pada 9 Mac 2023 bahawa,
“Selepas PRU 14, kerajaan gabungan PH tertubuh. Menteri Kewangan daripada DAP Lim Guan Eng telah membatalkan pengecualian yang telahpun diluluskan kepada Yayasan AlBukhary.”
Muhyiddin telah mengulangi fitnahnya terhadap saya dalam satu kenyataan media pada 11 Mac dan satu sidang akhbar pada 12 Mac. Sehingga sekarang Muhyiddin gagal sama sekali untuk menunjukkan bukti untuk menyokong dakwaannya, khususnya surat arahan saya yang membatalkan pengecualian cukai tersebut.
Kegagalan Muhyiddin berbuat demikian buktikan beliau buat satu fitnah jahat terhadap saya. Saya ingin menekankan dengan keras sekali bahawa semasa menjawat jawatan Menteri Kewangan, saya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan spesifik untuk membatalkan sebarang pengecualian cukai yang dinikmati oleh Yayasan AlBukhary.
Semalam di Parlimen pada 21 Mac, semasa menjawab soalan Ahli Parlimen Rasah YB Cha Kee Chin, Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan bahawa saya bercakap benar. Datuk Seri Anwar telah menyatakan kerajaan mengesahkan dari rekod Kementerian Kewangan bahawa Lim Guan Eng semasa menjawat Menteri Kewangan, tidak pernah membuat sebarang pembatalan kepada kelulusan percukaian yang sebelumnya didakwa diberikan kepada Yayasan AlBukhary.
Maka Perdana Menteri menyatakan dakwaan yang dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Lim Guan Eng membatalkan pengecualian kepada kelulusan percukaian Yayasan Albukhary adalah tidak benar. Kuasa membatalkan cukai diletakkan di bawah bidang kuasa Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri dan bukan di bawah Perdana Menteri atau Menteri Kewangan.
Datuk Seri Anwar menambah bahawa kerana hakikatnya kelulusan hanya dibuat pada 25 Februari 2021, iaitu kelulusan pengecualian cukai yang di luar kebiasaannya yang melibatkan kedua-dua Yayasan AlBukhary dan Kumpulan AlBukhary. Jelas sekali, fitnah Muhyiddin yang tidak berasas ini berniat jahat untuk memainkan sentimen bagi mengalihkan perhatian daripada empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan ratusan juta ringgit yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Amat mudah untuk mengapi-apikan atau menghasut perasaan rakyat yang boleh mengancam harmoni kaum dan agama serta menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam. Masakan tidak bila seorang Menteri Kewangan bukan Islam difitnah sengaja membatalkan pengecualian cukai yang diberikan kepada sebuah pertubuhan amal Islam. Fitnah Muhyiddin Yassin ini dibuat terhadap saya dengan niat jahat untuk menjatuhkan maruah saya.
Selain daripada fitnah jenayah terhadap saya, Muhyiddin berniat jahat juga dengan sengaja cuba membangkitkan pecah keamanan (breach of the peace) di bawah seksyen 504 Kanun Keseksaan dengan membuat fitnah terhadap saya dan juga merupakan kenyataan fitnah yang boleh menyebabkan khianat awam di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan. Saya menuntut pihak polis menyiasat Tan Sri Muhyiddin Yassin.
LIM GUAN ENG
22 Mac 2023
民主行动党全国主席兼峇眼区国会议员林冠英于 2023 年 3 月 22 日上午 11 时 30 分在吉隆坡金马警察局报警彻查前首相慕尤丁:
本人林冠英,为峇眼区国会议员和马来西亚前财政部长。本人欲针对前首相丹斯里慕尤丁违反刑事法典第 499 条文对我进行刑事诽谤一事报案。慕尤丁是于日前被捕,并在 2023 年 3 月 9 日获释。他得到释放后,在马来西亚反贪污委员会(MACC)总部外发表了下列声明,
“第14届大选后,希盟政府因应成立。当时的行动党财政部长林冠英取消了已经批准给阿布卡里基金会的免税优惠。”
慕尤丁稍后分别在 3 月 11 日的文告和 3 月 12 日的新闻发布会上,重复了他对我的诽谤。直到现在,慕尤丁完全没有拿出任何证据来支持他的说法,特别是我取消有关免税地位的指示信。
慕尤丁提不出任何证据,恰恰证明了这是对我的恶意诽谤。我欲强烈地重申,在我担任财政部长期间,从未发布过任何具体的指示来取消阿布卡里基金会享有的任何免税优惠。
3 月 21 日,即昨天的国会里,首相拿督斯里安华在回答亚沙区国会议员谢琪清的提问时,证实我说的是实话。拿督斯里安华表示,政府从财政部的记录中确认,林冠英在担任财政部长期间从未取消任何给予阿布卡里基金会的税务优惠。
因此,首相认为丹斯里慕尤丁声称林冠英撤销了对阿布卡里的税务优惠的言论是不正确的。因为给予免税优惠属于内陆税收局总监的权力范围,而不是在首相或财政部长的管辖范围内。
拿督斯里安华补充,有关批准是在 2021 年 2 月 25 日才作出的,这异于平常的免税批准同时涉及阿布卡里基金会和阿布卡里集团。显然,慕尤丁做出了毫无根据的诽谤,是蓄意利用情绪来转移人们的注意力。丹斯里慕尤丁如今正面临四项滥用职权和三项洗黑钱的指控,涉及数目达数亿令吉。
如此的言论,很容易煽动或激怒人们的情绪,进而威胁种族及宗教和谐,不利于国家安全和公共秩序。当一名非穆斯林财政部长被诬赖成故意取消给予伊斯兰慈善组织的免税优惠,这是令人难以接受的。 慕尤丁的做法是充满恶意的诽谤,旨在羞辱我。
除了对我的刑事诽谤外,慕尤丁也心怀不轨,试图通过诽谤我来破坏现有的和平,有违刑法第 504 条文。除此之外,此等诽谤言论也将煽动公众,触及刑法第 505(c) 条文。我要求警方彻查丹斯里慕尤丁。
林冠英
2023年3月22日