ADUN Lai Heng seru Kerajaan Kedah kekal Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air demi kepentingan rakyat

Kenyataan Media Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap ADUN Komtar, YB Teh Lai Heng pada 10 Disember 2020:

Teh Lai Heng: Air adalah keperluan asas,
Kerajaan harus mempertahankan kawasan tadahan air demi kepentingan rakyat

Kerajaan negeri Pulau Pinang tegas bantah ke atas semua konsesi pembalakan dan aktiviti mengekstrak sumber elemen nadir bumi (REE) seperti perlombongan emas, timah dan bauksit di kawasan tadahan air Ulu Muda.

Kawasan Tadahan Air di Ulu Muda adalah penghubung pertama dalam rangkaian nilai bekalan air Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang memenuhi keperluan air penduduk. Berdasarkan laporan terkini, 96% daripada air mentah Kedah, 70% Perlis dan 80% Pulau Pinang diperoleh dari sungai hutan.

Mengikuti statistik yang dinyatakan, kegiatan pembalakan dan perlombongan di Ulu Muda bukan sahaja menjejaskan aktiviti perniagaan dan akan terus menyebabkan kekurangan sumber air untuk disalurkan kepada 4.2 juta penduduk di tiga negeri.

Tuntutan Menteri Besar Kedah ke atas PBAPP adalah tidak berasas kerana selama ini PBAPP hanya mengabstrak air dari Sungai Muda yang terletak di wilayah Pulau Pinang dan Sungai Muda merupakan sungai yang mengalir secara semula jadi melalui Pulau Pinang.

Akan tetapi, Kerajaan negeri Pulau Pinang mengalu-alukan inisiatif Menteri Besar Kedah atas tuntutan pampasan daripada Kerajaan Persekutuan apabila Kerajaan Negeri Kedah perlu memenuhi syarat mengekalkan Hutan Simpan Ulu Muda sebagai hutan tadahan air dan melarang sebarang kegiatan pembalakan dan perlombongan.

Di sini, saya turut menyeru The Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) Council yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia memberi perhatian ke atas isu tersebut dan mempertimbangkan tuntutan dana Kerajaan negeri Kedah dengan segera bagi mengelakkan masalah kekurangan air pada masa depan.

Air merupakan keperluan asas kepada manusia dan bukan senang untuk mencari sumber yang baru untuk menggantikan dalam tempoh masa yang singkat.

Di sini, saya harap Kerajaan Kedah akan mengekalkan Ulu Muda sebagai kawasan tadahan air demi kepentingan rakyat kerana “Water Matters To Everyone”.

Saya yang menjalankan amanah,

Teh Lai Heng 郑来兴
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan KOMTAR N28
State Legislative Assemblyman of KOMTAR
光大区州立法议员

Scroll to Top
Scroll to Top