Pertukaran aliran lalulintas ke sehala di Jalan Nanking & Lebuh Herriot mengatasi konflik & kesesakan: ADUN Daniel Gooi

Kenyataan Media YB Daniel Gooi, ADUN Pengkalan Kota pada 20 April 2023 (Khamis) di George Town, Pulau Pinang:

Merujuk kepada keputusan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) untuk memulakan pertukaran aliran lalulintas dari dua hala ke sehala di Jalan Nanking dan Lebuh Herriot bermula dari 10 April 2023, saya menyambut baik keputusan ini yang akan mengatasi konflik dan mengurangkan kesesakan di kawasan tersebut.

Untuk makluman, permohonan untuk pertukaran aliran ini sebenarnya bermula daripada permintaan penduduk kawasan setempat berikutan dengan keadaan lalulintas yang sesak khususnya dengan aliran kenderaan yang ingin berkunjung ke Pasar Lebuh Cecil.

Selain daripada itu, laporan berhubung dengan kemalangan seakibat pusingan di persimpangan jalan turut diterima dengan kerap di mana insiden kemalangan terakhir dilaporkan pada 9 April 2023 di persimpangan Lebuh McNair dan Jalan Nanking.

Pihak MBPP turut akan melaksanakan pertukaran aliran lalulintas dari dua hala ke sehala di Lebuh Noordin bermula dari 9 Mei 2023, untuk menyelaraskan laluan sehala yang sedia ada di bahagian Lebuh Noordin dari persimpangan Lebuh McNair ke Jalan CY Choy. Pertukaran aliran ini akan menjadikan keseluruhan Lebuh Noordin jalan sehala bermula di persimpangan Jalan Gurdwara sehingga ke Jalan CY Choy.

Susulan daripada kemaskini pertukaran aliran lalulintas ini, jalan-jalan yang akan menjadi sehala di kawasan “seven street precinct” adalah Jalan Magazine, Lebuh Noordin, Lebuh Macallum, Lebuh Cecil, Jalan Nanking, Lebuh Herriot dan Lebuh Sandilands, manakala bagi Lebuh Presgrave, Lebuh Tye Sin dan Lebuh Katz masih kekalkan aliran dua hala seperti biasa.

DANIEL GOOI


槟州民主行动党彭加兰哥打区州议员魏子森于2023年4月20日(星期四)在槟城乔治市所发布的文告:

针对槟岛市政厅于2023年4月10日开始在南京路及赫里奥特路(Lebuh Herriot)实施的单程道改道政策,我对此决定表示欢迎,并期许这项改道能够解决当地的交通阻塞以及确保该区的道路顺畅。

这次实行的改道计划是源自于当地居民的要求,让南京路及赫里奥特路能够变成单行道,以纾缓当地的交通状况,尤其是面对前来七条路巴刹的交通流量。

除此之外彭加兰哥打区服务中心也时常接获该区的交通意外投报,最近一次所接获的交通意外投报是于2023年4月9日,在横街及南京路转角所发生的交通意外。

接下来槟岛市政厅也将于2023年5月9日在二条路实施单程道改路政策,以协调目前从横街至崔耀才路的单程道。为此这项改道政策将把二条路从风车路至崔耀才路的方向改为单程道。

随着这些改道政策的实施,在头条路至八条路区的单程道为头条路、二条路、五条路、七条路、南京路、赫里奥特路以及八条路,而依旧保持双向道的则是三条路、四条路以及六条路。

魏子森

Scroll to Top
Scroll to Top