ADUN Daniel Gooi gesa MITI segera laksanakan Safe@Work secara menyeluruh

Kenyataan Media YB Tuan Daniel Gooi, ADUN Pengkalan Kota pada 19 Mei 2021 (Rabu) di George Town, Pulau Pinang:

BERAPA KES AKTIF COVID-19 DAN KLUSTER TEMPAT BEKERJA PERLU DIKESAN DI PULAU PINANG SEBELUM INISIATIF “SAFE@WORK” KERAJAAN PERSEKUTUAN DAPAT DILAKSANAKAN?

Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 18 Mei 2021, satu kluster tempat bekerja telah ditambahkan di Negeri Pulau Pinang iaitu Kluster Bayan Lepas Innoplex yang mencatatkan jumlah 11 kes.

Catatan kluster terbaru yang berpunca daripada saringan tempat bekerja ini telah menjadikan jumlah bilangan kluster aktif di Negeri Pulau Pinang pada 29 kluster setakat 18 Mei 2021. Tambahan kluster ini turut menyaksikan bilangan kes COVID-19 Pulau Pinang ditingkatkan kepada 24,157 kes dengan 1,689 kes aktif.

Meskipun dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali ketiga dan juga pelaksanaan Proklamasi Darurat yang kononnya berupaya untuk mencegahkan penularan kes COVID-19, usaha Kerajaan Persekutuan yang diperintah oleh Perikatan Nasional untuk mencegah penularan jangkitan COVID-19 masih belum membuahkan hasil yang memuaskan.

Meskipun inisiatif “Safe@Work” yang dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri awal tahun ini telah dibincangkan dengan sekian lama, inisiatif tersebut masih tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh khususnya di Negeri Pulau Pinang.

Setakat kini selepas pelancaran insiatif tersebut, dokumentasi dan garis panduan yang lengkap telahpun disediakan dan boleh dilayari di laman web rasmi “Safe@Work” MITI, namun usaha-usaha untuk membendung penularan pandemic COVID-19, khususnya di tempat bekerja tidak akan berjaya sekiranya insiaitif tersebut tidak dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Apa yang Kerajaan Persekutuan yang diperintah oleh Perikatan Nasional masih menunggu untuk meneruskan dengan pelaksanaan inisiatif “Safe@Work” ini? Dokumentasi dan garis panduan yang disiapkan tersebut tidak akan berjaya untuk mengatasi penularan pandemik COVID-19 sekiranya tidak dapat dilaksanakan secara berkesan dan menyeluruh. Ini ditambahkan lagi dengan isu suntikan imunisasi COVID-19 kepada barisan hadapan ekonomi (economic frontliners) yang masih belum menerima maklum balas atau tindakan yang sewajarnya.

Sekiranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali ini perlu mengambil kira pembukaan aktiviti ekonomi memandangkan inisiatif membantu rakyat seperti pelaksanaan moratorium secara otomatik tidak dapat dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan, saya berharap Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dapat segera melaksanakan inisiatif “Safe@Work” ini agar rakyat-rakyat yang terpaksa mencari rezeki pada saat penularan pandemik ini dapat diberikan perlindungan yang sewajarnya.


槟州民主行动党彭加兰哥打区州议员魏子森于2021年5月19日(星期三)在槟城乔治市所发表的文告:

国盟联邦政府要在多少确诊及感染群发生后才愿意开始实行“Safe@Work”职场安全政策?

依据马来西亚卫生部于2021年5月18日所公布的数据,槟州再度增加了一个来自职场的新冠肺炎感染群,那就是位于峇六拜Innoplex感染群。依据截至2021年5月18日的数据,该项至今拥有11个确诊案例的感染群也是槟州第29个活跃的感染群,这一个感染群也见证了槟州的确诊案例攀升至2万4157宗,而目前仍活跃的确诊计有1689宗。

随着第三次的行动管制令实施及早前宣布的紧急状态,我们可以观察到由国盟所领导的联邦政府对于抗疫工作似乎束手无策。在非常混淆的领导及施政下,很明显受苦的正是苦苦对抗疫情及收入受到极大影响的老百姓。

虽然早在今年3月国际贸易及工业部高级部长已经推介了针对职场工作安全的“Safe@Work”政策,但该项政策依旧未能在槟州全面性的实行。在该推介礼之后,国际贸易及工业部也在其官方网站上传了完善的相关文件及指南,然而在该政策未能实行的情况下,这些文件及指南将如同虚设,并不能对抗因职场感染的疫情。

究竟由国盟领导的联邦政府需要等待多久才能够正式全面性的实施此项职场安全政策?为何在拥有完整文件及指南,并由高级部长华丽的推介之后却面对无法全面落实的局面?除此之外,联邦政府对于经济前线人员的疫苗接种计划也没有一个明朗的前景。

由于联邦政府未能继续推出协助人民抵抗疫情的政策如银行展缓还贷,这次实施的行动管制令依旧必须让经济活动继续进行。为此,我希望国际贸易及工业部能够尽快全面实施“Safe@Work”职场安全政策,让在疫情下必须兼顾收入的员工能够有一个更完善并保障生命安全的职场环境。

Scroll to Top
Scroll to Top