Sidang Media telah diadakan pada 27/06/2019 jam 2:30 petang bagi memaklumkan mengenai inisiatif YB Joseph Ng, ADUN Air Itam dengan kerjasama JCI Georgetown untuk menubuhkan suatu program Kelas Bimbingan Percuma di kawasan Kampung Melayu bagi membantu mengurangkan beban golongan B40 yang tidak mampu untuk menghantar anak-anak mereka ke kelas Bimbingan Tuisyen.
Insiatif ini diambil oleh YB Joseph Ng, demi membantu rakyat dari golongan B40 dengan menyediakan pendidikan yang terbaik kepada anak mereka, malah ia juga dapat dijadikan salah satu peluang selaku ADUN untuk lebih mendekati dan dapat memain serba sedikit peranan dalam mengurangkan bebanan yang dialami oleh rakyat di kawasan sini.
Kelas bimbingan percuma ini juga dapat membantu memantapkan jati diri pelajar / mengurangkan mereka dari terjebak dalam aktiviti gejala sosial serta dapat membentuk perkhidmatan penjanaan modal insan dalam bentuk sumbangan pendidikan dan kemasyarakatan yang positif.
Pihak yang akan terlibat secara langsung dalam penubuhan Program Kelas Bimbingan Tuisyen percuma ini adalah KADUN Air Itam, JCI Georgetown, MPKK Kampung Melayu serta sokongan daripada guru-guru sekolah dan sukarelawan yang berpengalaman.
Segala jenis kemudahan seperti Dewan dan Utili telah disediakan dengan sepenuhnya dan pihak KADUN juga akan menyumbang sebuah mesin pencetak bagi membantu pengurusan Pusat Tuisyen tersebut. Bukan itu sahaja, Pihak KADUN juga akan membayar sebanyak RM15-00 setiap hari kepada guru-guru yang bertugas sebagai suatu token penghargaan kepada mereka.
Setakat ini sebanyak 20 orang pelajar dari kawasan Kampung Melayu telah berdaftar untuk matapelajaran Matematik, Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
YB Joseph Ng juga menyatakan kawasan Kampung Melayu akan dijadikan sebagai titik permulaan bagi Pusat Tuisyen percuma ini dan beliau juga akan berbincang dgn MPKK di kawasan lain untuk meluaskan lagi inisiatif ini.
Sekiranya sesiapa dari golongan B40 yang berminat untuk berdaftar untuk anak-anak mereka, maka anda boleh menghubungi Encik Qi Shen, JCI Georgetown di talian +6016 473 1971.
Kemas kini daripada laman Facebook Sdr Joseph Ng: https://www.facebook.com/1820527011498012/posts/2306940619523313
亚依淡区州议员办免费补习班助清寒生
亚依淡区州议员联合槟青商会办免费补习班助区内清寒生
由亚依淡区州议员服务中心和槟城乔治市国际青年商会(JCI Georgetown)联合主办的“亚依淡贫困孩子免费补习计划”现已开课,若反应热烈,该计划将会逐步扩大到亚依淡区内的其他社区,让更多有需要的孩子获益。
亚依淡区州议员黄顺祥表示,这项免费补习计划目的是要帮助选区内的清寒子弟,协助提升他们的教育品质。
他说,补习班暂时只会招收小学4年级及5年级的学生,目前已经有20名学生在Kampung Melayu社区中心的补习班上课。
“我们的师资都是富有经验的老师,现有的4名老师当中,有学校老师及补习班的老师,他们都是出自回馈社会之心,只象征性收取15零吉,义务为孩子提供补习。”
目前补习班的科目包括小学英文、马来文和数理科。
由于社区中心并没有稳定收入,所以补习班的开销都出自于槟城乔治市国际青年商会。黄顺祥非常感谢槟城乔治市国际青年商会和四位老师的付出,尽管社区中心只能提供给补习老师小数额的补助金,但他们仍不吝发挥爱心帮助这些穷苦的小朋友。
最后,他希望亚依淡居民能把这个宝贵的机会让给真正有需要的学生。
有需要想为孩子报名这项免费补习计划的父母,可以拨打电话给活动协调员016-473 1971询问详情。
黄顺祥同志在面子书的更新: https://www.facebook.com/1820527011498012/posts/2306940619523313