DAPSY, Wanita DAP Pulau Pinang kecam tindakan jahat individu, kumpulan yang sengaja buat video fitnah

KENYATAAN MEDIA

DAPSY Pulau Pinang dan Wanita DAP Pulau Pinang tampil membuat laporan polis di IPD Jalan Patani, Pulau Pinang berkenaan isu video fitnah yang sedang tular di laman sosial sejak beberapa hari lepas.

Pautan video tersebut:
https://www.facebook.com/cahaya.taqwa/posts/4006079249408966

Video yang telah diubah dari video asal Tahun Baru Cina YB Teresa Kok pada tahun 2017 diterjemahkan sari kata dalam bahasa Melayu yang ditulis dengan mesej yang berbau fitnah dan mesej perkauman ini boleh memecah belah kan perpaduan kaum rakyat di negara ini. Video fitnah ini juga sengaja dilakukan untuk memburukkan imej Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan pemimpin-pemimpin DAP.

DAPSY Pulau Pinang dan Wanita DAP Pulau Pinang mengecam tindakan jahat individu atau kumpulan yang sengaja mencetuskan senario jahat ini.

“Negara kita telah Merdeka sekian lama, sepatutnya kita semua berusaha untuk memupuk perpaduan agar lebih harmoni dengan membudayakan politik matang bukannya memecahkan lagi keharmonian rakyat berbilang bangsa dan agama ni Malaysia dengan tindakan menyebar fitnah seperti ini” ulas Ketua DAPSY Bahagian Bukit Bendera, Saudara Farid Maulud.

“Tujuan amat jelas untuk menjatuhkan pemimpin DAP, dan memecah belah perpaduan antara kaum. Saya berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab ini” ulas Ketua DAPSY Bahagian Bukit Gelugor, Saudara Quah Boon Lim.

DAPSY Pulau Pinang

Wanita DAP Pulau Pinang