Dua lagi pertuduhan tambahan terhadap saya yang tidak berasas: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng

Kenyataan Akhbar Setiausaha Agung DAP Dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng Di Pulau Pinang Pada 11.9.2020:

Dua lagi pertuduhan tambahan terhadap saya pada hari ini adalah tidak berasas, bermotifkan politik, dan penyalahgunaan kuasa oleh kerajaan yang tidak dipilih rakyat untuk mencemarkan dan merosakkan reputasi saya menjelang pilihan raya umum, sama ada di Sabah atau di peringkat nasional. Sama ada ini adalah usaha untuk merencatkan persiapan kami untuk pilihan raya di Sabah, atau tindakan balas dendam politik, atau cubaan mengalihkan perhatian daripada pelbagai kontroversi atau skandal kerajaan yang tidak dipilih rakyat sekarang terbuka, untuk spekulasi awam.

Saya akan membuktikan bahawa saya tidak bersalah di mahkamah, terutamanya apabila tiada wang ganjaran atau wang suapan dijumpai sama ada di dalam akaun bank peribadi saya atau dalam pemilikan saya berbentuk tunai.

Adalah mengecewakan bahawa pihak berkuasa yang berkenaan, termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), telah membenarkan diri mereka dipergunakan atau disalahgunakan untuk melakukan penganiayaan politik (political witch hunt) terhadap saya berdasarkan bukti yang tidak kukuh. Sebaliknya, tiada tindakan yang sama diambil oleh SPRM terhadap pemimpin kerajaan sekarang yang mempunyai fakta kes yang tidak dapat disangkal atau bukti yang kukuh.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga saya, semua ahli parti dan penyokong kerana kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap integriti saya. Penghargaan saya kepada rakyat Malaysia yang menyokong kuat dan menyumbang kepada “Dana Solidariti RM10 setiap orang bersama Lim Guan Eng”, yang mengumpulkan RM 4 juta dalam seminggu. Saya terharu dengan sokongan orang ramai dan kepercayaan teguh mereka terhadap integriti saya dan pendirian berprinsip DAP melawan rasuah.

Dua pertuduhan baru ini sekali lagi berkaitan dengan projek terowong dan 3 lebuh raya (projek terowong) yang dianugerahkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang pada tahun 2013 kepada Konsortium Zenith Beijing Urban Construction Group (CZBUCG). CZBUCG dianugerahkan kontrak tersebut melalui tender terbuka oleh Jawatankuasa Tender Negeri, yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan dianggotai oleh pegawai kanan kerajaan. Walaupun saya bukan anggota Jawatankuasa Tender Negeri, saya tetap dituduh berdasarkan kecenderungan terkini bahawa “Semua salah Lim Guan Eng”.

Walaupun telah disoal siasat 5 kali oleh SPRM mengenai perkara ini, tiada soalan telah ditanya mengenai ganjaran atau wang suapan yang ditemui di dalam akaun bank saya atau dalam bentuk wang tunai. Oleh kerana pihak berkuasa tidak dapat menjumpai wang suapan dalam pemilikan saya, adakah ini menjadi punca isteri saya Betty Chew, didakwa kerana menerima RM372,000 / -.

Perkara ini tidak masuk akal kerana isteri saya adalah seorang peguam yang berkelayakan dan RM372,000 adalah bayaran kepada khidmat rundingan guamannya, yang diterima dalam jangka masa 2 tahun, bukan bayaran sekali gus. Pihak berkuasa mungkin terlalu terdesak sehingga berusaha mengaitkan bayaran khidmat rundingan guaman yang diterima oleh isteri saya sebagai wang suapan yang diterima oleh saya.

Terdapat empat percanggahan dalam pertuduhan terhadap saya:

· Bagaimana mungkin berlakunya rasuah ketika tiada wang suapan yang dijumpai dalam pemilikan saya, dan isteri saya tidak memiliki wang tunai ratusan juta, barang kemas mahal dan ratusan beg tangan berjenama?

· Bagaimana mungkin berlakunya rasuah atau penyalahgunaan kuasa apabila projek terowong tersebut dianugerahkan melalui tender terbuka dan keputusan dibuat oleh pegawai kerajaan negeri, EXCO atau jawatankuasa teknikal khusus yang relevan dan tidak diputuskan oleh saya seorang?

· Bagaimana mungkin berlakunya rasuah atau penyalahgunaan kuasa apabila pembayaran yang dibuat kepada CZBUCG perlu mendapat kelulusan daripada pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang, setelah mendapat persetujuan daripada firma perunding kejuruteraan profesional bebas yang dilantik melalui tender terbuka?

· Bagaimana mungkin berlakunya rasuah apabila CZBUCG pada tahun 2019, secara terbuka melalui media menafikan memberi rasuah kepada mana-mana pegawai kerajaan negeri Pulau Pinang, dan bahawa SPRM telah mengesahkan syarikat dan Pengerusinya tiada sebarang perlakuan rasuah atau korupsi?

Berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.

LIM GUAN ENG


民主行动党秘书长兼峇眼区国会议员林冠英于2020年9月11日在槟城发表的文告:

今天针对我的两项新控状是毫无根据、充满政治动机,及非民选政府滥权的表现,以图在沙巴州选或全国大选前抹黑和损害我的名声。不管这是在试图影响我们在沙巴州选的准备工作、或是在进行政治报复、或是要转移公众对现今非民选政府许多争议和丑闻的注意力,都交由公众去揣测。

我将在法庭里证明我的清白,特别是当我的私人银行账户或我个人身上并没有这笔报酬或贿款。

令人失望的是,包括反贪会在内的相关部门竟然允许自己被利用或滥用,在证据薄弱情况下对我进行政治迫害。另一方面,尽管面对无可辩驳的事实和确凿证据,但反贪会却未采取行动对付现有政府领袖。

我要感谢我的家人、所有党员和支持者相信我是个有诚信的人。我特别要感谢马来西亚人民大力支持“一人10令吉,与林冠英同在”募款运动,使得我们成功在一星期内筹获约400万令吉。公众的支持,及相信我的诚信与行动党打击贪污腐败的原则,让我深受感动。

今天这两项新控状再次与槟州政府于2013年颁布予CZBUCG集团的“两岸三通,一个槟城”计划有关。CZBUCG集团是通过公开招标的方式,而获得由槟州秘书和政府高级公务员组成的槟州招标委员会颁布合约。尽管我并不是招标委员会的成员,但我依然受到指控,符合当前的“都是林冠英的错”的思想。

尽管我曾5度到反贪会录供,但没有一个问题,是有关于他们在我的银行户口或我个人身上发现这笔报酬或贿款。既然当局无法证明我拥有贿款,这是否成为了我的太太周玉清被控收取37万2000令吉的原因?

这是一项荒谬的指控,因为我的太太是一名合格的执业律师,这笔37万2000令吉是她在两年内所收取到的法律顾问费用,而不是一次性付清的款项。当局应该是太过着急了,才会试图将我太太收取的法律顾问费用连接成是我收到的贿款。

针对我的指控存有4个矛盾点:

· 当无法发现我拥有贿款,而我的太太也没有数亿的现金、昂贵的珠宝和数百个名牌手提袋时,何来贪污?

· 当海底隧道计划是通过公开招标颁布合约,并由州政府官员、行政议员或相关专业技术委员会做决定,而非我个人决定时,何来贪污或滥权?

· 当支付给CZBUCG集团的费用必须取得由公开招标方式委任的独立工程咨询公司的同意,及槟州政府官员的批准时,何来贪污或滥权?

· 当CZBUCG集团在2019年公开否认贿赂任何槟州政府官员,而反贪会也证实了该公司和主席的清白时,何来贪污?

我相信,真理无惧。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng In Penang On 11.9.2020:

The 2 additional charges against me today are baseless, politically motivated, and an abuse of power by the unelected government to smear and tarnish my reputation in the run-up to general elections, whether in Sabah or nationally. Whether this is an attempt to affect our preparations for the elections in Sabah, or is an act of political vengeance, or to divert attention from the many controversies or scandals of the current unelected government, is open to public speculation.

I will prove my innocence in court, particularly when no gratification or corruption money was found in either my personal bank account or in my possession in cash.

It is disappointing that the relevant authorities, including the Malaysian Anti-Corruption Commission(MACC), have allowed themselves to be used or misused to conduct this political witch hunt against me based on flimsy evidence. On the other hand, no such action is taken by MACC against leaders of the present government with irrefutable facts or solid evidence.

I wish to thank my family, all party members and supporters for their faith and trust in my integrity.  My gratitude to Malaysians who strongly supported and contributed to the “RM10 per person Solidarity with Lim Guan Eng Fund”, collecting RM 4 million in a week. I am touched by the public support and their passionate belief in my integrity and DAP’s principled stance against corruption.

The two new charges again relate to the tunnel and 3 highways project (tunnel project) awarded by the Penang state government in 2013 to Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group(CZBUCG). CZBUCG was awarded the contract by open tender from the State Tender Committee, headed by the Penang State Secretary and comprising senior government officers as members. Even though I am not a member of the State Tender Committee, I am still charged in line with the current thinking of “Semua salah Lim Guan Eng”.

Despite being questioned 5 times by MACC on this matter, no questions was asked about any gratification or corruption money being discovered  in my bank account or in cash. Since the authorities could not find corruption  money in my possession, was this the reason my wife Betty Chew, was also charged for receiving RM372,000/-.

This is ridiculous as my wife is a qualified lawyer and RM372,000 are her legal consultancy fees, received over a 2 year period, not in one lump sum. The authorities must be pretty desperate to try to link legal consultancy fees received by my wife, as corruption money received by me.

There are four contradictions in the charges against me:

·      How can there be corruption when no corruption money was discovered in my possession, and my wife does not own hundreds of million in cash, expensive jewellery and hundreds of branded handbags?

·      How can there be corruption or abuse of power when the tunnel project was awarded by open tender and decisions are made by state government officials, EXCO or relevant specialized technical committees and not decided by me alone?

·      How can there be corruption or abuse of power when payments made to CZBUCG must be approved by Penang state government officials, after getting the consent from an independent professional engineering consulting firm appointed by open tender?

·      How can there be corruption when CZBUCG in 2019, had publicly denied in the press of bribing any Penang state government officers, and that MACC had cleared the company and its Chairman of any bribery or corrupt acts?

Berani kerana benar. Amar makruf nahi mungkar.

LIM GUAN ENG