Malaysia tidak perlu Timbalan Menteri yang keluar kenyataan palsu: Senator Hui Ying

Kenyataan Media YB Senator Lim Hui Ying, Ahli Dewan Negara pada 9 September 2020 (Rabu):

Ingin saya menzahirkan perasaan kesal ke atas tindakan yang tidak bertanggungjawab, seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin yang telah melemparkan kenyataan yang tidak benar terhadap adik Veveonah Mosibin, kononnya adik Veveonah tidak menduduki peperiksaan dan rakaman video YouTube yang telah diviralkan tersebut adalah untuk tujuan tambahan populariti sahaja.

YB Datuk Zahidi Zainul Abidin turut menyatakan bahawa maklumat salah yang beliau terima adalah daripada Ahli Parlimen Kudat, iaitu Timbalan Menteri Kewangan I, YB Datuk Abdul Rahim Bakri.

Namun demikian menerusi kenyataan yang dikeluarkan semalam, Universiti Malaysia Sabah melalui Pengerusi Lembaganya, Datuk Masidi Manjun telah mengesahkan situasi sebenar dan membuktikan bahawa adik Veveonah Mosibin telah sebenarnya mengambil peperiksaan pada bulan Jun yang lalu.

Susulan daripada kenyataan ini, ia telah membuktikan bahawa kedua-dua Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia serta Timbalan Menteri Kewangan telah sebenar-benarnya membuli adik Veveonah dengan menggunakan fakta yang silap.

Daripada perkara ini juga, kita juga boleh lihat bahawa tahap kredibiliti kedua-dua Timbalan Menteri Perikatan Nasional yang boleh mengeluarkan kenyataan palsu tanpa sebarang pengesahan dan penyiasatan yang sewajarnya. Perkara ini turut mengundang persoalan sama ada sikap sebegini turut diguna pakai di dalam hal-hal lain di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia dan juga Kementerian Kewangan yang diterajui oleh kedua-dua Timbalan Menteri tersebut.

Sehubungan dengan itu, adalah wajar untuk YAB Perdana Menteri untuk melihat semula kredibiliti kedua-dua Timbalan Menteri tersebut dan merujuk kembali perkara-perkara yang pernah diputuskan oleh mereka, demi menjaga integriti dan kewibawaan Kerajaan Persekutuan.

Sesungguhnya, nasib malang yang timpa Veveonah Mosibin seharusnya menjadi iktibar kepada kementerian yang berkenaan untuk meningkatkan lagi prestasi penyampaian perkhidmatan dan infrastruktur demi kesejahteraan rakyat, khususnya mereka yang menetap di kawasan luar bandar.

Malaysia tidak memerlukan Timbalan-Timbalan Menteri yang boleh menjadikan nasib malang yang menimpa rakyat ini sebagai perkara yang remeh dan boleh mengeluarkan kenyataan yang palsu, tambahan lagi di dalam Dewan Negara yang mulia.

Saya turut mengajak seluruh Rakyat Malaysia, khususnya Rakyat Sabah untuk melihat dan menilai sikap sebenar Perikatan Nasional seperti mana yang dilakukan oleh Datuk Zahidi Zainul Abidin dan Datuk Abdul Rahim Bakri ini.

LIM HUI YING


林慧英上议员于2020年9月9日(星期三)媒体文告:

我对通讯及多媒体副部长拿督扎西迪不负责任的行为表示遗憾。他对维薇奥娜提出了不实指控,污蔑维薇奥娜没有参加考试,以及其短片只是为了增加人气。

扎西迪还说,他收到的错误信息来自古达国会议员,即财政部副部长拿督阿都拉欣巴克里。

然而,沙巴大学董事会主席拿督马西迪曼俊昨天发表的一份声明,证实维薇娜确实于今年6月参加考试。

这也证明了,通讯及多媒体部副部长以及财政部副部长正使用错误资讯来霸凌维薇奥娜。

从这也可以看出,国盟的两位副部长在没有任何调查与确认的情况下便发表假消息的行为,显示出二人的公信力。 这也引发了一个问题,由这两位所领导的通讯及多媒体部以及财政部,是否也会依循二人的态度在办事?

有鉴于此,首相理应重新审视这两位副部长的公信力,并检视他们所决定的事项,以保护联邦政府的廉洁与威信。

事实上,有关部门应以维薇奥娜所遭受的不幸为鉴,进一步改善服务及基础设施绩效,为人民尤其是乡区人民谋福祉。

马来西亚不需要一个把人民的不幸当成琐碎事,并且在神圣的国会中发表假消息的副部长。

我恳请所有马来西亚人,特别是沙巴人,以扎西迪及阿都拉欣巴克里为鉴,重新审视并评估国盟领袖的真面目。

林慧英