Kerajaan negeri tidak dimaklumkan kemasukan pesakit warganegara Indonesia: DAPSY Benji

Kenyataan Media Benji Ang, Bendahari DAPSY Pulau Pinang merangkap Ketua Pemuda DAPSY Tanjong, 18.08.2020 (Selasa):

Kerajaan Persekutuan Perikatan Nasional merisiko nyawa rakyat Pulau Pinang

Berdasarkan berita The Star pada 18hb Ogos 2020, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan negeri mesti maklumkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum membuat sebarang keputusan mengenai prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Selain itu, Ismail turut memaklumkan bahawa pihak polis akan merujuk kepada punca kuasa di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu mengikut Akta 342 adalah Kerajaan Persekutuan, sekiranya pihak berkenaan tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil maka mereka boleh dicabar di mahkamah.

Ini juga telah membuktikan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Chow Kon Yeow pada 16hb Ogos 2020 adalah benar bahawa Kerajaan Negeri tidak dimaklumkan mengenai kemasukan pesakit warganergara Indonesia bagi mendapatkan rawatan lanjut di hospital swasta negeri Pulau Pinang pada minggu lalu sehingga berita berkaitan dengan penerbangan disiarkan pada 14hb Ogos 2020.

Tindakan kerajaan persekutuan adalah tidak bertanggungjawab dengan merisiko keselamatan orang awam. Walaupun ini merupakan kuasa persekutuan, agensi-agensi di bawah kerajaan Persekutuan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) , Majlis Keselamatan Negera (MKN), Jabatan Imigresen serta Healthcare Travel Council (MHTC) perlu mengambil inisiatif untuk bincang dengan Kerajaan Negeri terdahulu.

Dengan ini, saya harap Kerajaan persekutuan dapat bekerjasama dengan kerajaan negeri dengan mengetepikan perbezaan pendapat, pegangan parti politik dan ideologi berbeza demi berhenti penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Suara rakyat Pulau Pinang juga harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan pada masa depan.

BENJI ANG

Scroll to Top