Ahli Parlimen Baling harus mohon maaf kepada semua rakyat Malaysia: Senator Hui Ying

KENYATAAN MEDIA YB SENATOR LIM HUI YING, AHLI DEWAN NEGARA MERANGKAP SETIAUSAHA DAP PULAU PINANG PADA 14 JULAI 2020:

Ahli Parlimen Baling Harus Memohon Maaf Kepada Semua Rakyat Malaysia

Saya berasa amat kesal dengan sindiran berbaur perkauman dan seksis oleh Ahli Parlimen Baling, Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuriraani Patto semasa persidangan Dewan Rakyat tempoh hari.

Kenyataan Ahli Parlimen Baling itu jelas mendedahkan sikap sebenar beliau serta membuktikan bahawa mereka masih meneruskan tradisi pemerintahan BN masa lalu yang mempunyai kecenderungan perkauman dan seksis.

Perkara ini juga menunjukkan bahawa wakil rakyat Kerajaan PN tersebut memberi keutamaan kepada warna kulit seseorang, tanpa menyedari bahawa beliau berdiri di dewan yang mulia ini mewakili semua bangsa, agama dan warna kulit yang telah mengundinya dan bukannya mereka yang berkulit cerah sahaja. Tindakan Ahli Parlimen Baling telah mengkhianati semangat muhibah negara.

Parlimen juga tidak boleh bertolak ansur atau membenarkan kata-kata penghinaan yang berbaur rasis dan seksis. Ahli Parlimen Baling juga dengan ini telah melanggar Artikel 8 (2) Perlembagaan Persekutuan yang melarang sebarang bentuk diskriminasi atas dasar gender, bangsa atau agama.

Perdana Menteri dalam kenyataan sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara menyatakan bahawa, “Kita berasa bangga menjadi warganegara Malaysia walau apapun kaum, agama, dan warna kulit kita kerana kita mempunyai jati diri yang sebahagiannya dibentuk oleh prinsip Rukun Negara”.

Tetapi apa yang berlaku semalam telah menunjukkan Ahli Parlimen Baling tidak menghormati Rukun Negara.

Perkara ini adalah serius. Adakah perangai dan tindakan yang anti-Rukun Negara ini mencerminkan budaya di kalangan wakil rakyat Perikatan Nasional?

Ahli Parlimen Baling telah menarik balik komen tersebut, tetapi beliau juga dituntut untuk memohon maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Batu Kawan serta semua rakyat Malaysia atas perangai yang mengkhianati semangat muhibah negara.

LIM HUI YING


民主行动党槟州秘书兼上议员林慧英于2020年7月14日发表声明:

华玲国会议员必须向全民道歉

针对华玲区国会议员阿都阿兹在国会首日召开时,向峇都加湾区国会议员卡斯杜丽发表充满种族主义和性别歧视的讽刺性影射,我感到非常的失望和遗憾。

华玲区国会议员的言论彻底呈现出他的真面目,同时也证明了他们始终继承着国阵时代,那充满种族主义和性别歧视的文化。

这件事也充分体现出该国盟政府的议员以肤色待人,并忘却自己在神圣的国会里并不只是代表那些皮肤较白的一族,而其实是代表着千万个各族同胞,来自不同宗教,以及不分肤色的选民。华玲区国会议员的行为已经背弃了国家和谐的精神。

国会不应该纵容或允许发表任何带有种族主义和性别歧视的字眼。为此,华玲区国会议员已然触犯联邦宪法第八条第二款,即不得以宗教、种族或性别等理由,对公民加以歧视。

首相在推介国家原则50周年纪念庆典时说:“无论种族、宗教和肤色,我们皆为身为马来西亚人而感到自豪,那是因为我们都秉持着国家原则价值观。”

但是华玲区国会议员于昨日的行为体现了他根本就不尊重国家原则。

这是一件非常严重的事。是否意味着这违反国家原则的性格和行为正反映着众多国盟议员的文化。

虽说华玲区国会议员已撤回其言论,但他仍有必要为自己背弃国家和谐精神的行为向峇都加湾区国会议员以及全体马来西亚子民作出公开道歉。

林慧英