Rumah ibadat bukan Islam boleh buka semula mengikut SOP mulai hari ini: EXCO Chong Eng

KENYATAAN MEDIA OLEH YB CHONG ENG

AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PADANG LALANG MERANKAP AHLI EXCO KERAJAAN NEGERI UNTUK WANITA DAN PEMBANGUNAN KELUARGA, KETERANGKUMAN GENDER DAN AGAMA SELAIN ISLAM

“KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG BERSETUJU DENGAN KEPUTUSAN KERAJAAN PERSEKUTUAN MENGENAI PEMBUKAAN SEMULA RUMAH IBADAT BUKAN ISLAM, TETAPI TERTAKLUK KEPADA JAWATANKUASA RUMAH IBADAT SEKIRANYA MEREKA MEMPUNYAI KEYAKINAN UNTUK MEMATUHI SOP YANG DISEDIAKAN”

TARIKH: 16 JUNE 2020 

YB Chong Eng, EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk Agama Selain Islam, menyatakan dalam satu kenyataan hari ini bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang telah bersetuju dengan keputusan persekutuan dalam pembukaan semula rumah ibadat bukan Islam mulai hari ini  dengan syarat, jawatankuasa bagi rumah ibadat masing-masing harus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kanan Ismail Sabri mengumumkan pada 15hb Jun bahawa kesemua 5,230 rumah ibadat bukan Islam di negara ini akan dibenarkan untuk dibuka semula dan beroperasi seperti biasa. Namun, semua ini masih bergantung pada keputusan pemerintah negeri masing-masing. Dalam perbincangan antara YB Chong Eng dengan Ketua Menteri Chow Kon Yeow pagi ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju untuk membuka semula semua rumah ibadat bukan Islam di Pulau Pinang. Rumah-rumah ibadat yang telah membuat permohonan melalui kerajaan Pulau Pinang sebelumnya juga boleh dibuka semula mulai sekarang tetapi mesti tertakluk kepada SOP seperti berikut:

  • Beroperasi dengan had kapasiti 1/3 daripada bilangan penganut bagi dewan atau ruang beribadat dengan amalan penjarakan sosial
  • Penanda jarak (1 meter) wajib dilekatkan di tempat ibadat
  • Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan hadir. Penganut berumur 70 tahun ke atas yang sihat dibenarkan untuk hadir
  • Penganut dan ketua agama yang mempunyai gejala seperti selesema, deman – suhu badan melebihi 37.5°C, batuk dan sesak nafas tidak dibenarkan hadir
  • Golongan yang berisiko tinggi (kencing manis, kanser dan sebagainya) tidak digalakkan hadir
  • Membuat pemeriksaan suhu badan, memakai pelitup muka, dan kerap membersihkan tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer
  • Menyediakan buku rekod kehadiran di kaunter saringan atau berdaftar dengan e-pendaftaran. Rumah Ibadat adalah digalakkan untuk menggunakan PGCARE APP.
  • Perarakan keagamaan, kenduri dan perhimpunan yang ramai dan sukar dikawal adalah tidak dibenarkan sama sekali
  • Ahli Jawatankuasa rumah ibadat, ketua agama dan penganut dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan kebiasaan baharu dan disiplin kendiri (self-discipline)

YB Chong Eng juga menekankan bahawa setiap rumah ibadat mesti mempertimbangkan sama ada mereka boleh mematuhi SOP sebelum rumah ibadat masing-masing dibuka semula. Oleh kerana kita sekarang dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), setiap rumah ibadat bertanggungjawab untuk menilai dan meminimumkan risiko agar para penganut dapat beribadah dengan selamat.

Sepanjang tempoh ini, kami telah menerima pelbagai pertanyaan dari wakil penganut mengenai SOP untuk pembukaan semula rumah ibadat. Kami memahami bahawa SOP ini tidak dapat mengatasi semua keraguan secara sepenuhnya. Oleh itu, para jawatankuasa rumah ibadat dan organisasi keagamaan harus juga memainkan peranan penting dalam memastikan setiap rumah ibadat menyediakan tempat yang selamat dan memastikan penjarakkan sosial sentiasa dijaga setiap masa. Kerajaan negeri Pulau Pinang juga akan berunding dengan wakil pelbagai organisasi agama untuk memperbaiki SOP yang ada mengikut keadaan.

YB Chong Eng menyatakan bahawa kadar penularan kes Covid-19 di Pulau Pinang masih belum disahkan sudah lebih dari sebulan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berkepentingan, terutama pihak jawatankuasa rumah ibadat bukan islam di Pulau Pinang, atas kerjasama mereka sepanjang PKP. Beliau juga mendapati ramai penganut yang melancarkan upacara ibadah secara dalam talian sebagai suatu tindak balas terhadap norma baharu oleh Ketua Menteri. Pada masa yang sama, beliau juga memahami, walaupun kebanyakan rumah ibadat menghadapi penghasilan yang tidak mencukupi dan peningkatan dalam pengeluaran kewangan selama tempoh ini, mereka masih aktif melakukan kegiatan amal dalam membantu memerangi wabak Covid-19. Perbuatan ini merupakan sangat terpuji dan telah menjadi suatu teladan bagi masyarakat.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut mengenai SOP untuk rumah ibadat di Pulau Pinang, anda boleh menghubungi Encik Zul di talian 016 213 6414 atau Encik Paul Au di talian Pej : 04-6505143 / H.P : 010-3759964.


槟州妇女及家庭发展,性别包容和非伊斯兰宗教

委员会主席章瑛发表文告

章瑛 :风险管理为首,槟州非穆斯林场所即日起可开放

616

槟州非伊斯兰宗教委员会主席章瑛行政议员今天在文告指出,槟州政府同意若槟州非穆斯林宗教团体有信心遵循标准作业程序,可以即日起重开宗教场所。

高级部长依斯迈沙比里在6月15日宣布,允许国内所有5230间非穆斯林宗教场所重新开放,并可以如常运作。然而,这一切仍取决与州政府的决定。章瑛指出,她今早与首长曹观友会面商讨此事,并同意让槟州所有非穆斯林场所重开,早前透过槟州政府申请的宗教组织即日起也可重开,但是必须遵循标准作业程序。槟州非穆斯林宗教场所若要重开必须遵循以下标准作业程序:

  1. 场所只允许容纳原有的三分之一人并保持社交距离
  2. 膜拜地点清楚标示1公尺距离
  3. 70岁以上的健康信徒可出席,12岁以下儿童仍禁止出席
  4. 严禁有症状者(感冒,发烧-体温超过37.5°C,咳嗽,呼吸困难)出席
  5. 高风险群(糖尿病,高血压,胆固醇,癌症等)不鼓励出席
  6. 量体温,常洗手,戴口罩
  7. 记录个人资料,建议下载PGCARE APP (为确保有患病风险者接到通知前往检验)
  8. 宗教游行,聚餐及大型集会依然禁止
  9. 管理层或理事需确保信徒遵循标准作业程序

章瑛强调,各宗教组织必须考量该场所是否能遵循标准作业程序才考虑重开场。由于我们现在已迈入复苏式行动管制令,宗教团体理事必须各自评估,把风险降到最低,让信徒可以安全地进行膜拜活动。

“在这期间,我们也接获不少宗教组织询问有关宗教场所重开的标准作业程序,我们明白一套统一性的标准作业程序不能完全地解决所有的宗教疑问,所以宗教领袖与各个宗教组织的理事扮演着一个重要的角色,确保所属场所时刻保持信徒安全与社交距离。当然,槟州政府也会询问各宗教代表的意见,依据情况改善现有的标准作业程序。”

章瑛表示,槟州目前已连续超过一个月保持零确诊,她感谢各界尤其是槟州各宗教团体给予的配合,在这行动管制令期间,各自发起了线上膜拜和宗教活动,响应首长所呼吁的新常态。同时,她也了解这期间,许多庙宇虽面临收入与支出不敷,但还是积极的进行慈善活动帮助对抗疫情,这是可嘉许的,也成为了社会的榜样。

任何疑问关于槟州宗教团体标准作业程序详情,可以联络章瑛秘书欧宗义 (04-6505143 或 010-3759964)。


PRESS STATEMENT BY YB CHONG ENG

STATE ASSEMBLYPERSON FOR PADANG LALANG IN PENANG

STATE EXECUTIVE COUNCILLOR FOR WOMEN & FAMILY DEVELOPMENT, GENDER INCLUSIVENESS & RELIGIONS OTHER THAN ISLAM

“THE PENANG STATE AGREES THE RE-OPENING OF NON-MUSLIM HOUSES OF WORSHIP SUBJECT TO SOP COMPLIANCE”

DATE: 16 JUNE 2020

The Penang State EXCO for Religions Other Than Islam, YB Chong Eng stated today that the Penang state government agrees with the Federal Government’s decision to re-open non-Islamic houses of worship from today onwards, provided that the respective committees are confident in abiding by the standard operating procedures (SOP) given.

Senior Minister Ismail Sabri announced on 15th June that all 5,230 non-Muslim houses of worship in the country will be allowed to re-open and operate as usual, however, they are still subjected to the decision of the respective state governments.

After further discussion, the Penang State Government has agreed to allow the re-opening of all non-Muslim houses of worship in Penang. Those who have submitted their application through the Penang government previously can also re-open from today, 16th June 2020 onwards. However, they must adhere to the following SOPs strictly:

  1. Only one-third of the original capacity is allowed in each house of worship at any one time and maintain social distancing.
  2. The distance of 1-meter marking is clearly marked in each house of worship.
  3. Children under 12 years old are not allowed but worshippers who are above 70 years old and healthy are allowed.
  4. Those with symptoms (eg: flu, body temperature exceeding 37.5°C, coughing, difficulty in breathing) are strictly prohibited from attending.
  5. High-risk groups (patients with diabetes, hypertension, high cholesterol, cancer, etc.) are discouraged from visiting the house of worship.
  6. Measure body temperature, wash hands frequently and wear masks. We also seek your cooperation to prepare hand sanitiser stations throughout your premise.
  7. Personal data of each attendee must be recorded. It is recommended to download and use PGCARE APP (to ease contact tracing and notify any affected parties).
  8. Religious processions, dinners and large gatherings are still prohibited.
  9. The respective managements or committees must ensure to the best of their ability, that all attendees adhere to the SOPs strictly.

Chong Eng emphasized that each house of worship must ensure that they can fully-abide by the SOPs before deciding to re-open. “As we are now in the recovery phase of the movement control order (RMCO), we need the cooperation of all religious leaders and religious organisations to assess and minimize potential risk, to ensure a safe space for worshippers to perform their prayers. Throughout this period, we have received many inquiries from religious organizations in regards to the SOPs for the reopening of the houses of worship. We understand that a unified set of SOPs cannot completely address all doubts, therefore, the Penang state government will also consult representatives of various religious organizations to improve existing SOPs according to the situations”

YB Chong Eng said that Penang has remained a zero confirmed case for more than a month. She thanked everyone, especially the religious groups in Penang, for their cooperation throughout the MCO. Many have launched online worship in response to the call of a new normal by the Chief Minister. Simultaneously, she understood that although many houses of worship face insufficient income and increase in expenditure during this period, they still actively carry out charity activities in helping to fight the pandemic. This act is commendable and has become a role model for society.

If you have any further inquiries about the SOPs for houses of worship in Penang, you may contact Mr. Paul Au at 04-650 5143 or 010-375 9964.