Program pemberian bantuan bekalan makanan kepada 50 orang ibu tunggal di PPR Ampang Jajar

KENYATAAN MEDIA

PROGRAM PEMBERIAN BANTUAN BEKALAN MAKANAN KEPADA 50 ORANG IBU TUNGGAL DI PPR AMPANG JAJAR

Pusat Khidmat ADUN Padang Lalang dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Ibu Tunggal Penyayang Pulau Pinang mengedarkan bekalan makanan di PPR Ampang Jajar pada 21 Mei 2020.

Bantuan bekalan makanan tersebut disumbangkan oleh Caremongering Penang dan diperuntukkan kepada 50 orang ibu tunggal yang merupakan penerima-penerima terpilih terdiri daripada golongan memerlukan. 

Tujuan pemberian ini adalah untuk membantu ibu-ibu tunggal tersebut yang terputus sumber pencarian berikutan dengan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang lalu.

Penerima-penerima tersebut membawa pulang barang keperluan harian seperti beras dan barangan runcit yang lain.

Diharapkan perayaan Aidilfitri tahun ini dapat diraikan secara bermakna dan sederhana di samping dapat bersama-sama dengan ahli keluarga dan terus kekal berada di rumah untuk membendung penularan wabak COVID-19.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Islam.

Teruskan duduk di rumah, ingatlah yang tersayang!

PUSAT KHIDMAT YB CHONG ENG
22 MEI 2020