Jemaah menteri perlu yakinkan rakyat bahawa mereka mampu tangani bencana COVID-19: Ahli Parlimen Kit Siang

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang pada hari Jumaat 20 Mac 2020:

Beritahu rakyat senario terburuk berkenaan bencana #COVID19

Perkembangan pandemik Covid-19 di peringkat antarabangsa secara terus-menerus menjadi semakin suram dan tidak menyenangkan.

Semalam, Itali telah berada di suatu tahap yang baharu apabila jumlah keseluruhan kematian berkaitan dengan Covid-19 di negara tersebut telah meragut 3,405 nyawa, melebihi jumlah kematian di China yang telah mengorbankan 3,248 nyawa.

Tanah perkuburan di bandar Bergamo tidak dapat menampung keperluan bandar tersebut sehingga pihak tentera terpaksa dikerahkan untuk membawa jenazah-jenazah mangsa Covid-19 ini ke tempat yang lain untuk dibakar. Pihak tentera juga telah menempatkan 120 orang doktor dan para petugas kesihatan untuk mengawal situasi di Bergamo dan bandar Lodi yang berdekatan. Sementara itu, hospital lapangan dan unit kecemasan pernafasan juga telah ditubuhkan di beberapa bandar di utara negara tersebut.

Penyebaran virus ini di Itali berlaku pada kadar yang sangat pantas dan menakutkan, walaupun negara tersebut telahpun mengetatkan larangan pergerakan dalam negara. Dengan kenaikan kadar kematian, upacara pengebumian tradisional telah pun diharamkan bagi mengekang perhimpunan orang awam.

Hanya dalam dua hari yang lepas sahaja, Itali telah merekodkan 902 kematian, 475 kematian pada hari Rabu dan 427 pada hari Khamis. Kebanyakkan mangsa korban ini adalah daripada golongan yang berisiko tinggi kerana mempunyai penyakit serius dan negara tersebut kini mempunyai 41,305 kes coronavirus.

Di Amerika Syarikat pula, Gabenor California, Gavin Newsom telah mengarahkan hampir kesemua 40 juta penduduk California untuk tidak keluar daripada rumah kecuali untuk perjalanan yang penting sahaja, selepas 1,040 kes telah dikesan dengan 19 jumlah kematian.

Newsom sebelum ini pernah menyatakan yang negeri tersebut menjangkakan sehingga 56 peratus penduduk California mungkin akan dijangkiti oleh virus ini dalam tempoh 8 minggu yang akan datang — satu pendedahan yang menggemparkan akhbar kerana jumlah ini melibatkan sebanyak 22.4 juta kes secara keseluruhannya. Namun begitu, Newsom kemudiannya menyatakan yang beliau berharap langkah drastik yang dicadangkan ini boleh menghalang jangkaan tersebut daripada menjadi realiti.

London juga sedang mempertimbangkan pelaksanaan arahan perintah berkurung memandangkan United Kingdom kini tergolong dalam 10 negara yang mempunyai kes kematian tertinggi. Di peringkat global, Covid-19 kini telah meragut 10,028 nyawa — Itali (3405), China (3,248), Iran (1,284), Sepanyol (831), Perancis (372), Amerika Syarikat (200), United Kingdom (144), Korea Selatan (94), Belanda (76) dan Jerman (44).

Sekurang-kurangnya 245,049 individu telah dijangkiti secara keseluruhannya di peringkat antarabangsa, dengan tujuh negara mempunyai lebih daripada 10,000 kes — China (80,967), Itali (41,035), Iran (18,407), Sepanyol (18,077), Jerman (15,320), Amerika Syarikat (13,800) dan Perancis (10,995).

Apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada malam Isnin yang lalu, beliau tidak berjaya untuk menyampaikan kepada rakyat tahap keseriusan wabak ini dan kepentingan untuk kita semua berusaha dalam memutuskan rantaian penyebaran dan jangkitan virus Covid-19 ini. Bahkan siaran langsung kedua beliau yang berlangsung dua hari kemudian juga masih tidak menyampaikan mesej ini dengan jelas.

Negara kita sekarang sedang berperang dengan virus Covid-19 ini dan kerajaan perlu mempunyai strategi komunikasi yang berkesan untuk semua rakyat Malaysia — ini termasuklah dengan memberitahu rakyat senario terburuk bencana Covid-19 ini.

Amatlah penting untuk Perdana Menteri dan semua Jemaah Menteri mendapatkan kepercayaan dan keyakinan rakyat yang bahawa mereka ini mampu dan berkebolehan untuk melancarkan dan memenangi perperangan ini. Oleh itu, sebarang cadangan yang baik haruslah dipertimbangkan dan dilaksanakan oleh Kerajaan tanpa berlengah lagi.

Terdapat banyak cadangan yang baik dan membina telah diberikan hari ini, antaranya adalah seperti berikut:

Cadangan daripada bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Dr Wan Azizah Ismail dan timbalan beliau Hannah Yeoh supaya Kerajaan menyediakan peruntukan tambahan untuk barisan hadapan yang merisikokan nyawa mereka dalam membendung wabak Covid-19 ini; dan

Cadangan daripada seorang peniaga kecil-kecilan Lee Siew Lian dalam sebuah artikel yang diterbitkan dalam Malay Mail Online hari ini yang bertajuk “Malaysians need cash injections now to survive Covid-19 economic disaster”, terutamanya cadangan beliau kepada Menteri Kewangan untuk mengembalikan semua pembayaran PCB dan CP204 yang telah dibayar dalam tempoh 12 bulan yang lepas.

LIM KIT SIANG


Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang on Friday, 20th March 2020:

Tell Malaysians about the worst-case scenario on the #COVID19 crisis.

Global news about the Covid-19 pandemic continues to be bleak and ominous.

Italy passed a grim milestone yesterday when its deaths linked to the virus soared to 3,405, exceeding the toll of 3,248 deaths in China, where the virus first broke out.

Cemeteries in the northern city of Bergamo were so overwhelmed that troops were called in to transport bodies elsewhere to be cremated. The army sent 120 doctors and health professionals to help in Bergamo and nearby Lodi, while field hospitals and emergency respiratory units were being set up elsewhere in the north.

The spread of the virus in Italy had been swift and terrifying, even after the country imposed strict limits on people’s movements. As the death toll rose, traditional funeral services were outlawed as part of the national restrictions against gatherings.

The country tallied 902 deaths in the last two days alone: 475 Wednesday and 427 on Thursday. Most who died had serious pre-existing conditions. Italy now has 41,035 coronavirus cases.

In the United States, the Governor of California, Gavin Newsom ordered California’s almost 40 million residents to stay home except for essential trips, after 1,040 cases of the coronavirus had been identified and 19 people had died.

Newsom earlier said the state was projecting that 56 percent of California’s population would be infected with the virus over an eight-week period — a stunning disclosure that rippled through headlines as it would work out to 22.4 million cases. But Newsom later said he hoped that the extraordinary measures he proposed in California would stop those projections from coming to pass.

Even London is considering a lockdown over the Covid-19 pandemic, as United Kingdom joins ten countries with the most number of Covid-19 deaths with a global death toll of 10,028 – Italy (3405), China (3,248), Iran (1,284), Spain (831), France (372), United States (200), United Kingdom (144), South Korea (94), Netherlands (76) and Germany (44).

At least, 245,049 people have been infected globally, with seven countries having exceeded 10,000 cases – China (80,967), Italy (41,035), Iran (18,407), Spain (18,077), Germany (15,320), United States (13,800) and France (10,995).

When the Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin announced the Movement Control Order (MCO) on Monday night, he failed to explain the seriousness of the epidemic and importance to break the chain of infection of the Covid-19 virus. Even his second live telecast two days later was not a full success either.

The nation is at war with the Covid-19 virus and the Government must communicate fully and effectively to all Malaysians – including sharing with all Malaysians the worst-case scenarios about the Covid-19 crisis.

It is important that the Prime Minister and all Ministers earn the trust and confidence of all Malaysians that they are capable and competent to wage and win this war and this is why good suggestions should be deliberated and acted upon without delay by the government.

Many good and constructive suggestions as to how to fight and win this war have been made today itself, like the following:

  1. Proposal by former women, family and community development minister Dr Wan Azizah Wan Ismail and her former deputy Hannah Yeoh that the government provide additional allocation for frontliners who are risking their lives in the battle against Covid-19; and
  2. Ideas by small business owner Lee Siew Lian in an article today in the Malay Mail online entitled “Malaysians need cash injections now to survive Covid-19 economic disaster”, in particular her proposal to the Minister of Finance to reverse all the PCB and CP204 paid for the last 12 months.

LIM KIT SIANG