Setiausaha Agung DAP seru rakyat Malaysia kekal bertenang menghadapi musibah bersama-sama

Perutusan Ulang Tahun ke-54 Parti Tindakan Demokratik (DAP) oleh Setiausaha Agung dan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Kuala Lumpur pada 18.3.2020:

54 tahun yang lalu, pada 18 Mac 1966, DAP telah ditubuhkan dengan tekad baru untuk menjamin kebebasan, kesaksamaan, integriti, keadilan ekonomi dan demokrasi kepada seluruh Rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan gender. Sejak dari mula lagi, walaupun ketika itu hanyalah sebuah parti pembangkang yang kecil, DAP sentiasa berjuang tidak mengenal penat lelah dengan didukung prinsip-prinsip tersebut.

Berdekad-dekad lamanya, demi memenangi hati Rakyat, DAP terpaksa mengharungi pelbagai cabaran. Ramai pemimpin kami terpaksa berkorban kebebasan mereka, kerjaya mereka, wang ringgit mereka malah disindir sebagai penyokong “parti yang tidak akan menang”, selain berhadapan pelbagai bentuk penindasan rejim Barisan Nasional.

Namun, pemimpin dan ahli-ahli DAP tidak pernah mengalah dan terus berjuang atas keyakinan bahawa perjuangan demi Rakyat Malaysia adalah mengatasi kepentingan diri setiap kami. Kami bermula sebagai parti pembangkang dan ketika itu, meletakkan aspirasi menjadi parti pembangkang yang terbaik. Apabila diberi amanah oleh Rakyat untuk menjadi parti kerajaan, maka kami bertekad untuk menjadi parti kerajaan paling cemerlang. Kejayaan ini terbukti bukan sahaja sebagai kerajaan negeri Pulau Pinang malah sebagai kerajaan pusat di Putrajaya.

Hari ini DAP telah hilang kuasa kepada kerajaan baru tanpa mandat Rakyat. Perkara ini jelas merupakan suatu kezaliman di mana pihak yang dipilih rakyat dibelakangi pihak yang kalah pilihan raya. Namun, hilang jawatan tidak bermaksud hilang pendirian.

Berpandukan keyakinan bahawa suara Rakyat suara keramat yang menentukan hala tuju negara, kami akan terus berjuang dan berkhidmat dalam apa jua keadaan demi Rakyat dan negara Malaysia. Walaupun negara bagai dilanda bala bertubi-tubi semenjak berlakunya krisis politik yang menggantikan kerajaan pilihan Rakyat dengan kerajaan tanpa mandat, kami percaya, selagi nyawa terkandung dalam badan, selagi kita berpegang pada prinsip perjuangan, selagi itu kita mempunyai harapan untuk memulihkan negara kita.

Sementara itu, Malaysia kini berdepan dengan dwi-krisis wabak Covid-19 dan kemelesetan ekonomi. Dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula hari ini 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, saya berharap Rakyat Malaysia akan kekal bertenang, bersabar serta bersatu menghadapi musibah ini bersama-sama.

Golongan paling terkesan merupakan golongan pekerja, B40 dan usahawan kecil dan sederhana. Apabila industri terpaksa ditutup, para pekerja mungkin kehilangan pendapatan mereka. Apabila kerajaan melarang perjalanan keluar negara, 300,000 Rakyat Malaysia yang menyeberangi Selat Tebrau ke Singapura setiap hari untuk bekerja akan terkesan.

Salah satu tindakan terakhir kerajaan Pakatan Harapan ialah untuk menyiapkan pakej ransangan ekonomi RM20 bilion. Saya berharap langkah-langkah yang dikemukakan akan dilaksanakan serta-merta, terutamanya moratorium pembayaran balik pinjaman bank selama tiga bulan untuk perniagaan-perniagaan yang terjejas serta bantuan kepada golongan pekerja. Kerajaan juga patut segera menghulurkan talian hayat kewangan kepada 300,000 Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

Sekurang-kurangnya, dasar-dasar yang dilaksanakan oleh Pakatan Harapan kini dapat membantu Rakyat Malaysia mengharungi cabaran di depan mata. Contohnya, Rakyat dilindungi insurans percuma MySalam yang telahpun diperluaskan untuk merangkumi masalah kesihatan kesan daripada Covid-19. Bantuan Sara Hidup yang dijadualkan pada Mei 2020 telahpun diawalkan ke Mac 2020. Para pekerja juga boleh memilih untuk menyumbang 7% berbanding 11% ke dalam KWSP mereka.

Kepada Rakyat Malaysia yang terpaksa bergerak dalam tempoh penuh cabaran ini, sekurang-kurangnya mereka kini membayar kadar tol 18% lebih murah berbanding dulu di lebuhraya PLUS seluruh negara. Dasar ini dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan sejak 1 Februari 2020. Penunggang motorsikal di kedua-dua Jambatan Pulau Pinang serta di Laluan Kedua Johor-Singapura kini tidak perlu bayar sebarang tol.

Saya berharap semua legasi kerajaan Pakatan Harapan ini akan membantu meringankan beban Rakyat Malaysia sementara kita menunggu tindakan selanjutnya oleh kerajaan baru bagi menyelamatkan industri dan 15 juta pekerja Malaysia.

LIM GUAN ENG


民主行动党成立54周年献词

民主行动党秘书长兼峇眼国会议员林冠英于2020年3月18日在吉隆坡发表文告:

54年前的1966年3月18日,行动党诞生了。行动党不分群体或地缘,为所有马来西亚人带来了自由、正义、廉洁、公平共享经济繁荣及民主的全新斗争。行动党从微不足道的反对党一路走来,凭着所怀抱的理想、理念及原则支撑,如履薄冰孤独征战。

数十年来透过宪政体制的斗争方式,历经无数的审判与磨难,才能赢得人民的心。我们无数的领袖曾经失去人身自由、经济生计,甚至在当时国阵政府多番压迫、压制与迫害下得公然面对“不自量力”的嘲笑戏谑也在所不惜。

但是行动党领袖及党同志仍然坚信全马来西亚人的福祉远大于我们每个人的利益而坚守斗争岗位。我们茁壮成为马来西亚历史上最好的反对党,我们接着成为执政党并成为好政府的一员。我们不只在槟城施政取得超出期望的成功,我们也在联邦政府施政取得超出期望的成功。

没错,我们在2018年赢得大选后,而今政权失去给了一个非民选的政府。胜者为寇,败者为王,这对正义来说是何其荒诞。我们失去权位但我们不失去原则。我们失去权力但忠于是非黑白站在对的一方。我们失去了政权,但我们不失民心。

我们始终相信人民的力量才能决定国运,最终驱使国家回到人民的政府之正轨。我们必须谨记,在民选政府被取而代之后,如今所浮现的种种危机,只要我们没有失去我们彼此的健康、彼此的希望、彼此的信念,人民将再度团结一致将政权委托给人民的选择,而不会是人民所唾弃的一方。

我们正在面对急迫的经济及新冠病毒疫情危机。 在2020年3月18日至31日的全国行动限制令之下,我希望全体马来西亚国民能保持冷静,团结一致一起面对这项考验。

当中,受影响最大的是劳动阶层、B40低收入群体及中小型商家。当工业领域停摆,一些商家可能关门大吉,员工也失去收入。同时,大马的禁止出境措施也将影响到30万名每天跨岸到新加坡工作的大马人。

希盟政府最后的其中一项任务,就是准备一份200亿令吉的经济振兴配套。我们希望有关方面能够迅速执行这些措施,尤其是让受影响的商家有3个月的贷款延期偿付期,并对员工伸出援手。对于在新加坡工作的30万马来西亚人,政府现在也应该为其提供财务救生索。

令人欣慰的是,因为希盟的政策,至少现在可让马来西亚人受到MySalam全国健保计划的保护。这项保险计划是于2020年2月扩大保障范围,并且将新冠肺炎所造成的影响纳入保障。而原本计划于2020年5月发放的生活援助金,亦提前到2020年3月发放。另外,雇员们现在也可以选择少缴公积金,即从原本的11%下降4%至7%。

至于那些在这艰辛时期仍被迫要远行的马来西亚人而言,至少他们现在可以在南北大道公司(PLUS)所管理的大道上,少付18%的过路费(此政策由希盟于2020年2月1日正式推行)。而摩托车骑士在通行槟城两座大桥以及马新第二通道时,亦不需再付费。

我真诚希望希盟政府过去的努力,能够减轻马来西亚普罗百姓的负担,同时,我们也在等待新政府采取进一步的行动来挽救马来西亚的企业和1500万名员工。

林冠英