EXCO Chong Eng kutuk serangan agresif terhadap ADUN Ketari di media sosial

KENYATAAN MEDIA YB CHONG ENG, EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG MENGENAI SERANGAN AGRESIF TERHADAP ADUN KETARI:

Saya mengutuk sekeras-kerasnya terhadap serangan agresif yang dilemparkan kepada ADUN Ketari, Young Syefura Othman di laman media sosial beliau.

Rara telah menyertai politik dalam usia yang begitu muda dan merupakan seorang ADUN DAP Melayu yang pertama diberi mandat untuk manjadi wakil rakyat di Kawasan Ketari. Beliau juga telah menjadi contoh wanita yang menunjukkan suatu kepempinan yang sangat berkeyakinan dan berkebolehan sebagai seorang Ahli Politik.

Percubaan yang berulangan ini adalah semata-mata untuk menjatuhkan keyakinan diri beliau disebabkan beliau adalah seorang wanita Melayu di Parti DAP. Saya berharap Rara berpegang teguh kepada prinsip keyakinan diri dan terus menjalankan tugas beliau selaku ADUN yang telah diberi mandat oleh rakyat.

Segala jenis kecaman peribadi sebegini harus ditolak sama sekali dan beliau harus kekal menjadi seorang idola yang bersinar bagi semua wanita dan lelaki yang menyokong kesamarataan jantina. 

CHONG ENG


MEDIA STATEMENT YB CHONG ENG, PENANG STATE EXCO ON THE AGGRESSIVE ATTACK THROWN AT KETARI ASSEMBLYWOMEN:

I strongly condemn the aggressive attack thrown at Ketari assemblywoman Young Syefura Othman on her social media.

Rara has joined politics in such a young age and a first Malay DAP assemblywomen to be given a mandate by the rakyat in Ketari. She has shown great confidence and ability in her work as a Wakil Rakyat.

Repeated attempts by some people to discredit her solely because she is a woman in DAP. I hope Rara remain strong and just dismissed visious personal critism also continues to carry out her duties as an assemblywoman who has been mandated by the people.

CHONG ENG