Status quo ADUN PPBM di Pulau Pinang kekal sama hingga diputuskan

KENYATAAN MEDIA OLEH YB SETIAUSAHA POLITIK KEPADA YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI (ADUN) KOMTAR, TEH LAI HENG PADA 27 FEBRUARI 2020 DI GEORGE TOWN:

STATUS QUO DUA ADUN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA DI PULAU PINANG KEKAL SAMA SEHINGGA DIPUTUSKAN

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bertam, YB Tuan Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq dan ADUN Telok Bahang, YB Tuan Zolkifly Md. Lazim daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Pulau Pinang telah mengadakan kunjungan hormat terhadap YAB Ketua Menteri pada jam 1 petang tadi.

Dalam perjumpaan tersebut, kedua-dua ADUN berkaitan terus komited menyatakan sokongan terhadap YAB Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang.

Menurut YAB Ketua Menteri, status quo ADUN Bertam dan ADUN Telok Bahang di Negeri Pulau Pinang adalah kekal sama sehingga keputusan lanjut daripada Kerajaan Persekutuan kelak.

TEH LAI HENG