Best way to establish unity government is through restoring PH government: MP Kit Siang

Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Kuala Lumpur on Thursday 27th February 2020:

The best way to establish a unity government is through restoring the Pakatan Harapan Government

Although the idea of a national unity government is attractive and should be considered by all rational Malaysians, one thing is clear: No national unity government can be established on treachery, deceit, corruption, betrayal of the people’s mandate or by promoting national disunity.

It is foolish and short-sighted to purportedly establish a national unity government by destroying the Pakatan Harapan Government.

The ideal way to establish a national unity government is to build on the Pakatan Harapan coalition and convince other political parties and entities to come together in the larger interest of the nation to build a New Malaysia – based on the Pakatan Harapan mandate in the 14th General Election for a New Malaysia.

Or to use the words of the Chairman of Pakatan Harapan in the foreword to Buku Harapan dated 8th March 2018, policies and actions “to rebuild the nation and to fulfil the hope of the people”.

Two days ago, I had asked:

“Are Malaysians now suddenly to believe, for instance, that the 42 Barisan Nasional MPs (39 UMNO, 2 MCA and 1 MIC) and 18 PAS MPs now support Pakatan Harapan 14GE Manifesto and the arrest and trial of Najib and former top BN leaders – and if so, will they make such a declaration?”

The silence and failure to provide answer to this question is an eloquent statement by itself.

Nobody rejects the idea of a national unity government. The first task is to restore the Pakatan Harapan Government.

This is the immediate challenge for Malaysia.

LIM KIT SIANG


Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Khamis 27 Februari 2020:

Cara terbaik untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan adalah dengan menjadikan Pakatan Harapan sebagai asasnya dan meyakinkan parti-parti politik lain untuk bekerjasama demi kepentingan negara dalam membina Malaysia Baharu

Walaupun idea penubuhan sebuah kerajaan perpaduan itu menarik dan layak menerima pertimbangan oleh semua rakyat Malaysia yang rasional, terdapat satu perkara yang kekal jelas: Tidak ada kerajaan perpaduan yang boleh ditubuhkan dengan berasaskan pengkhianatan, penipuan, rasuah, pengabaian mandat rakyat atau perpecahan perpaduan negara.

Sebarang cubaan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan memusnahkan Pakatan Harapan adalah tidak bijak dan tidak berpandangan jauh.

Cara terbaik untuk menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan adalah dengan menjadikan Pakatan Harapan sebagai asasnya dan meyakinkan parti-parti politik lain untuk bekerjasama demi kepentingan negara dalam membina Malaysia Baharu — berteraskan mandat Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 untuk Malaysia Baharu.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Pengerusi Pakatan Harapan di dalam kata-kata aluan Buku Harapan yang bertarikh 8 Mac 2018, dasar dan tindakan-tindakan “yang akan kami laksana untuk memulih semula dan MEMBINA NEGARA serta MEMENUHI HARAPAN rakyat”.

Dua hari yang lepas saya telah persoalkan:

“Siapakah yang akan percaya 42 MP BN dan 18 MP PAS kini menyokong manifesto PRU14 Pakatan Harapan dan penangkapan Najib dan pimpinan BN — dan jika benar, adakah mereka akan mengumumkan perkara ini?”

Sehingga hari ini, masih tidak ada sebarang jawapan kepada persoalan ini, dan perkara ini dengan sendirinya menjadi jawapan yang jelas.

Tidak ada sesiapa pun yang menolak idea kerajaan perpaduan. Cuma tugas yang paling utama sekarang adalah untuk mengembalikan kerajaan Pakatan Harapan.

Inilah cabaran yang terbesar yang kita sedang hadapi.

LIM KIT SIANG

Scroll to Top