Tugas Presiden MCA nampaknya hanya kutuk dasar murni kerajaan PH dengan tohmahan palsu: Ahli Parlimen Tony Pua

Kenyataan Media YB Tony Pua, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Damansara, pada Rabu 19hb Februari 2020 di Kuala Lumpur

Tugas Presiden MCA Dato’ Seri Wee Ka Siong sebagai pembangkang nampaknya adalah hanya untuk mengutuk dasar-dasar murni Kerajaan Pakatan Harapan dengan pelbagai tohmahan palsu atau mengelirukan

Pelbagai spekulasi yang tidak berasas dan tohmahan tidak benar telah dikeluarkan oleh Pengerusi MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkaitan inisiatif Kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (“B40”) dan golongan berpendapatan pertengahan (“M40”).

Dr Wee membangkitkan kembali kes-kes yang berkaitan dengan masalah tuntutan lama yang telah dilaporkan oleh media tahun lalu. Hal-hal ini telah pun dijelaskan secara terperinci oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah mySalam pada 6 November 2019. Antaranya, tuntutan bermasalah pertama tidak mempunyai maklumat yang lengkap seperti pengesahan daripada doktor. Tuntutan bermasalah kedua pula telah ditolak kerana pemohon tersebut telah menerima tuntutan hospitalisasi maksimum setahun iaitu sebanyak RM700.

Pada masa yang sama, Kementerian Kesihatan Malaysia (“KKM”) telah mengeluarkan bukan satu, tetapi dua surat pekeliling kepada semua Pengarah Hospital, Pengarah Kesihatan Negeri dan Pengarah Institusi pada 14 Ogos 2019 dan 13 Januari 2020 agar caj bayaran laporan perubatan dikecualikan daripada pesakit yang membuat tuntutan Skim mySalam. Ini jelas membuktikan keikhlasan Kerajaan PH dalam usaha meringankan bebanan pesakit di mana tiada caj tambahan dikenakan ke atas pihak pesakit.

Kalau beliau tidak tahu, biar saya mengambil kesempatan untuk menjelaskan sekali lagi kepada Pengerusi MCA bahawa Skim mySalam ini tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana pihak kecuali rakyat Malaysia. Semua premium yang dibayar Kerajaan, jika tidak digunakan sebagai tuntutan oleh penerima manfaat, akan dibayar balik kepada Tabung Amanah mySalam. Sekali lagi, hal ini telah pun dijelaskan secara berulang kali di Dewan Rakyat dan melalui kenyataan rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (“MOF”) pada 6 Ogos 2019.

Seperti mana-mana kebiasaan pelaksanaan inisiatif baru, proses penyebaran maklumat, aktiviti-aktiviti meningkatkan kesedaran untuk ianya menjadi tuntutan akan mengambil masa yang agak lama. Jumlah tuntutan sebanyak RM13.7 juta untuk tahun 2019 yang diumumkan dengan telusnya, tidak bermakna bahawa baki dana lesap disonglap seperti di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.

Sebaliknya, ia diperuntukkan untuk penerima-penerima skim mySalam untuk tahun-tahun yang akan datang. Kerajaan PH akan terus mempertingkatkan kerja-kerja penyebaran maklumat kepada orang ramai melalui usaha seperti penubuhan kiosk-kiosk mySalam di hospital-hospital kerajaan di setiap negeri untuk membantu rakyat dengan tuntutan-tuntutan Skim mySalam.

Mungkin Dr Wee tidak faham mengenai matlamat Skim mySalam kerana skim kebajikan dan takaful yang membantu golongan berkeperluan yang mengidap penyakit kritikal atau kehilangan pendapatan kerana terpaksa dihospitalisasi, tidak pernah dilaksanakan oleh Kerajaan BN.

Daripada sibuk membazir masa untuk menyebarkan tohmahan yang tidak berasas, adalah lebih baik sekiranya Dr Wee menggunakan laman sosial media beliau untuk membantu berkongsikan maklumat yang tepat dan sahih mengenai Skim mySalam yang disediakan secara percuma oleh Kerajaan Malaysia. Macam ini, lebih ramai lagi rakyat Malaysia dapat menikmati manfaat takaful mySalam. Kecuali, Dr Wee memang tidak inginkan manfaat ini kepada rakyat?

Janganlah disebabkan keangkuhan tidak mahu mengiktiraf kebaikkan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan, sanggup mengeluarkan bermacam tohmahan yang bukan sahaja mengelirukan malah mengaburi mata rakyat yang memerlukan bantuan kesihatan daripada Kerajaan dengan mengeluarkan bermacam tohmahan palsu.

Tony Pua


财政部长政治秘书兼白沙罗国会议员潘俭伟于2020年2月19日在吉隆坡发表的文告:

马华总会长魏家祥的首要任务看来就是以满嘴谎言误导破坏希盟政府所实施的良政

马华总会长魏家祥最近无所不用其极的利用各种毫无事实根据的谎言污蔑政府协助低收入群(B40)及中等收入群(M40)的mySalam健保国家健保计划良政。

魏家祥竟然将早在去年媒体已经报导过关于健保索偿问题再次老调重弹。这项课题mySalam健保基金主席老早已经在去年2019年11月6日详细说明,当中首个索偿问题究其因是索偿者并没有提供诸如医生证明的所需文件,第二个被回拒的个案则是其本身已经获得每年最高的700令吉住院津贴。

与此同时,卫生部已经分别于2019年8月14日及2020年1月13日,不下一次的发出指示函予各相关政府医院、各州卫生总监及各卫生机构,要求豁免mySalam健保索偿患者的医药报告费。足见希盟政府是如何透过豁免收费的体恤措施,来减少患者的负担。

如果魏家祥不知道,让我再次借此机会再次向这位马华总会长解释mySalam健保并不会让任何一造牟利,获利的只有大马人民。由政府发出,所有让受保者索偿后余下的健保金,将会重新循环存放入mySalam健保基金内。其实这项课题已经在国会澄清解释了无数次,也曾经于2019年8月6日马来西亚财政部的官方文告中清楚说明。

就如任何新政策一开始实施,mySalam健保一开始实施也需要进行长期的宣导活动与醒觉运动,以让国民醒觉mySalam健保的好处,因此启始的索偿也会更谨慎需时。也因此2019年的索偿虽然相对只有1370万令吉,政府也毫无保留的透明公布,但并不表示所有巨款余额就会像国阵执政时期一样被亏空公款殆尽。

相反的,这笔国家健保基金将会在往后持续保留给予mySalam健保受保者。希盟政府仍然致力在进行这项良政的宣导与国民醒觉运动,如在各州的政府医院设立mySalam健保的电子服务机,协助民众mySalam健保的索偿事宜。

或许是因为国阵政府不曾实施这类福利计划,致使魏家祥不了解mySalam健保作为一个福利计划的目标,是为了帮助患上严重疾病或因住院而失去收入的有需要群体。

与其浪费时间散布毫无根据的谎言,魏家祥倒不如善用其社交媒体,分享由政府免费提供,有关mySalam健保准确而真实的信息。唯有这样,才会有更多的大马人民能共享mySalam健保的好处。除非魏博士打心底并不想让大马人民受惠?

不要因为自身不愿承认希望联盟政府良好政策的那股傲慢,而提出各项不实指控,误导和蒙蔽了需要政府提供健康援助的人民双眼。

潘俭伟