Kerajaan menjimat sebanyak RM3.1 bilion dalam projek Lebuhraya Pan Borneo

SIARAN MEDIA

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PENJIMATAN RM3.1 BILION DARIPADA PROJEK LEBUHRAYA PAN BORNEO SARAWAK SELEPAS IA SIAP, AKAN DIGUNAKAN UNTUK PROJEK-PROJEK INFRASTRUKTUR LAIN DI SARAWAK

Mesyuarat Jemaah Menteri pada 24 April 2019 telah bersetuju supaya Kerajaan menamatkan perjanjian project delivery partner (PDP) bagi projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak kerana projek melalui pendekatan PDP dilihat melibatkan implikasi kewangan yang tinggi kepada Kerajaan. Dengan penamatan perjanjian PDP, implikasi kewangan keseluruhan untuk pelaksanaan projek telah dapat dikurangkan dengan penjimatan sebanyak RM3.1 bilion iaitu 14% daripada anggaran implikasi kewangan sebelum penamatan perjanjian PDP.

Jadual 1: Perbezaan kos sebelum penamatan perjanjian PDP dan selepas penamatan perjanjian PDP

Anggaran implikasi kewangan kepada Kerajaan dengan penglibatan syarikat PDP sebelum ini ialah RM21.9 bilion manakala anggaran implikasi kewangan setelah perjanjian PDP ditamatkan ialah sebanyak RM18.8 bilion. Dengan penamatan perjanjian PDP ini, Kerajaan tidak perlu membayar yuran PDP sebanyak 5.5% daripada kos pembinaan serta kos-kos lain yang bersifat bayaran balik (reimbursable) kepada syarikat PDP.

Selaras dengan keputusan untuk menamatkan perjanjian PDP, Kementerian Kerja Raya telah mengeluarkan notis penamatan perjanjian PDP kepada syarikat PDP pada 20 September 2019. Pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak selepas penamatan perjanjian PDP akan dilaksanakan secara konvensional tanpa penglibatan syarikat PDP.

Dalam mesyuarat pada 4 September 2019, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya pelaksanaan 11 pakej kerja projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 786.4km diteruskan oleh Kerajaan secara konvensional tanpa penglibatan syarikat PDP. Setakat ini, 1 kontrak pakej kerja iaitu WPC01 (jajaran Telok Melano ke Semantan sepanjang 33km) telah siap mengikut jadual pada 6 Januari 2019.

Peruntukan secukupnya disediakan bagi menyiapkan 11 pakej tersebut termasuk peruntukan pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan berjumlah RM5 bilion dan pembiayaan selebihnya disediakan melalui DanaInfra Nasional Berhad. Kesinambungan urusan pembiayaan oleh DanaInfra Nasional Berhad ini melibatkan penamatan perjanjian Project Funding Agreement sedia ada dan digantikan dengan perjanjian Project Funding Agreement yang baharu yang telah ditandatangani pada hari ini. Urusan Project Funding Agreement ini juga adalah selaras dengan penamatan perjanjian PDP yang akan berkuatkuasa pada 20 Februari 2020.

Justeru, pada hari ini kita telah menyaksikan:

  1. Mutual Termination Letter yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Sarawak dan DanaInfra Nasional Berhad melibatkan penamatan perjanjian Project Funding Agreement sedia ada; dan
  2. Project Funding Agreement yang baharu yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan DanaInfra Nasional Berhad.

Saya yakin bahawa projek Lebuhraya Pan Borneo Sarawak sepanjang 786.4 km ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi kepada negeri Sarawak. Penjimatan RM3.1 bilion daripada projek ini selepas ia siap, akan digunakan untuk projek-projek infrastruktur lain di Sarawak. Ini selaras dengan dasar baru Kementerian Kewangan untuk menggunakan penjimatan daripada sesuatu projek untuk projek infrastruktur lain yang memanfaatkan negara, dan untuk kes ini, khususnya rakyat negeri Sarawak.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Kementerian Kewangan
Putrajaya
6 Februari 2020


马来西亚财政部长林冠英新闻稿

泛婆罗洲大道一旦建竣后将节省31亿令吉,所节省下来的余额将用以砂拉越其他的基础设施

内阁早于2019年4月24日同意政府终结泛婆罗洲大道计划交付伙伴(PDP)的合约,因为认为以计划交付伙伴方式进行将让政府耗费更多资金。随着终结计划交付伙伴(PDP)合约之后,政府执行该计划的整体资金投资将减少,并预估在计划交付伙伴合约终结前,可节省高达31亿令吉或14%。

表 1: 计划交付伙伴合约终结前后的差别

若以以之前的计划交付伙伴模式进行预估成本高达近219亿令吉,然而待计划交付伙伴合约终结之后进行,将只耗费188亿令吉。坐待计划交付伙伴的合约终结,政府将可避免缴付高达兴建成本5.5%的计划交付伙伴费用及其他报销费用

配合让计划交付伙伴合约终结的决定,工程部已经于2019年9月20日向计划交付伙伴公司发出合约终结通知。在合约终结后,泛婆罗洲大道将在没有计划交付伙伴参与下,以常规模式进行。

内阁在2019年9月4日的会议上同意,在没有计划交付伙伴模式的公司参与之下,政府将以常规模式继续实施786.4公里的泛婆罗洲砂拉越公路项目的11个工程计划。迄今为止,一项工程计划合同即WPC01(Teluk Melano至Semantan共33公里路程)按时在2019年1月16日完工。

这11项工程计划拥有足够的资金来完成,当中包括联邦政府提供的50亿令吉发展拨款,其余的资金则通过DanaInfra Nasional Berhad提供。 DanaInfra Nasional Berhad已终止现有的项目资助协议,并由今天签署的新项目资助协议代替寻求融资。项目资助协议也与计划交付伙伴模式(PDP)协议的终止一致,该协议将于2020年2月20日生效。

总括而言,我们今天见证了:

(i)            联邦政府、砂拉越州政府和DanaInfra Nasional Berhad之间签署的相互终止书,涉及终止现有的项目资助协议;以及

(ii)          联邦政府与DanaInfra Nasional Berhad之间签署新的项目资助协议。

我相信,全长786.4公里的泛婆罗洲公路项目将成为砂拉越社会经济发展的催化剂。有关项目所省下的31亿令吉,将用于砂拉越的其他基础设施项目。这与财政部的新政策相吻合,即一个工程计划省下的钱,将投入在其他基建设施之上,以造福于国人。上述案例中,则将会让砂拉越人民受惠。

我爱马来西亚!

林冠英
马来西亚财政部长
布城
2020年2月6日