DAP Pulau Pinang akan adakan Konvensyen Tahunan Negeri pada Ahad ini

Kenyataan Media oleh Lim Hui Ying, Setiausaha DAP Pulau Pinang pada 11 Disember 2019 (Rabu) di George Town, Pulau Pinang:

Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2019 akan diadakan pada 15 Disember 2019 (Ahad), bermula jam 8.30 pagi di Hotel Pearl View, Jalan Baru, Seberang Perai.

Tema untuk Konvensyen kali ini adalah “Memikul Aspirasi Rakyat, Menjana Semangat Baharu.”

Speaker bagi konvensyen tahunan kali ini adalah Sdri. Leong Yu Man, Setiausaha Organisasi DAP Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Triang, Pahang manakala wakil Jawatankuasa Tertinggi Pusat adalah Sdr. Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP merangkap Menteri Kewangan Malaysia.

Sebagai peringatan, para perwakilan yang layak adalah dipohon untuk hadir sebelum atau pada jam 8.30 pagi untuk sesi pendaftaran dan konvensyen akan bermula tepat pada jam 10.00 pagi. Para perwakilan juga dipohon untuk memakai seragam parti, iaitu baju putih dengan seluar / skirt hitam.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang di talian 04-228 8482.

LIM HUI YING


槟州民主行动党秘书林慧英于2019年12月11日(星期三)在槟城乔治市所发表的文告:

槟州民主行动党将在2019年12月15日(星期天),早上8时半于北赖才能园珍珠景酒店举办2019年槟州民主行动党常年代表大会。

这次大会的主题是“承载民意,斗志犹新” 。

彭亨州民主行动党组织秘书梁耀雯同志将出任本次常年代表大会的大会议长。她同时也是彭亨直凉区州议员。而民主行动党秘书长兼财政部长林冠英同志将是本次常年代表大会的中央执行委员会代表。

所有符合资格的党代表也受促于当天早上8时半准时抵达以进行登记工作,而常年代表大会预计将于早上10时正召开。所有党员也必须穿上整齐党服(白色上衣,黑色裤子/裙子)出席常年代表大会。

任何疑问及详情可致电槟州民主行动党总部(电话:042288482)查询。

林慧英