Ambil tindakan tegas terhadap Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor: ADUN Joseph Ng

KENYATAAN MEDIA YB JOSEPH NG SOON SIANG, ADUN AIR ITAM PADA 9HB DISEMBER, 2019:

TINDAKAN TEGAS HARUS DIAMBIL TERHADAP KETUA BAHAGIAN UMNO BUKIT GELUGOR

Kenyataan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor, Datuk Omar Faudzar yang menyatakan parti DAP menjual kad pengenalan dan membawa undi hantu dari China merupakan sangat provokatif dan boleh menyebabkan kebencian dan kemarahan terhadap pemimpin dan parti.

Tuduhan serius sebegini terhadap parti DAP boleh membawa kepada pergolakan awam dan mengancam keharmonian negara.

Saya mencabar Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor sekiranya kenyataan beliau adalah benar maka beliau harus mengemukakan sebarang bukti yang ada sebelum menyambar sebarang fitnah tanpa berasas terhadap parti DAP.

Amalan fitnah dan permainan politik kotor sememangnya merupakan budaya bagi UMNO sejak dahulu lagi dan sememangnya bukan sesuatu yang baru. Persoalannya, sampai bila harus kita izinkan mereka bersikap sedemikian?

Mutakhir ini kelihatan DAP sahaja sering kali dijadikan ancaman oleh pihak pembangkang. Lebih kurang setiap hari politik kotor sebegini dimainkan oleh pembangkang namun pemimpin dari parti DAP masih memberi peluang supaya mereka dapat memperbetulkan diri dan cuba mengamalkan politik yang matang.

Bayangkan sekiranya kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pemimpin dari Pakatan Harapan atau DAP secara khususnya adakah pihak UMNO akan berdiam diri dan mengharapkan tindakan undang-undang untuk memainkan peranannya sebagai mana yang diamalkan oleh pihak DAP sekarang ini?

Sudah semestinya tidak ! barangkali pihak UMNO akan melabelkan kami sebagai parti rasis, menganjurkan demonstrasi, maki–hamun, menyebarkan berita–berita palsu yang mengaitkan Parti DAP, menokok tambah lagi kenyataan yang berunsurkan fitnah dan macam–macam lagi.

Saya ingin menyanjung tinggi kesemua ahli–ahli dan pemuda–pemuda dalam DAP atas kesabaran dan menggambarkan tingkah laku professional mereka dalam menangani perkara ini secara harmoni, dengan kesempatan ini, saya menyeru kepada pihak UMNO supaya mencontohi parti DAP dalam menggambarkan tingkah laku sebegini.

Oleh kerana kini kita telah menjadi Kerajaan memerintah yang bersih dan tidak lagi diterajui oleh pemimpin-pemimpin yang kolot, maka saya berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pemimpin Ketua Bahagian UMNO Bukit Gelugor supaya ianya dapat dijadikan suatu ajaran serta membendung perkara–perkara seperti ini terjadi lagi pada masa hadapan.

JOSEPH NG SOON SIANG


阿依淡区州议员黄顺祥文告:

针对近日在巫统大会上,巫统武吉牛汝莪区部主席奥玛在大会辩论环节胡乱指控行动党,指行动党利用国民登记局,引进中国公民当幽灵选民的言论,深感悲哀又滑稽可笑。

觉得悲哀的是巫统代表几十年不变,仍旧以谎言来煽动种族情绪,即便如今巫统失去了联邦政权,也依然本性难移,死性不改。

另一方面,令人可笑的是,奥玛可以在毫无证据的情况下,就以稽查报告中的一则报导来延伸他的谎言,信口开河的大做邪恶的故事。事实上,移民局已经澄清因为国内各地出入境系统不同而导致数据不准确,实际上过去三年至今仅共有1万8341名中国游客非法滞留在马来西亚,当然内政部及移民局也在加紧的追查这些滞留的各国游客。

所以,若我们将1万8341人这数据,来平均除与222个国会选区,平均每个选区才分配到大约82人而已,试问这样的人数如何能成为“巩固政权的幽灵选民”?

由此可见奥玛就算是发表污衊行动党的谎言,也“制作”的如此随便又缺逻辑,纯粹为了妖魔化行动党,从而破坏国民和谐。证明了这个连制作一个谎言都如此糟糕的政党,再加上如此的人物,试问人民要如何相信,若他们重新执政,会改过自新的认真治理国家及人民?

目前一些我党的代表,已经针对奥玛的污衊言论向警方投报,希望当局可以针对奥玛不负责任、企图激起民众憎恨行动党及行动党领袖的仇恨情绪,立即彻查对付,以避免这些旧有的种族主义煽动言论,又在新马来西亚死灰复燃,影响社会稳定。

黄顺祥

文告翻译来自光明日报:

阿依淡区州议员黄顺祥文告:针对近日在巫统大会上,巫统武吉牛汝莪区部主席奥玛在大会辩论环节胡乱指控行动党,指行动党利用国民登记局,引进中国公民当幽灵选民的言论,深感悲哀又滑稽可笑。觉得悲哀的是巫统代表几十年不变,仍旧以谎言来煽动种族情…

Posted by Joseph Ng Soon Siang 黄顺祥 on Monday, 9 December 2019