Status kerja naiktaraf Jalan Bukit Minyak (kemas kini pada 4 Nov, 2019)

Projek Menaiktaraf Jalan Bukit Minyak

George Town, 4 November 2019

Jalan Bukit Minyak di Seberang Perai Tengah merupakan antara jalan utama yang sering mengalami kesesakan lalulintas kerana tidak dapat menampung jumlah trafik yang tinggi di kawasan itu, terutama sekali pada waktu puncak.

Bagi membantu menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas, pada tahun 2015 Kerajaan Negeri telah melantik pihak Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sebagai agensi bertanggungjawab untuk melaksanakan projek penaiktarafan jalan tersebut.

Berikutan itu, satu tender terbuka telah dilaksanakan pada Oktober 2015 dan kontrak bernilai RM7,950,000 telah dianugerahkan kepada syarikat Lumson Bina Engineering Sdn Bhd. Tarikh mula kerja adalah 18 Mac 2016 dan tarikh siap asal adalah 17 Mac 2018. Tempoh kontrak asal selama 24 bulan.

Namun begitu, tarikh siap terpaksa dipinda berdasarkan dua faktor, yakni:

  1. Proses pengambilan tanah oleh Pejabat Daerah dan Tanah yang mengambil masa sembilan bulan.
  2. Kerja-kerja pengalihan utiliti oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Tenaga Nasional (TNB), Perbadanan Bekalan Air (PBA) dan Telekom Malaysia (TM) yang mengambil masa enam bulan tidak termasuk baki-baki kerja yang terpaksa disiapkan oleh kontraktor PDC. Pada masa ini, kerja-kerja pengalihan paip PBA masih dalam proses pelaksanaan dan dijangka siap pada pertengahan November 2019.

Justeru, atas faktor-faktor di atas, pihak kontraktor telah diberi lanjutan masa sehingga 24 November 2019.

Sejak kebelakangan ini, banyak aduan telah diterima mengenai isu-isu yang berkaitan di tapak seperti kesesakan jalan raya, jalan berlubang, banjir kilat dan kekurangan pencahayaan di waktu malam. Oleh itu, pihak kontraktor telah diarahkan untuk mengambil tindakan-tindakan sewajarnya. Antara langkah-langkah yang telah diambil termasuk:

  1. Menambah bilangan serta menyusun semula pengadang (barrier) di sepanjang jalan.
  2. Memasang lebih 25 buah lampu limpah bagi meningkatkan pencahayaan di waktu malam.
  3. Membaiki jalan berlubang dengan menggunakan kaedah cold mix.
  4. Mengorek parit sementara untuk mengawal aliran air dengan lebih baik demi mengelak banjir kilat.

Namun, trafik yang sangat sibuk di jalan ini ditambah pula dengan keadaan cuaca hujan lebat yang berterusan kebelakangan ini menyebabkan kerja-kerja pembaikan jalan berlubang tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Penampalan lubang dengan kaedah cold mix tidak dapat tahan kerana mudah terhakis apabila hujan lebat.

Ekoran daripada itu, satu mesyuarat telah diadakan pada 29 Oktober 2019 dengan semua pihak terlibat termasuk Ahli-ahli Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), wakil rakyat tempatan, pihak pengurusan PDC serta perunding projek tersebut bagi membincangkan masalah pengurusan trafik dan pembaikan jalan di tapak.

Mesyuarat telah bersetuju untuk melakukan penurapan sementara keseluruhan kawasan jalan yang berlubang dengan lapisan premix. Kerja-kerja tersebut telah dijalankan pada tengah malam 1 November 2019 dan dijangka siap pada 4 November 2019 bergantung kepada keadaan cuaca (sila rujuk gambar-gambar yang dilampirkan).

Kerajaan Negeri berasa amat kesal atas kesukaran yang terpaksa ditanggung oleh pengguna jalan raya tersebut dan berharap agar tindakan-tindakan mitigasi ini dapat membantu menyenangkan keadaan sementara kerja-kerja disiapkan.

Kemajuan kerja sebenar pada tapak sekarang berada di tahap 94% berbanding 97% yang dijadualkan. Adalah dijangka bahawa keseluruhan kerja-kerja menaiktaraf jalan dan kerja-kerja berkaitan akan siap pada penghujung tahun 2019 bergantung kepada keadaan cuaca.

Zairil Khir Johari
EXCO Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang


提升武吉免惹路

槟城(11月4日讯)

武吉免惹路是威中主要道路。该路段已不能符合繁忙的交通,特别是在高峰时段。

为解决该路段的阻塞问题,槟州政府于2015年委任槟发展机构,提升该路段。

2015年10月进行工程招标,Lumson Bina工程有限公司得标,工程耗资795万令吉。动工日期为2016年3月18日,及原本的竣工日期是2018年3月17日,即工程耗时24个月。

惟,上述工程的竣工时间却某种因素,而被迫展延:

  • 县署与土地局征地耗时9个月。
  • 国能、槟供水机构和马电讯公司的电缆和水管迁移工作,需要耗时6个月,而且还不包括槟发展机构承包商所需要进行的“手尾”工作。现阶段,槟供水机构还在迁移水管,估计本月中才结束。

基于以上因素,承包商已获延长工程至本月24日。

近期,接获不少事关交通阻塞、窟窿、闪电水灾和夜晚昏暗的投诉。为此,承包商已受指示采取各适当行动,包括:

  • 增设栏栅。
  • 增加25个泛光灯。
  • 以“冷灰”修补道路。
  • 挖掘临时沟渠。

惟,近期频下雨,导致当地交通流量增加,修复窟窿工程无法完成,同时“冷灰”铺路也遭受大雨的侵蚀。

为此,威省市议会、当地议员、槟发展机构和工程顾问,也在上个月29日召开会议,寻策解决该处的交通和工地问题。

该会议已通过以混泥土修复窟窿,修复工作已在本月1日半夜开始,估今日完成。

对当地人民造成的困扰,州政府感到非常遗憾,并且希望所进行的环节措施,能让工程顺利完成。

其实,相对目标所设的97%,目前提升工程已完成94%。希望这项工程能在今年内完成。

再里尔
槟州工程,基设与治水事务委员会主席

Artikel daripada laman blog Sdr Zairil: