KM Chow bentangkan Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2020

“Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama”

Prestasi dan Kedudukan Ekonomi Pulau Pinang

• Sebagai penyumbang kelima tertingggi KDNK negara pada 2018 dengan nilai RM91.81 bilion atau 6.7 peratus daripada keseluruhan, pelaburan Pulau Pinang kian rancak.

• Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) telah meluluskan pelaburan berjumlah RM9.2 bilion sehingga Jun 2019 berbanding RM5.8 bilion sepanjang tahun 2018.

• RM8.7 bilion adalah pelaburan langsung asing (FDI) dan RM0.5 bilion pelaburan tempatan, menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri tertinggi dalam pelaburan pembuatan di Malaysia serta mewakili 35 peratus jumlah FDI negara.

• Industri elektrik dan elektronik (E&E) kekal penyumbang pelaburan tertinggi negeri iaitu 93 peratus menjadikan Pulau Pinang kekal relevan sebagai lokasi pelaburan strategik.

• Industri yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berteraskan pengetahuan menjadi tumpuan promosi pelaburan Kerajaan Negeri bagi meningkatkan pendapatan per kapita Pulau Pinang.

Fokus Belanjawan 2020

• Meneruskan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 dengan berteraskan kepada Visi Penang2030.

• Tema ‘Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama’ sebagai iltizam menjadikan Pulau Pinang sebuah negeri maju, pintar dan hijau dengan menitikberatkan kesejahteraan serta kemakmuran rakyatnya.

• Belanjawan 2020 memberi fokus kepada empat (4) tema utama Penang2030 iaitu:

i. Pertama : Meningkatkan Daya Huni Bagi Menambah Baik Kualiti Kehidupan.
ii. Kedua : Menaik Taraf Ekonomi Bagi Meningkatkan Pendapatan Isi Rumah.
iii. Ketiga : Memperkasakan Rakyat Bagi Meningkatkan Penyertaan Masyarakat.
iv. Keempat : Melabur Dalam Persekitaran Fizikal Bagi Meningkatkan Daya Tahan.

PENANG2030: NEGERI PINTAR DAN HIJAU BERTERASKAN KELUARGA INSPIRASI KELUARGA

• Kerajaan Negeri sebagai perantara bagi pembangunan dan pelaksanaan pelan tindakan Penang2030 bagi sektor swasta melalui Pelan Transformasi Digital Pulau Pinang seperti yang terkandung dalam ‘Penang2030 Guide’ yang dilancarkan pada 27 April 2019.

• Kerajaan Negeri sedar kepentingan ekonomi digital, maka Syarikat Digital Penang ditubuhkan bagi menerajui pelaksanaan projek-projek digital termasuk membangunkan Pelan Transformasi Digital Pulau Pinang.

• Inspirasi Visi Penang2030 telah berjaya menarik pelbagai projek perintis pembangunan digital antaranya :

i. Teknologi Terragraph kendalian YTL Communications di George Town, lokasi pertama di Asia dipilih bagi pengujian teknologi internet berkelajuan tinggi gigabit.
ii. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengumumkan Pulau Pinang antara enam (6) negeri terpilih bagi pelaksanaan Projek Demonstrasi 5G Malaysia.
iii. Pulau Pinang sebagai lokasi ideal Bandar Pintar dan Digital.
iv. Melancarkan Platform Pemudahcara Perdagangan Pintar (Penang’ Smart Trade Facilitation Platform) melalui kerjasama pakar teknologi pintar logistik terkemuka, Fusionex yang akan memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana tempatan.

• KDNK Pulau Pinang dijangka melebihi RM100 bilion setahun beberapa tahun akan datang berikutan inisiatif ini.

Pembangunan Bakat dan Sumber Manusia

• Produktiviti buruh di negeri ini adalah 19.1 peratus lebih tinggi daripada paras nasional.

• Meneruskan subsidi kepada syarikat yang menghantar pekerja menjalani program German Dual Vocational Training (GDVT) yang ditawarkan oleh Penang Skills Development Centre (PSDC). Seramai 3,938 pekerja telah dilatih menerusi 189 kursus yang ditawarkan.

• Pemetaan berdasarkan keperluan industri tenaga kerja dari masa ke masa bagi menjamin bekalan tenaga mahir.

• Program pembangunan modal insan, empowerNCER@Pulau Pinang memberi latihan asas kemahiran serta keusahawanan kepada kumpulan B40 bagi menambah nilai pasaran tenaga kerja tempatan dan peluang keusahawanan kepada rakyat Pulau Pinang.

• NCER Talent Enhancement Programme (NTEP) memberi peluang pekerjaan kepada graduan menganggur melalui kerjasama pelbagai agensi kerajaan. Seramai 350 graduan disasarkan menyertai program ini pada tahun 2020.

Belanjawan Negeri Pulau Pinang 2020"Penang2030 Teras Kejayaan Kemakmuran Bersama"…

Posted by Chow Kon Yeow 曹觀友 on Thursday, 31 October 2019

STRATEGI PERTAMA : MENINGKATKAN DAYA HUNI BAGI MENAMBAH BAIK KUALITI KEHIDUPAN

Meningkatkan Pembekalan Rumah Mampu Milik (RMM)

• Sasaran menyediakan 180,000 unit RMM dengan keutamaan kepada golongan B40 dan M40 menjelang 2030.

• Meningkatkan usaha pemilikan RMM secara sewa beli (RTO).

• Mengenal pasti lokasi bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Jelutong, Daerah Timur Laut.

• Sejumlah RM13.6 juta diperuntukkan bagi menyelenggara Rancangan Perumahan Awam.

• RM6.8 juta bagi Tabung Penyelanggaraan Maksimum 80 Peratus Pulau Pinang (TPM80PP).

Kesejahteraan dan Kesihatan Rakyat

• Perluaskan pewartaan kawasan bebas asap rokok di semua daerah melalui inisiatif Pulau Pinang Bebas Asap Rokok (PENBAR) dengan peruntukan RM250,000 bagi tujuan promosi dan advokasi selama lima (5) tahun mulai tahun 2020.

• RM886,000 diperuntukan bagi meneruskan Program MammoPenang.

Kebajikan Rakyat

• RM50 juta diperuntukan bagi projek kebajikan, i-Sejahtera.

• Bayaran dinaikkan bagi Program Penghargaan Warga Emas daripada RM130 kepada RM150 setahun.

• Bantuan kepada OKU dinaikkan daripada RM130 kepada RM150 setahun.

• Meneruskan perkhidmatan bas Congestion Alleviation Transport (CAT) secara percuma dengan kos RM15 juta.

Memelihara Kepentingan Agama Islam

• RM60.05 juta diperuntukkan bagi memperkasakan institusi serta memelihara kepentingan agama Islam.

Sukan dan Rekreasi

• RM10.05 juta untuk tujuan pembangunan sukan.

• Tanah Kerajaan Negeri di Lebuh Sungai Pinang 7 bakal dinaik taraf sebagai sebuah Taman Kejiranan dalam Bandar sebagai usaha menambah kemudahan rekreasi.

STRATEGI PERTAMA : MENINGKATKAN DAYA HUNI BAGI MENAMBAH BAIK KUALITI KEHIDUPANMeningkatkan Pembekalan Rumah Mampu…

Posted by Chow Kon Yeow 曹觀友 on Thursday, 31 October 2019

STRATEGI KEDUA : MENAIK TARAF EKONOMI BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN ISI RUMAH

Memberi Tumpuan Kepada Pelaburan Berkualiti Tinggi

• Pulau Pinang dipilih menjadi tuan rumah bagi World Congress on Information Technology pada September 2020 dengan penyertaan 4,000 perwakilan daripada 80 buah negara.

• Pakej Insentif Istimewa NCER ditambah baik bagi memastikan pembangunan seimbang.

Meningkatkan Usaha Dalam Bidang Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

Membantu Industri Kecil dan Sederhana (IKS)

• Subsidi sewa kepada IKS tempatan yang layak menyewa di Pusat IKS dan Perkampungan IKS di Bukit Minyak dan Batu Kawan.

• Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Bersama-sama China Chamber of International Commerce Shenzhen Branch bagi mengalakkan perlaburan dan kerjasama dua hala.

Meningkatkan Produktiviti Sektor Pertanian

• Memperuntukkan RM4.07 juta untuk transformasi digital dalam sektor pertanian.

• Menyelaraskan Dasar Pertanian Pulau Pinang dan Dasar AgroMakanan Negara 2.0 dengan memberi fokus terhadap tanaman hasil tinggi.

Menambah Baik Industri Penternakan

• Enakmen Unggas kini dalam peringkat penyediaan draf akhir.

• RM2.98 juta diperuntukkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk meningkatkan industry penternakan.

Merancakkan Sektor Pelancongan

• Merancakkan kempen Experience Penang Year 2020 sempena Tahun Melawat Pulau Pinang dengan tagline Celebrate Asia’s Diversity.

• Membangunkan Projek Coastal Resort and Spa di Batu Feringghi dengan pihak swasta melalui Public Private Professional Partnership (PPPP) melibatkan jumlah pelaburan RM10 juta.

• RM10.9 juta bagi melaksanakan projek-projek penstabilan cerun d Bukit Bendera.

• RM15.4 juta bagi pembangunan Bukit Bendera.

• Sejumlah RM35.8 juta diperuntukkan untuk sector pelancongan pada tahun 2020.

Memperkemas Industri Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS)

• Mewujudkan kursus GBS yang diiktiraf oleh Human Resources Development Fund (HRDF) dalam usaha membina tenaga kerja bagi memenuhi keperluan industri.

STRATEGI KEDUA : MENAIK TARAF EKONOMI BAGI MENINGKATKAN PENDAPATAN ISI RUMAHMemberi Tumpuan Kepada Pelaburan…

Posted by Chow Kon Yeow 曹觀友 on Thursday, 31 October 2019

STRATEGI KETIGA : MEMPERKASAKAN RAKYAT BAGI MENINGKATKAN PENYERTAAN MASYARAKAT

Meneruskan Bantuan Kewangan Tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Mubaligh, Sekolah Cina, Sekolah Persendirian, Sekolah Tamil.

• RM12 juta diperuntukan.

Pembaikan dan Penyelenggaraan Infrastuktur Sekolah

• Memperuntukan RM5 juta pada tahun 2020 berbanding RM3 juta sebelumnya.

Memperkasakan Wanita

• RM1.5 juta kepada Perbadanan Pembangunan Wanita Pulau Pinang (PWDC) untuk meneruskan pelaksanaan Dasar Keterangkuman Gender serta pembangunan wanita dan keluarga.

• RM200,000 untuk pelaksanaan program keterangkuman gender.

Memantapkan Kepimpinan Akar Umbi

• Sebanyak RM4.1 juta diperuntukkan bagi memantapkan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

STRATEGI KETIGA : MEMPERKASAKAN RAKYAT BAGI MENINGKATKAN PENYERTAAN MASYARAKATMeneruskan Bantuan Kewangan Tahunan…

Posted by Chow Kon Yeow 曹觀友 on Thursday, 31 October 2019

STRATEGI KEEMPAT: MELABUR DALAM PERSEKITARAN FIZIKAL BAGI MENINGKATKAN DAYA TAHAN

Urban Transformation Centre (UTC) di KOMTAR

• 15 agensi kerajaan akan mula beroperasi pada pertengahan tahun 2020.

Penang’s New City Core (PNCC)

• Kawasan di pesisir pantai Weld Quay dan Butterworth bakal ditransformasikan sebagai tarikan baharu, Penang’s New City Core.

Projek Naik Taraf Infrastruktur & Jalan Raya

• Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM35.12 juta.
• Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) – RM37.35 juta
• Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) – RM36.21 juta

Perbadanan Digital Pulau Pinang atau Penang Digital Corporation

• Sejumlah RM2.1 juta diperuntukkan bagi menubuhkan Perbadanan Digital Pulau Pinang yang akan memacu pembangunan inisiatif digital dan pintar.

Projek Tebatan Banjir

• Lapan (8) projek tebatan banjir berimpak tinggi dengan nilai RM150 juta bakal siap pada tahun 2020 dan 2021.

• Projek Tebatan Banjir Sungai Jelutong Diversion bernilai RM13.2 juta dijangka siap pada Ogos 2020.

• Sejumlah RM104.53 juta diperuntukkan bagi menaik taraf sistem saliran dan menangani masalah banjir.

Menjamin Bekalan Air Kepada Rakyat

• Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menganggarkan pelaburan sebanyak RM501 juta untuk tempoh 2019 hingga 2021 bagi pelaksanaan pelbagai skim dan projek bekalan air.

Agenda Hijau Pulau Pinang 2020 – 2030

• Dalam peringkat akhir menyusun strategi ke arah pembangunan lestari berteraskan UNSDGs.

Penghargaan Kepada Penjawat Awam

• Bantuan khas kewangan (BKK) sebanyak setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM1,000 melibatkan 3,997 penjawat awam dengan jumlah bayaran RM5.42 juta.

• 1,594 penyelia guru KAFA, 275 guru SRA Rakyat, 185 guru SMA Rakyat serta 583 guru dan staf Sekolah Persendirian Cina menerima RM300 seorang.

• 252 guru tahfiz, guru sekolah pondok dan guru TADIS menerima RM200 seorang.

* Akan dibayar pada Disember 2019.

STRATEGI KEEMPAT: MELABUR DALAM PERSEKITARAN FIZIKAL BAGI MENINGKATKAN DAYA TAHANUrban Transformation Centre (UTC) di…

Posted by Chow Kon Yeow 曹觀友 on Thursday, 31 October 2019