Senator Hui Ying sokong lantikan Ahli Parlimen Lanang sebagai pengerusi baru NIOSH

KENYATAAN MEDIA OLEH SENATOR LIM HUI YING ATAS PELANTIKAN ALICE LAU, AHLI PARLIMEN LANANG SEBAGAI PENGERUSI NIOSH YANG SELARAS DENGAN KOMITMEN MANIFESTO KERAJAAN PAKATAN HARAPAN, 9HB OKTOBER 2019:

Saya ingin menyatakan sokongan penuh dalam pelantikan Alice Lau, Ahli Parlimen Lanang sebagai pengerusi baru Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Lantikan beliau yang berkuatkuasa dari 1 Oktober 2019 hingga 20 September 2022 akan menggantikan Lee Lam Thye yang tamat kontrak baru-baru ini.

Pengalaman dan kelayakan Saudari Lau sebagai ahli farmasi dan pemegang ijazah sarjana farmasi dari University of Strathclyde di Glasgow, Scotland yakin dapat terus menyumbang kepada NIOSH dan akan memimpin NIOSH ke arah yang lebih cemerlang.

Pendekatan ini telah membuktikan manifesto Pakatan Harapan dalam memastikan kuota wanita dipenuhi dalam penjawatan kerajaan serta  lebih ‘responsif gender’ dalam menegakkan agenda kesamarataan.

Enam jawatan menteri penuh dalam kabinet dan empat timbalan menteri juga merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Pentadbiran kerajaan Malaysia Baharu mempunyai lebih banyak wanita dalam kabinet sejak penubuhan negara kita berbanding dengan kerajaan dahulu.

Perkara ini membuktikan kerajaan telah memberi perhatian dan momentum untuk menegakkan kesaksamaan gender. Justeru itu, perkara ini hendaklah sentiasa berterusan.

Komitmen untuk memperkasakan wanita masih lagi menjadi keutamaan Pakatan Harapan. Manifesto Pakatan Harapan telah diterapkan dalam beberapa peringkat dan saya yakin matlamat ini akan dicapai pada masa akan datang.

Saya juga ingin menyeru supaya pelbagai program dapat dianjurkan agar penglibatan wanita dalam dunia politik dipertingkatkan untuk melatih wanita menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Sehubunggan dengan pekara ini, saya berharap setiap wanita yang berjawatan dalam kerajaan ataupun swasta dapat menerapkan semangat kesamaratan jantina dengan adil dan saksama.

LIM HUI YING


上议员林慧英针对南兰区国会议员刘强燕受委全国职业安全与卫生机构(NIOSH)主席发表新闻文告,指该委任符合希望联盟政府竞选宣言,2019年10月9日:

我在此全力支持南兰区国会议员刘强燕由首相敦马哈迪医生委任为全国职业安全与卫生机构(NIOSH)主席。

她的任期将从2019年10月1日开始至2022年9月20日,以取代合约刚刚到期的李霖泰。

刘强燕同志拥有药剂师及位于苏格兰格拉斯哥的斯特拉斯克莱德大学药剂学学士学位的经验与资历,相信将会对全国职业安全与卫生机构有所贡献,同时也将带领该机构迈向更辉煌的方向。

这也证明了希望联盟保证女性在公职机构里的名额的竞选承诺,同时在达到性别平权是的性别敏感度。

内阁中的6名部长及4名副部长也是前所未有的举动。新马来西亚的政府中的女性内阁成员数量相比前朝政府来得多,也是自独立以后最多的一次。

这件事也证明了政府对于性别平等的关注与施力,因此这举动也应该持续下去。

为女性赋权依然是希盟政府的首要承诺。希盟竞选宣言已在数个阶段实现,而我也相信这个目标也将在未来得以达成。

我也想呼吁多举办一些活动,以加强女性在政治世界里的参与度,训练女性成为未来的领导。

与此相关,我希望每位在公职或私人机构里任职的女性,可以公平公正的发扬性别平等的精神。

林慧英