Senator Hui Ying sokong kewarganegaraan automatik anak-anak wanita Malaysia yang lahir di luar negara

SETIAUSAHA DAP PULAU PINANG MENYOKONG CADANGAN KEMENTERIAN UNTUK MENGKAJI UNDANG-UNDANG KEWARGANEGARAAN AUTOMATIK TERHADAP ANAK-ANAK WANITA MALAYSIA YANG LAHIR DI LUAR NEGARA

Senator Lim Hui Ying, Setiausaha DAP Pulau Pinang menyokong dan memohon agar suatu pindaan perlembagaan untuk memberikan hak yang sama rata kepada wanita warganegara Malaysia untuk memperolehi status kewarganegaraan anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Pindaan perlembagaan ini amat penting untuk Kerajaan Pakatan Harapan kerana ia mencerminkan salah satu komitmen yang disenaraikan dalam Manifesto Pakatan Harapan untuk mengkaji semula undang-undang yang mendiskriminasi kaum wanita.

Pada masa ini, hanya bapa warganegara Malaysia sahaja dibenarkan mendapat kelulusan kewarganegaraan bagi anak mereka dalam tempoh masa satu bulan selepas permohonan dilakukan, manakala ibu warganegara Malaysia perlu membuat permohonan dan mengikut prosedur di bawah peruntukan yang berbeza – Perkara 15 (2) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan Malaysia diminta untuk mengkaji semula pindaan undang-undang Perkara 14 Perlembagaan Persekutuan ini untuk menggantikan perkataan “ayah/bapa” dengan “sekurang-kurangnya salah seorang ibu atau bapa” supaya kaum ibu-ibu tempatan dibenarkan untuk mendapatkan kewarganegaraan secara automatik untuk anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Cabaran-cabaran birokrasi yang dihadapi oleh wanita dalam memohon kewarganegaraan untuk anak-anak mereka merupakan antara punca utama kaum wanita mengalami tekanan kerana mereka harus melalui satu proses yang memakan masa dan perkara ini boleh menyebabkan kaum wanita mengalami gangguan emosi, kemurungan dan juga putus asa dalam mencari kehidupan yang diingini.

Hak asasi wanita dalam perkahwinan juga mempunyai taraf keadilan yang sama seperti kaum lelaki. Oleh itu, kerajaan juga harus menitikberatkan tentang hak wanita dalam setiap perkara.

Sebagai kerajaan baharu yang mementingkan hak persamaan (equality), langkah-langkah perlu diambil untuk menolak sikap diskrimasi terhadap kaum wanita. Oleh itu, saya menyokong penuh pindaan perlembagaan terhadap perkara 14 Perlembagaan Persekutuan dan dapat dilakukan dengan segera bagi membasmi diskriminasi terhadap wanita dalam hal ini.

Konteks:
Kerajaan kaji pinda Perlembagaan beri keadilan isu kewarganegaraan
Bernama | Diterbitkan pada September 18, 2019 13:53 MYT
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerajaan-kaji-pinda-perlembagaan-beri-keadilan-isu-kewarganegaraan-217811


槟州民主行动党州秘书支持部长有关修宪让大马女性在国外出生的孩子自动取得公民权的建议

槟州民主行动党州秘书林慧英上议员支持并要求修宪,赋予马来西亚女性公民在海外出生的子女享有公民身份的平等权利。

这项宪法修正案对希盟政府非常重要,因为它体现了希盟竞选宣言中的一项承诺,即重新探讨所有歧视女性的法律。

目前,只有身为父亲的大马公民才能让子女在申请公民权后一个月内获得公民身份,而大马女性则必须根据联邦宪法第15(2)条,按照不同规定的程序申请。

我们希望希盟政府能够重新探讨联邦宪法第14条文,以“至少一名家长”来取代“父亲/爸爸”这个字眼,以便允许大马女性为海外出生的子女自动获得公民身份。

大马女性在为子女申请公民身份时经常面对繁杂的程序,这无形中也增加了申请者所面对的压力。往往申请者都必须经历一个耗时的过程,而在此过程也可能导致情绪受扰、忧郁而最终申请者会想要放弃。

妇女在婚姻中应与男性享有平等的权益。因此,政府应该在各方面更加关注女性权益。

身为一个注重平等权益的新政府,我们应要采取适当措施遏制对女性的歧视。因此,我全力支持修改联邦宪法第14条文,并且尽快消除这一事项中对女性的歧视。

起源:
三部门探讨修宪,让妇女为国外出生孩子登记公民
马新社  |  发表于 2019年9月18日下午4点01分
https://www.malaysiakini.com/news/492401