Marilah jadikan Pulau Pinang simbol perpaduan kebangsaan: Kon Yeow

Di kaca mata saya, Malaysia terutamanya Pulau Pinang adalah amat istimewa. Malaysia unik kerana kita terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai kepercayaan serta tradisi tersendiri.

Sebagaimana hasrat ingin merealisasikan Visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, keharmonian serta nilai perpaduan yang bermula daripada institusi keluarga akan menjadi intipati serta teras utama untuk mencapai kemenangan yang digariskan.


PERUTUSAN HARI KEMERDEKAAN KE-62 OLEH KETUA MENTERI PULAU PINANG PADA 30 OGOS 2019 DI KOMTAR, GEORGE TOWN:

Menjelang 31 Ogos 2019 yang jatuh pada hari esok, maka genaplah sudah 62 tahun negara kita Malaysia mencapai kemerdekaan.

Dengan menelaah sejarah perjuangan untuk kemerdekaan negara kita, saya percaya rakyat Malaysia harus menyedari bahawa perjuangan untuk meraih kebebasan daripada cengkaman penjajahan bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk menyemarakkan semangat patriotisme dalam menghargai erti sebuah kemerdekaan.

Walau apa jua ideologi dan pegangan kita, pengorbanan tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan Cheng Lok dan Tun VT Sambathan harus terus diingati sebagai sebahagian daripada sejarah kemerdekaan negara.

Merdeka bukan sahaja sekadar mengibar Jalur Gemilang kebanggaan negara, tetapi fakta dan sejarahnya harus betul-betul difahami dan didalami maksudnya. Politik perkauman yang mewarnai ruang lingkup era politik masa kini adalah perlu dielak sama sekali.

Umumnya, pemilihan tema yang sama seperti di peringkat Persekutuan iaitu “Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih” cukup menggambarkan harapan kita semua untuk terus melihat aspek perpaduan terus diperkukuh dan diperkasakan.

Di kaca mata saya, Malaysia terutamanya Pulau Pinang adalah amat istimewa. Malaysia unik kerana kita terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang mempunyai kepercayaan serta tradisi tersendiri.

Justeru, sebagai seorang warganegara Malaysia, apa sahaja yang dilakukan seharusnya tidak menyentuh sensitiviti serta kepercayaan kaum dan bangsa lain. Keharmonian serta perpaduan sedia ada adalah wajar dan wajib dikekalkan.

Sebagaimana hasrat ingin merealisasikan Visi Penang2030 untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah Negeri Pintar dan Hijau Berteraskan Keluarga Inspirasi Negara, keharmonian serta nilai perpaduan yang bermula daripada institusi keluarga akan menjadi intipati serta teras utama untuk mencapai kemenangan yang digariskan.

Kemenangan sebenar bukan sahaja untuk melihat rakyat negeri ini terus hidup dalam suasana yang penuh harmoni, tetapi kemenangan sebenar adalah melihat pembangunan negeri terutamanya dalam aspek infrastruktur demi percambahan ekonomi bagi manfaat semua pihak.

Dalam kehidupan yang bergerak pantas ini, kita tidak ingin melihat anak cucu kita berdepan dalam kesesakan lalu-lintas, sebaliknya berharap mereka dapat menaiki aliran transit ringan (LRT) untuk tiba ke destinasi dalam tempoh masa singkat; mempunyai kerjaya yang bagus; mampu memiliki rumah sendiri; perkhidmatan kesihatan yang efisien dan tahap keselamatan yang optimum.

Tidak dilupakan keperluan membekalkan tahap pendidikan yang bermutu; memperjuangkan kesaksamaan gender; hidup di dalam suasana hijau dan sihat tanpa mengenepikan nilai-nilai warisan sedia ada kepada generasi pelapis negeri.

Marilah menjadikan Pulau Pinang sebagai simbol perpaduan kebangsaan dan saya menyarankan agar rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Pulau Pinang untuk bersama-sama menyemarakkan lagi semangat cintakan negara di dalam diri kita.

Selamat Hari Merdeka.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

CHOW KON YEOW


槟州首席部长曹观友于2019年8月30日在乔治市光大发表国庆日献词:

明天2019年8月31日,马来西亚将迎来第62周年国庆日。

翻阅我国争取独立的历史,我相信国民应该也意识到,摆脱殖民统治,面向自由是件不容易的事。因此,我们有责任理解独立的意义,让我们爱国的精神继续燃烧。

无论我们有何意识形态与原则,已故国父东姑阿都拉曼、敦陈祯禄和敦善班丹的牺牲与贡献,应永记于我国独立史中。

国庆日不仅仅是挥舞辉煌条纹,国民也需要实际了解历史与事实,深入明了其含义。目前充斥政坛的种族政治应该被杜绝。

总的来说,今年的国庆日主题“爱我国家,廉洁大马”,足以反映我们对于加强各方团结的期望。

马来西亚,尤其是槟州,在我的眼里是特别的。我国的独特之处,正在于我们是个多元种族、宗教信仰和文化的国家。

为此,身为马来西亚国民,我们必须避免触及其他族群的宗教信仰与敏感事务。现有的和谐与团结,需要靠大家去维持。

要实现“槟城2030:重家庭、拥绿地、精明州、耀全国”愿景,那么源自于家庭制度的和谐与团结,将成为我们实现胜利的基石。

真正的胜利并不只是看到槟州人民继续生活在和谐环境,真正的胜利也包括看到槟州的每一个人,都可以享受到发展计划,特别是基础设施的建设,带动经济增长的成果。

在这快速变化的时代,我们不希望看到我们的子子孙孙受到交通阻塞的困扰,反而希望他们可以乘搭轻快铁,在短时间内抵达目的地;拥有良好的事业;有能力拥有本身的屋子;具效率的医疗健康服务以及生活在安全的环境里。

同时,我们也希望他们可以获得良好教育;争取性别平等;在不忽略现有遗产价值下,为下一代打造充满绿意与健康环境的生活。

让我们将槟城打造为全民团结的象征,我谨此呼吁马来西亚人民,尤其是槟州人民一同让我们那颗火热的爱国之心,继续熊熊燃烧。

我谨此恭祝全体国民国庆日快乐。

默迪卡!默迪卡!默迪卡!

曹观友

Perutusan daripada laman rasmi Facebook Sdr Chow: https://www.facebook.com/ChowKonYeow/posts/10157592402049169