Patutkah saya hanya lupakan impian satu Malaysia Baharu dan bersara sahaja?

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Gelang Patah pada hari Rabu 28 Ogos 2019:

Salah satu respons kepada kenyataan saya semalam mengenai keupayaan Pakatan Harapan untuk memenangi PRU15 pada tahun 2023 — di mana saya telah menyatakan keyakinan saya untuk kemenangan ini — yang berbunyi seperti berikut:

“Bukan, bukan sekarang. Buat masa ini DAP pasti akan musnah. Sila turun ke peringkat akar umbi sekarang, dengar apa yang rakyat ingin katakan… dengar pendapat mereka yang dahulunya penyokong DAP… yang kini jumlahnya dapat dibilang dengan jari… Pemimpin DAP kini sudah menjadi pekak, buta… dan BODOH.”

Dua minggu yang lepas, saya telah mengatakan di Gelang Patah yang saya akan kehilangan kerusi parlimen Iskandar Puteri ini dan DAP akan kehilangan 30-40 peratus undi dalam negara jika pilihanraya umum diadakan sekarang.

Perkara ini menunjukkan betapa kritikalnya salah faham dan salah tanggapan yang dihadapi DAP dan Pakatan Harapan dalam kalangan penyokong kami.

Kami memerlukan masa untuk membolehkan penyokong kami menyedari yang DAP belum pernah dan tidak pernah mengkhianati mereka dan kami masih komited terhadap matlamat Malaysia Baharu yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, kecemerlangan, dan integriti.

Jika benar DAP telah mengkhianati rakyat dan harapan dan matlamat Malaysia Baharu, maka layaklah DAP ditolak oleh rakyat Malaysia dan tidak akan ada cara untuk DAP mendapatkan semula sokongan rakyat. Malah sokongan ini hanya akan makin merosot.

Tetapi, jika DAP tidak mengkhianati prinsip kami dan harapan rakyat, maka masa akan membuktikan kesilapan semua salah tanggapan dan salah faham mengenai DAP ini.

Setelah berdekad-dekad berjuang, DAP tidak akan sesekali mengkhianati rakyat ataupun prinsip kami mahupun aspirasi Malaysia Baharu yang berteraskan perpaduan, kebebasan, keadilan, dan integriti ini. Oleh itu, para pemimpin DAP haruslah mempunyai stamina untuk terus cekal dan komited terhadap matlamat ini.

Dalam tempoh masa dua bulan kebelakangan ini, melalui kempen berita palsu dan hasutan besar-besaran, ramai rakyat Malaysia terperangkap di dalam satu keadaan yang sangat buruk di mana hampir setiap komuniti hidup dalam ketakutan, syakwasangka, dan kebencian antara satu sama lain. Di mana mereka merasakan hak, kaum, budaya, dan agama mereka menghadapi satu krisis eksistensial.

Bagaimanakah kita sampai ke tahap sebegini? Di mana kaum Melayu kini merasakan yang mereka telah hilang kuasa politik dan hak, agama, dan budaya mereka kini terancam.

Sebagai contoh, kerosakan kepada sistem data Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini telah digunakan untuk menyebarkan berita palsu mengenai kemasukan tiga juta rakyat China ke negara ini, sekaligus mengubah demografik negara. Sedangkan berita ini tidak mempunyai sebarang asas langsung memandangkan proses semakan imigresen masih dijalankan secara manual dan semua pelawat tertakluk kepada prosedur yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen.

Malahan, jika difikirkan logik akal, mustahil untuk tiga juta rakyat China mendarat di KLIA dalam masa tiga hari kerana perkara ini akan memerlukan pendaratan lebih daripada 10,000 pesawat setiap hari! Tidak mungkin perkara ini boleh berlaku tanpa disedari oleh sesiapa.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia berkaum Cina ketakutan mengenai kehilangan hak, kaum, dan budaya mereka. Nasib baik berita palsu yang mengatakan kononnya kerajaan Pakatan Harapan akan menyekat tarian singa ini disangkal dengan pantas oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan semalam.

Kerana kekurangan maklumat dan perundingan, legasi kerajaan sebelum ini dalam memperkenalkan mata pelajaran jawi di sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil dilihat sebagai satu serangan ke atas sistem pendidikan Cina dan Tamil oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Dalam masa dua bulan sahaja, melalui berita palsu dan hasutan, oportunis politik telah memarakkan api perkauman dan sentimen keagamaan sehingga wujudnya perasan syak wasangka, kebencian, dan ketakutan antara satu sama lain di negara ini.

Proses pembinaan negara kita terumbang-ambing sepanjang 16 bulan sejak pilihanraya umum ke-14 yang lalu.

Sepatutnya kita semua sebagai rakyat Malaysia bertanyakan satu soalan; jika setiap komuniti, suku kaum etnik, dan budaya menghadapi ancaman eksistensial, siapakah yang menimbulkan ancaman ini?

Saya percaya kepada satu Malaysia Baharu yang boleh menjadi salah satu daripada negara terulung di mata dunia dalam semua bidang yang diceburi manusia, memandangkan empat tamadun hebat dunia — tamadun Islam, Cina, India, dan Barat — bertembung di negara ini.

Satu kajian Malaysiakini baru-baru ini menunjukkan kira-kira satu daripada enam rakyat Malaysia tidak tahu apa-apa mengenai budaya dan agama lain selain daripada budaya dan agama sendiri dan tidak berminat untuk mengetahui lebih lanjut.

Hampir satu per empat responden mengatakan yang mereka tidak mengenali budaya atau agama lain tetapi bersedia untuk mengetahui lebih lanjut dan baki 60 peratus mengatakan mereka agak faham atau sangat faham mengenai budaya yang lain daripada budaya sendiri.

Bagaimanakah dapat kita menggunakan kajian ini untuk menjadikan Malaysia sebagai negara model Perikatan Peradaban di mata dunia.

Bolehkah kita lakukannya?

Jika kita mempunyai komitmen ini untuk menjadi model Perikatan Peradaban ini, kita semua perlulah keluar daripada kepompong etnik masing-masing dan mula berinteraksi dan menghargai nilai-nilai murni yang ada dalam setiap budaya dan tamadun yang ada di negara ini. Bukan menjadi mangsa oportunis politik yang hanya bergantung kepada perpecahan dan sentiasa menghasut kita untuk berasa syak wasangka, benci, dan takut antara satu sama lain — dengan melagakan agama, budaya, dan kaum di dalam negara ini.

Ramai yang telah memberikan respons terhadap kenyataan saya dan menggesa saya untuk berputus asa.

Patutkah saya hanya lupakan impian satu Malaysia Baharu dan bersara sahaja?

Kenyataan media daripada blog Sdr Lim:


我是否就这样把新马来西亚忘了,然后干脆引退?

我昨天有关“希望联盟是否能赢得2023年的第十五届大选?”的文告——而我的答案是肯定的“能”——所获得的其中一个回应如下:

“不能,不是现在这样。民主行动党可能会灭亡。现在回到民间,听听人民的声音。。。听那些曾经是民主行动党支持者的。。。如果现在还有的话。。。民主行动党现在的领袖又聋又盲。。。和愚钝。”

我两周前曾经在振林山说过,倘若全国大选现在举行的话,我可能将会在依斯干达公主城国会选区败选,而民主行动党也会在国内失去30至40%的选票。

这显示出长期支持我们的支持者对于民主行动党和希望联盟的误解的程度。

我们需要时间让我们的支持者和人民察觉到民主行动党并没有背离他们,我们也没有放弃我们建立一个团结、自由、公正、卓越和廉政的新马来西亚的希望和宗旨。

假如民主行动党真的背离人民还有建立一个团结、自由、公正、卓越和廉政的新马来西亚的希望和宗旨,那么民主行动党活该被马来西亚人民拒绝,且往后也绝不能再恢复或重新争取到选民的支持。事实上,后果只会更糟。

但如果民主行动党并没有背离我们的原则和人民的希望,那么时间将会证明针对民主行动党的误解是错误的。

凭借着我们历时数十年的斗争和牺牲,民主行动党是绝不会背叛人民、我们的原则和我们的希望,还有建立一个团结、自由、公正、卓越和廉政的新马来西亚的宗旨;民主行动党领袖只会更坚定、坚毅和决意往建立新马来西亚的方向前进,无论人民暂时对我们的误解如何。

在短短的两个月时间里,透过庞大和精心谋划的假新闻和仇恨言论的行动,马来西亚人民已经被困在险恶的状况里,每个社群似乎都活在恐惧、困惑、猜疑,和甚至是对其他社群和宗教的仇恨里,他们相信他们的权益、族群身份、宗教和文化都正面临着存在上的威胁。

这真是匪夷所思。巫裔被引导相信他们已经丧失政治权力和权益,他们的族群身份、宗教和文化则遭受着存在上的威胁。

举例来说,最近所发生的吉隆坡国际机场系统故障事件竟然被利用来散播300万名中国国民入境以改变国家人口结构的警戒和恐惧,但这样的假新闻却是完全没有事实根据的,因为监测外国人入境的程序是移民局人手进行的,还有所有的访客都得遵循标准作业程序(SOP)的规例。

无论如何,只要想想300万名中国人在三天内在吉隆坡国际机场入境就知道是不可能的,因为这将意味着平均一天就要有超过一万架班级降陆!还有这一切是否能在没有人注意之下发生呢?

马来西亚华裔深怕他们的权益、族群身份和文化面临着存在上的威胁,庆幸的是最近对于希望联盟政府限制舞狮表演的惧怕因着青年及体育部副部长昨天快速的回应而被粉碎。

由于资讯的匮乏和咨商的不足,以前政府所遗留下来的在华淡小开爪夷文课的政策就被理解为希望联盟政府对华文、淡米尔文教育和文化展开存在上的攻击。

仅仅在两个月的时间里,政治投机份子和亡命之徒透过假新闻和仇恨言论在每个社群里挑起了种族及宗教不安情绪,从而形成对其他社群不信任、恐惧及仇恨的火药库。

诚然,马来西亚的国家建设在第十四届大选结束后的过去十六个月陷入困局。

惟愿每一名马来西亚人都扪心自问:假如每个社群、族群和文化都面临着存在上的威胁,试问谁正在制造针对国内所有社群、族群和文化的这些威胁呢?

我相信新马来西亚可以成为在每个领域都有世界级表现的国家,因为四个伟大文明——即伊斯兰、中华、印度和西方文明——在马来西亚交汇。

《当今大马》最近的民调显示,大约有六分一的马来西亚人表示,他们对其他宗教和文化并不了解,也没有兴趣在这些方面学习更多。

接近四分一的回应者表示,他们并不熟悉,但却愿意学习;而余下的60%则表示,他们非常熟悉或大略熟悉。

我们究竟要如何善加利用这份民调,好让马来西亚在世界展现出“文明联盟”的成功,这样它才能在世界成为“文明联盟”的楷模。

我们可以做到吗?

如果我们有决心在世界展现“文明联盟”的成功,我们就必须走出我们族群意识的安全区,去交流和欣赏其他族群、文化和文明的美德及良好价值观,然后不坠入那些只想要制造和挑起猜疑、不信任、恐惧和仇恨的亡命之徒的陷阱,他们的目的是在种族、宗教、文化和文明之间挑起争端。

也有许多回应我文告的呼吁我引退。

那么我是否就这样把新马来西亚忘了,然后干脆引退?

在林同志布落格的文告:


Shall I just forget about New Malaysia and call it quits?

Media Statement by DAP MP for Iskandar Puteri Lim Kit Siang in Gelang Patah on Wednesday, 28th August 2019:

One response to my statement yesterday asking “Can Pakatan Harapan win the 15th General Election in 2023?”, where I had given a tentative “yes” answer, is as follows:

“No, not like now. DAP likely to perish. Go to the ground now, listen to the people … to once DAP supporters … few if any now … DAP leaders have gone deaf, blind … & DUMB.”

A fortnight ago, I said in Gelang Patah that I will be defeated in Iskandar Puteri parliamentary seat and DAP would lose 30 to 40 per cent of our votes in the country if an general election is held now.

This is the extent of the misperception and misunderstanding about the DAP and Pakatan Harapan among our long-standing supporters.

We need time for our supporters and the people to realise that the DAP has not betrayed them and that we have not given up on our hopes and objectives of a New Malaysia of unity, freedom, justice, excellence and integrity.

If the DAP had in fact betrayed the people and the hopes and objective of a New Malaysia of unity, freedom, justice, excellence and integrity, then DAP deserves to be rejected by Malaysians and there is no way that DAP can recover or recapture the support of the voters with the passage of time. In fact, the outcome can only be worse.

But if the DAP had not betrayed our principles and the hopes of the people, then time will demonstrate how wrong were the misperceptions and misunderstandings about the DAP.

With our decades of struggle and sacrifice, DAP will never betray the people, our principles and our hopes and objective of a New Malaysia of unity, freedom, justice, excellence and integrity, but DAP leaders must have the stamina, perseverance and commitment to stay the course for a New Malaysia, whatever the temporary misperceptions and misunderstanding of the people.

In a matter of two months, through a massive and orchestrated campaign of fake news and hate speech, Malaysians have been entrapped in a vicious position where every community lives in fear, doubt, suspicion and even hatred of other communities and religions, believing that their rights, ethnicity, religion and culture are facing an existential threat.

How could this be possible. The Malays are made to believe that they had lost political power and their rights, ethnicity, religion and culture are facing an existential threat.

For instance, the recent Kuala Lumpur International Airport (KLIA) system malfunctions were used to spread alarm and fear that three million Chinese nationals have entered the country, changing the demography in the country, when there is completely no basis for such fake news as the process of inspecting the entry of foreigners was conducted by the Immigration Department manually, and all visitors had to follow terms according to the Standard Operating Procedure (SOP).

In any event, a little thought would show that it is just impossible for three million Chinese to slip through the KLIA in three days, which would mean over 10,000 aircrafts landing in one day! Could this be done without anyone noticing?

The Chinese Malaysians fear that their rights, ethnicity and culture face an existential threat, and it is fortunate that the latest scare that the Pakatan Harapan Government was restricting lion dance performance was nipped in the bud by quick anticipatory response by the Deputy Minister for Youth and Sports yesterday.

Because of lack of information and inadequate consultation, a legacy of the previous government on Jawi in Chinese and Tamil Primary Schools was perceived as an existential attack on Chinese and Tamil education and culture by the Pakatan Harapan Government.

In just two months, through fake news and hate speech, political opportunists and desperados had fanned racial and religious insecurities in each community into a powder-keg of distrust, fear and hatred of other communities.

Malaysian nation-building is in a quandary in the last 16 months after the 14th General Election.

Let every Malaysian ask this question: If every community, ethnicity and culture is facing an existential threat, who is creating all these threats to all the communities, ethnicities and cultures in the country?

I believe in a New Malaysia that can become a top world-class nation in various fields of human endeavour as four great civilisations – Islamic, Chinese, Indian and Western – meet in confluence in Malaysia.

A recent Malaysiakini survey shows that about a sixth of Malaysians say they do not know about other religions and cultures, and have no interest in learning more.

Nearly a quarter of respondents said they were unfamiliar, but willing to learn, while the remaining 60 percent say they are either very familiar or somewhat familiar.

How can we leverage on this survey for Malaysia to be showcase to the world as the success of an Alliance of Civilisations, so that it could be a model of the Alliance of Civilisations in the world.

Can this be done?

If we have this commitment to be a showcase to the world of the success of Alliance Civilisations, we must come out of our ethnic shells and enclaves, interact and appreciate the virtues and best values of each other’s ethnicity, culture and civilisation and not to fall victim to desperados who only want to engender and incite suspicion, distrust, fear and hatred – by pitting race against race, religion against religion, culture against culture and civilisation against civilisation.

Many had responded to my statements and urged me to call it a day.

Shall I just forget about New Malaysia and call it quits?

Media statement on Sdr Lim’s blog: