Pemeriksaan awam projek LRT Bayan Lepas telah dibuka mulai 19 Ogos

Kon Yeow: Pemeriksaan awam projek LRT Bayan Lepas dibuka selama 3 bulan untuk kumpul maklum balas rakyat

Kon Yeow: Pemeriksaan awam projek LRT Bayan Lepas dibuka selama 3 bulan untuk kumpul maklum balas rakyat

Posted by Buletin Mutiara on Tuesday, 20 August 2019

Kon Yeow: Pemeriksaan awam projek LRT Bayan Lepas dibuka selama 3 bulan untuk kumpul maklum balas rakyat

Pemeriksaan awam bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Bayan Lepas telah dibuka di empat lokasi termasuk di Tingkat 3, Komtar sejak semalam.

Ketua Menteri, Sdr Chow Kon Yeow berkata bahawa pemeriksaan awam sepanjang tempoh tiga bulan, mulai 19 Ogos hingga 19 November ini adalah bertujuan mempamerkan maklumat serta mengumpul maklum balas orang awam berhubung projek tersebut.

“Proses ini adalah wajib di bawah Seksyen 84 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 bagi membolehkan Pulau Pinang mendapat kelulusan akhir daripada pihak APAD bagi Skim Kereta Api Projek LRT Bayan Lepas,” jelasnya yang juga Exco Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Komunikasi dalam sidang media di Komtar pada 20 Ogos 2019.

Turut serta, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman serta beberapa Exco Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang lain.

Selain Komtar, Sdr Chow memberitahu bahawa pemeriksaan awam seja emalam turut dibuka di pejabat agensi APAD di One Precinct, Bayan Baru; ibu pejabat APAD di Kuala Lumpur serta di kompleks ibu pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MSPP) dekat Bandar Perda, Seberang Jaya.

Tambah beliau, terdapat enam lokasi lain dikenal pasti untuk pemeriksaan awam secara bergerak (mobile booth), dua lokasi telah beroperasi iaitu di Tesco E-Gate dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA).

Menjawab soalan pemberita selepas itu, Sdr Chow mengalu-alukan semua pihak termasuk badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak setuju dengan projek tersebut untuk menyertai sesi pemeriksaan awam selama tempoh tiga bulan berkenaan.

“(Sesi Pemeriksaaan Awam) ini adalah terbuka kepada semua orang awam, sama ada daripada sektor awam, sektor korporat, orang perseorangan, (penggerak) industri, NGO (badan bukan kerajaan), semua orang dijemput hadir untuk memberi pendapat mereka.

“Kerana, apabila projek ini dimulakan nanti, ia akan mengubah landskap fiskal bahagian pulau,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Kota.

Berita lanjut di Buletin Mutiara:


即起至11月19日 轻快铁计划供公众查阅

“光大至峇六拜轻快铁计划”从8月19日开始至11月19日,进行为期三个月的公众查阅。槟州首席部长曹观友同志呼吁民众到邻近的公众查阅展示站,对上述计划作出反馈和意见。

他今日在一众议员陪同下,在光大三楼公众查阅展示站召开记者会时,如是表示。

首长:民众反应佳

他指出,光大3楼是其中一个固定展示站,另三个固定展示站地点则分别在峇央峇鲁One Precinct 的陆路公共交通机构(APAD)槟城分部、布城陆路公共交通机构总部,以及大山脚柏达镇威省市议会。

他说,另外还有6个流动展示站将分别在公众场所进行公众查阅。目前已开始进行的流动展示站是在E-gate 特易购(8月19日至9月18日),以及槟城国际机场(8月19日至9月21日),时间为早上10时至晚上10时。

他表示,上述流动展示站较后将移师到峇央峇鲁阳光广场及双溪尼蒙巴士站,展示期为9月19日至9月22日;至于北海中环广场则是10月6日、以及槟州发展技术中心(PSDC)为10月9日。

“这展示站主要是展示所有上述计划的相关资讯,同时也搜集各方对这计划的意见。”

他也指出,流动展示站会到不同的公众场所进行公众查阅,并每天进行公众查阅,包括周末和公假。至于固定展示站,则是依据办公时间进行,周末与公假例外。

他补充,这是依照2010年陆路公共交通法令第84条文下,必须召开的公共展示环节,以便取得陆路公共交通机构对上述轻快铁计划,作出最后阶段的批准。

他说,公众查阅的环节也是民众可提出反馈的平台,民众可透过手写或致电方式来作出反馈。

“公众也可在展示站取得表格来填写本身的反馈,也可在展示站里提供的网上反馈管道提出提出意见。”

他透露,在汇集所有意见后,州政府将提呈相关的反馈予陆路公共交通机构,以寻求更完善的轻快铁计划及批准。

详闻在珍珠快讯: https://is.gd/5xV01I