DAPSY Tanjong seru penyatuan & perpaduan di kalangan koalisi PH

Pencapaian Malaysia Baharu bukannya suatu usaha yang telah diambil oleh hanya satu Parti politik tetapi usaha daripada 4 Parti iaitu Parti PPBM, DAP, PKR dan Amanah yang telah melakarkan suatu sejarah yang menjatuhkan parti kleptokrasi yang telah memerintah negara kita selama 61 tahun yang lalu.

Walaupun pelbagai pencapaian telah dilakukan oleh kerajaan PH, ia masih membimbangkan apabila beberapa pihak di dalam parti koalisi sendiri sentiasa menunggu masa dalam mencari peluang untuk mengkritik kerajaan atau mendesak pemimpin dikalangan koalisi sendiri sehingga ketahap menyeru untuk meletakkan jawatan mereka.

Selaku Kerajaan kita harus menjadi contoh kepada masyarakat dan parti pembangkang serta memberi laluan kepada pemimpin – pemimpin di peringkat Kebangsaan untuk menjalankan tugas mereka dalam membuat sebarang keputusan yang terbaik untuk semua lapisan masyarakat, apabila seseorang pihak dalam koalisi sendiri berkelakuan dengan kurang berkesokongan ianya sentiasa akan memberi impak yang kurang baik terhadap pemimpin-pemimpin lain yang sentiasa berusaha gigih dalam melaksanakan tugasan mereka. Kita harus sentiasa memahami dan sedar bahawa kita bukan lagi Parti Pembangkang, malah merupakan Parti Pemerintah dan sebaik-baiknya bertindak seperti tersebut.

Perbuatan bertelingkah diantara satu sama lain dikalangan koalisi sendiri lebih memberi ruangan kepada parti pembangkang untuk bertepuk tangan serta ia tidak menampakkan suatu imej yang baik dikalangan masyarakat yang mengundi Kerajaan PH, selaku ahli-ahli kita haruslah sentiasa berganding bahu dan sentiasa membuat penyebaran informasi yang positif kepada orang awam bagi memastikan keharmonian sentiasa dijaga dengan sebaik-baiknya.

Percaya atau tidak apabila penggunaan tulisan jawi ini dibangkitkan dikalangan beberapa pihak mereka terus mengaitkan perkara ini dengan penyebaran agama islam, kenapa? Ianya disebabkan tulisan jawi ini lebih kepada konteks penggunaan orang melayu islam zaman dahulu, tetapi merujuk kepada subjek yang ingin dikitengahkan adalah, tujuan penggunaan jawi yang diaplikasikan dalam subjek Bahasa Melayu yang mana ianya juga telah dikurangkan ke 3 mukasurat dan dijadikan opsional ini merupakan suatu seni dan tidak langsung dibabitkan dengan unsur keagamaan atau bangsa. Mentaliti negatif seperti ini harus disegerakan untuk berubah dan kita harus lebih berfikir secara terbuka dan lebih patriotisme.

Spekulasi oleh beberapa pihak yang menyatakan inisiaitf ini sebagai suatu cara untuk mempromosikan hujah Islamisasi menunjukkan betapa bodohnya mereka dan ia seolah-olah menjadi mentaliti pengkritik yang berada di dalam mentaliti pemikiran orang Melayu yang sama apabila melihat salib dan terus berfikiran dan menilai bahawa agama kristian sedang dipromosikan di negara kita.

Selaku Kerajaan kita haruslah berprinsip menghormati sebarang keputusan yang telah diambil oleh jemaah menteri demi menjaga keharmonian dikalangan pemimpin dan masyarakat supaya kita boleh tumpu lebih kehadapan dan memberi tumpuan penuh dalam melaksanakan manifesto-manifesto Pakatan Harapan.

Kita harus menjadi lebih serius dan berhenti untuk mengadu domba , mengecam sini dan sana dikalangan rakan koalisi serta mengambil pendirian serius dalam membuat suatu panggilan untuk membentuk perpaduan dan penyatupaduan dikalangan semua pihak dalam koalisi Pakatan Harapan demi menjaga kesejahteraan rakyat.

Muhammad Shahrizul Muiz (Zul)
Setiausaha Organisasi DAPSY Tanjong
Parti Tindakan Demokratik (DAP)

Artikel daripada laman web LinkedIn Zul: https://www.linkedin.com/pulse/menyeru-untuk-penyatuan-dan-perpaduan-di-kalangan-ph-shahrizul-muiz