mySalam tiada unsur keuntungan, jelas Kementerian Kewangan

SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

SKIM mySALAM MERUPAKAN SEBUAH SKIM PERLINDUNGAN KESIHATAN YANG BUKAN BERMOTIFKAN KEUNTUNGAN UNTUK HOSPITAL KERAJAAN, UNIVERSITI DAN TENTERA – BUKAN UNTUK HOSPITAL SWASTA

Seperti diumumkan terdahulu, skim mySalam tidak akan memberikan keuntungan kepada mana-mana syarikat insurans swasta. Semua premium yang dibayar Kerajaan, jika tidak digunakan sebagai tuntutan oleh penerima manfaat, akan dibayar balik kepada Tabung Amanah mySalam

Harus ditekankan semula bahawa tiada unsur keuntungan bagi Great Eastern Holdings mahupun Great Eastern Takaful Berhad (GETB) melalui skim mySalam. Oleh itu, tiada insentif untuk GETB sebagai pengurus takaful mySalam untuk tidak mengeluarkan bayaran bagi mana-mana tuntutan yang layak.

Proses tuntutan untuk mySalam mudah dan jelas. Seorang pesakit yang telah disahkan menghidapi mana-mana satu daripada 36 penyakit kritikal di hospital kerajaan, universiti atau tentera di Malaysia boleh menghantarkan laporan perubatan kepada mySalam untuk layak mendapatkan manfaat wang sebanyak RM8,000.

Kes yang disebarkan baru-baru ini tentang tuntutan penyakit kritikal yang telah ditolak daripada seorang pemandu lori berusia 48 tahun dengan kanser kolon tahap 4 adalah kerana beliau tidak menghantar salinan laporan perubatan daripada seorang doktor hospital kerajaan. GETB bersedia untuk membantu proses rayuan beliau untuk mendapat faedah penyakit kritikal sebanyak RM8,000.

Maklumat berkenaan mySalam termasuk syarat-syarat kelayakan boleh dicapai dengan mudah secara atas talian di https://www.mysalam.com.my/ Selain itu, mySalam bersama organisasi-organisasi berkaitan juga sedang mengadakan program publisiti dan media, jerayawara dan sesi kesedaran secara meluas, serta reruai-reruai pop-up di hospital-hospital kerajaan utama untuk meningkatkan jumlah penerima manfaat daripada dana ini.

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
6 Ogos 2019

Siaran media pada laman rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: https://is.gd/2peiiZ


MEDIA RELEASE
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

mySalam Is A Non-Profit Health Protection Scheme Applicable In Government, University, And Military Hospitals – Not Private Hospitals

As announced previously, no private insurance company will profit from the mySalam scheme. All premiums paid by the Government, if unutilised in claims from the beneficiaries, will be reimbursed back to the mySalam Trust Fund.

The Government reiterates that there is no profit element for Great Eastern Holdings nor Great Eastern Takaful Berhad (GETB) in mySalam. Hence this removes any incentives for GETB as mySalam’s takaful operator to not pay out any qualified claims.

The claims process for mySalam is relatively straightforward and simple. Any patient who is diagnosed in the Government, University or Military hospital in Malaysia with any of the 36 critical illness can submit his or her medical report to mySalam to qualify for the RM8,000 cash benefit.

The recent case of a 48-year-old lorry driver with stage 4 cancer of the colon had his critical illness claim denied because he did not submit his medical report from a government hospital doctor. GETB is ready to assist on the appeal process for the RM8,000 critical illness benefit.

Information on mySalam including the qualifying parameters are easily accessible online via www.mysalam.com.my. mySalam, together with its partners are also conducting numerous publicity and media campaigns, roadshows and awareness sessions which include setting-up pop-up booths at major government hospitals to increase the number of beneficiaries for the fund.

Ministry of Finance
Putrajaya
6 August 2019

Media release on the official website of Malaysia Ministry of Finance: https://is.gd/yNqelJ