Penang Smart Parking fasa pertama akan dilancar Ogos ini

Projek perintis sistem tempat letak kereta secara pintar, Penang Smart Parking (PSP) bakal dirasmikan oleh Ketua Menteri, Sdr Chow Kon Yeow pada Ogos ini.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa, Sdr Jagdeep Singh Deo berkata, pemasangan sensor bagi projek fasa pertama sudah bermula dan dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir bulan Ogos.

“Sebanyak 647 petak tempat letak kereta terlibat di bahagian pulau dan 350 petak di Seberang Perai.

“Ciri-ciri utama sistem ini adalah menjimatkan masa, lebih hijau, pintar serta proses penguatkuasaan bakal menjadi lebih efisien,” ujarnya ketika berucap pada sesi taklimat sistem berkaitan dekat Auditorium F, Komtar, tadi.

Artikel penuh pada Buletin Mutiara: