Tibanya masa untuk nilai semula janji manifesto PRU14: Kit Siang

Ucapan Pembukaan oleh Timbalan Pengerusi Kaukus Reformasi dan Tadbir Urus Parlimen Lim Kit Siang di Simposium Ekonomi Malaysia “Ekonomi Malaysia: Kini dan Masa Hadapan” di Parlimen pada hari Jumaat 26 Julai 2019:

444 hari sejak pertukaran kerajaan bersejarah 9 Mei 2018, tiba masanya untuk menilai semula janji Malaysia Baharu Pakatan Harapan dan Manifesto PRU14 Pakatan Harapan

Rakyat Malaysia, termasuklah pemimpin Pakatan Harapan haruslah menyedari dan mengakui kekecewaan sejumlah besar penyokong PH yang telah mengundi untuk perubahan di dalam Pilihanraya Umum ke-14 pada 9 Mei yang lepas, yang kini merasakan kerajaan Pakatan Harapan kini telah kembali mengikut jejak langkah kerajaan Barisan Nasional yang kita tumbangkan.

Saya percaya yang mereka sebenarnya silap, tetapi pada masa yang sama, kita mestilah boleh menyampaikan mesej dan meyakinkan mereka yang kekecewaan mereka ini adalah satu kesilapan dan kerajaan Pakatan Harapan sentiasa komited dalam memperbetulkan hala tuju negara ke arah suatu Malaysia yang baharu.

Majalah The Economist, dalam edisinya yang bertarikh 18 Disember 2018, menamakan Malaysia bersama dengan Ethiopia dan Armenia sebagai tiga negara tersenarai pendek sebagai “negara yang menerima tepukan” — kerana rakyat Malaysia yang “telah memecat Perdana Menteri yang tidak dapat menjelaskan kenapa terdapatnya USD700 juta di dalam akaun banknya”.

Namun begitu, edisi terkini majalah tersebut menzahirkan kekecewaannya terhadap apa yang dilihatnya sebagai kelambatan pelaksanaan reformasi dan berkata: “Jika PH tidak berjaya membangkitkan ekonomi negara, mereka mungkin akan melihat diri mereka menjadi pembangkang semula; dan jika mereka tidak memperbaiki demokrasi Malaysia, mereka mungkin akan menjadi pembangkang untuk bergenerasi lamanya.”

Malaysia kini berada di satu persimpangan, untuk mara kehadapan sebagai sebuah negara bertaraf dunia dengan polisi pembangunan negara yang inklusif yang memanfaatkan kepelbagaian budaya, kaum, agama, dan bahasa ataupun untuk mundur ke belakang, menjadi sebuah negara kleptokratik yang obses dengan politik perkauman dan agama yang memecah-belahkan perpaduan negara.

Marilah kita renung kembali pencapaian PH dalam 14 bulan yang lepas ini yang boleh dikatakan satu permulaan yang baik. Di mana PH telah membuat beberapa pelantikan yang teramat penting untuk menjayakan reformasi institusi, politik, dan demokrasi Malaysia Baharu, yang antaranya termasuklah:

  • Tengku Maimun Tuan Mat sebagai Ketua Hakim Negara, menggantikan Richard Malanjum yang telah bersara pada 2 April
  • Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof sebagai Speaker Dewan Rakyat
  • Tommy Thomas sebagai Peguam Negara
  • Azhar Azizan Harun ataupun yang lebih dikenali sebagai Art Harun sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya dan Dr Azmi Sharom sebagai Timbalan Pengerusi SPR
  • Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara
  • Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia
  • Zulkifli Zainal Abdin sebagai Ketua Angkatan Tentera
  • Ismail Bakar sebagai Ketua Setiausaha Negara
  • Syed Zaid Albar sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti
  • Nik Azman Nik Abdul Majid sebagai Auditor-General
  • Tan Sri Abdul Kassim Ahmad sebagai Ketua Pengarah GIACC
  • Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, menggantikan Datuk Seri Mohd Shukri Abdull

PH juga telah berjaya meminda perlembagaan persekutuan untuk merendahkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun walaupun usul pindaan perlembagaan untuk memulihkan taraf Sabah dan Sarawak telah gagal kerana ketiadaan sokongan dua pertiga Dewan Rakyat.

RUU IPCMC yang telah lama dinantikan juga telah dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada sesi Parlimen yang lepas, memberikan masa selama tiga bulan kepada persatuan awam untuk memberikan maklumbalas dan pendapat mereka.

Kita boleh berdebat sama ada lebih banyak reformasi boleh dijalankan.

444 hari sejak pertukaran kerajaan yang bersejarah ini, kini masanya untuk Pakatan Harapan menilai semula manifesto dan janji-janji PH dalam PRU14 yang lepas.

Berikan PH ruang untuk berterus-terang dengan rakyat Malaysia dan mengakui, kalau ada, yang sesetengah janji yang dibuat itu adalah hampir mustahil untuk dilaksanakan dan saya percaya rakyat Malaysia akan menghargai usaha ini daripada kita cuba untuk menyembunyikannya.

Marilah juga kita menilai dan menyemak kembali, mana-mana janji yang kita tidak berjaya tunaikan dalam masa 100 hari atau pun dalam tahun pertama dan kita yakinkan rakyat Malaysia yang kita kini berada dalam hala tuju yang tepat untuk membina Malaysia Baharu dan 5 tunggak utama yang dijanjikan dalam Manifesto PRU14 Pakatan Harapan masih lagi menjadi panduan polisi kita.

Lima tunggak utama ini adalah:

  • Meringankan beban rakyat
  • Reformasi institusi dan politik
  • Menjana pembangunan yang mampan dan saksama
  • Pemulihan taraf Sabah dan Sarawak seperti mana yang diperuntukan dalam Perjanjian Malaysia 1963, dan
  • Mencipta satu Malaysia Baharu yang inklusif, moderat, dan dipandang tinggi di mata dunia.

Satu penilaian semula secara menyeluruh terhadap manifesto PH untuk menambah keyakinan rakyat bertambah penting dengan penurunan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun — kerana untuk memenangi hati golongan muda, kita mestilah bersikap berterus-terang dengan mereka mengenai matlamat kita untuk suatu Malaysia dimana kemakmuran dikongsi bersama sambil menggalas sokongan mereka dengan idealisme dan visi kita.

Lim Kit Siang


国会改革及管治跨党派小组副主席林吉祥于2019年7月26日(星期五)早上9时在国会所发布的马来西亚经济研讨会“马来西亚经济:现在与未来”开场演辞:

于2018年5月9日历史性的撤换政府的第444天后,是时候大幅度审视希望联盟有关新马来西亚的承诺,以及它的第十四届大选宣言

马来西亚人民,包括希望联盟领袖,必须正视在去年5月9日的第十四届大选中投选支持历史性撤换政府的大批希望联盟支持者的失望情绪,因为他们都相信布城的希望联盟政府已经回归到之前的国阵政府的不良老路上。

他们这样的认知虽然存有错误,但眼下更紧要的是我们必须能够与他们沟通,并让他们信服他们的失望情绪尽管是可以谅解的,但却已经完全错置了,希望联盟仍然像以前那样,决心要重起建立新马来西亚的国家建设程序,并在目前朝着这个方向进展。

《经济学人》在其志期2018年12月18日的杂志里把马来西亚和埃塞俄比亚、阿美尼亚并列为“2018年度值得鼓励国家”的最后三强,而马来西亚入选的原因是马来西亚选民“炒了不能合理解释其银行账户里出现7亿美元存款的首相的鱿鱼”。

但最新一期的《经济学人》杂志却对目前的改革进度表达失望,它写道:“倘若希望联盟不能整顿好经济,它可能将在数年内下野;还有假如它不能重整马来西亚的民主体制,它将可能倒台达一代人之久。”

马来西亚正处于十字路口:要不向前迈进成为世界级国家,拥有具有包容性的国家建设政策,发挥多元族群、宗教、语言和文化的最优秀素质;要不就堕入朝向失败、流氓和贼狼当道的国家发展的趋势里,并陷入在分离性质和偏狭的种族及宗教政治的泥沼里。

首先让我们承认我们在过去14个月里确实在建立新马来西亚上取得了好的开端,我们的目的是要把马来西亚塑造成在每个领域都有世界级表现的国家。

希望联盟已经做出数个好的及重要的委任案,以为影响深远的体制、政治和民主改革,进而建立新马来西亚铺路,这些委任案包括了:

· 东姑麦门出任首席大法官,接替在4月2日退休的理查玛兰尊;
· 莫哈末阿里夫出任国会议长;
· 汤米托玛斯成为总检察长;
· 阿兹哈仑成为选举委员会主席,副主席则由阿兹米沙隆博士出任;
· 哈密巴多出任全国总警察长;
· 拿督诺珊霞出任马来西亚国家银行总裁。
· 祖基菲里再纳阿比丁出任武装部队首长;
· 依斯迈巴卡出任政府首席秘书;
· 赛再益出任证券委员会主席;
· 聂阿兹曼聂阿都玛吉出任总稽查司;
· 阿布卡欣成为国家管治、廉正及反贪污中心总监;
· 拉蒂花接替拿督斯里苏克里出任马来西亚反贪污委员会首席专员。

希望联盟也已经修宪把投票年龄从21岁降至18岁;尽管希望联盟为了兑现恢复沙巴及砂拉越权力的竞选宣言而呈上的修宪案,因着缺乏三分二国会多数支持,而没有通过。

期待已久的独立警察申诉及行为不检委员会(IPCMC)法案已经呈上一读,而公民社会有三个月时间进行反馈和咨询。

我们可以申辩是否还有更多改革是不能达成的。

于2018年5月9日历史性的撤换政府的第444天后,是时候大幅度审视希望联盟有关新马来西亚的承诺,以及它的第十四届大选宣言。

希望联盟应该向人民坦诚,我们在哪方面所承诺的其实是不可能达成的,而我相信马来西亚人民会认可我们的坦诚,他们的支持和对我们的信心也会大致维持住。

且让我们也辨识出有哪些计划和倡议是我们不能在一百天或一年内达成的,只要我们能够让我们的核心支持者信服,朝向新马来西亚发展的趋势仍然还在进行中,还有包含在希望联盟第十四届大选宣言里的以建立新马来西亚为目标的五大承诺依然还是我们的基石和指导原则。

建立新马来西亚的五大承诺如下:

· 减轻人民负担;
· 推动体制及政治改革;
· 刺激永续及平等的经济成长;
· 依照1963年马来西亚协议恢复沙巴及砂拉越的地位;以及
· 建立一个包容、中庸及受到全世界尊敬的马来西亚。

针对希望联盟竞选宣言进行大幅度审视以挽回民众的信心随着投票年龄从21岁降至18岁,愈加显得迫切和重要。若我们要赢得他们的支持,在以我们的理想和愿景赢得他们的支持之外,我们也必须在新马来西亚共享财富的宗旨上向年轻世代坦诚。

林吉祥


Opening Remarks by Deputy Chairman of Parliamentary Caucus of Reform and Governance Lim Kit Siang at the Malaysian Economic Symposium “Malaysian Economy: Present & Future” in Parliament on Friday, 26th July 2019 at 9 a.m:

444 days after the historic change of government of May 9, 2018, it is time for a major review of Pakatan Harapan promise of a New Malaysia and GE14 Pakatan Harapan Manifesto

Malaysians, including Pakatan Harapan leaders, must recognise the disappointment and disillusionment of large segments of PH supporters who had voted for the historic change of government in the 14th General Election on May 9 last year, who believed that the Pakatan Harapan government in Putrajaya had gone back to the bad old ways of the previous Barisan Nasional government.

They are wrong, but what is more important is that we must be able to communicate and convince them that their disappointment and disillusionment while understandable are completely misplaced and that Pakatan Harapan remains as committed as ever in resetting the nation-building process to build a New Malaysia and is making progress in this direction.

The Economist, in its edition dated Dec. 18, 2018, named Malaysia together with Ethiopia and Armenia in the three-nation finals list in its “ovation country of the year 2018” – for Malaysian voters who“fired a Prime Minister who could not adequately explain why there was US$700 million in his bank account”.

The latest edition of Economist, however, expressed its disappointment with the pace of reform and said: “If PH does not get the economy going, it may wind up in opposition for a few years; if it does not refurbish Malaysia’s democracy, it may be out of office for a generation.”

Malaysia is at the crossroads – to move forward to be a top world-class nation with an inclusive nation-building policy leveraging on the best qualities of the diverse races, religions, languages and cultures or to be relegated to the trajectory towards a failed, rogue and kleptocratic state obsessed by divisive and intolerant race and religious politics.

Let us acknowledge that we have made a good start in the last 14 months to build a New Malaysia where Malaysia can become a top world-class nation in every field of human endeavour.

The PH had made several good and important appointments to pave the way for far-reaching institutional, political and democratic reforms for a New Malaysia, including:

· Tengku Maimun Tuan Mat as Chief Justice, taking over from Richard Malanjum who had retired on April 2,
· Datuk Mohamad Ariff bin Md Yusof as Speaker of Parliament;
· Tommy Thomas as Attorney-General;
· Azhar Azizan Harun or better known as Art Harun as Chairman and Dr. Azmi Sharon as Deputy Chairman of Election Commission;
· Hamid Bador as Inspector-General of Police;
· Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus as Bank Negara Malaysia (BNM) Governor.
· Zulkifli Zainal Abdin as Chief of Armed Forces;
· Ismail Bakar as Chief Secretary;
· Syed Zaid Albar as Security Commission Chairman;
· Nik Azman Nik Abdul Majid as Auditor-General
· Tan Sri Abdul Kassim Ahmad as Director-General of National Centre for Governance, Integrity and Anti-Corruption;
· Latheefa Koya as Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) Chief Commissioner succeeding Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

The PH has amended the Constitution to lower the voting age from 21 years to 18 years although an amendmdent of the Constitution to fulfil the PH Manifesto pledge to restore powers to Sabah and Sarawak was defeated for lack of two-thirds parliamentary majority.

The long-awaited IPCMC Bill has been presented for first reading and the civil society given three months for public feeback and consultation.

We can argue whether more reforms could not be done.

444 days after the historic change of government of May 9, 2018, it is time for a major review of Pakatan Harapan promise of a New Malaysia and 14th General Election Pakatan Harapan Manifesto.

Let PH be frank with the people and admit where we have promised the impossible for I believe Malaysians will appreciate our frankness with their support and confidence largely intact.

Let us also identify the programmes and proposals which we cannot achieve in 100 days or in one year, provided we can convince our core supporters that the trajectory towards a New Malaysia is on track, and that the five pillar- promises towards the building of a New Malaysia, as contained in the 14GE Pakatan Harapan election manifesto remain our lodestar and guiding principle.

The five pillar-promises of a New Malaysia are:

· Reduce the people’s burden;
· Institutional and political reforms;
· Spur sustainable and equitable economic growth;
· Return Sabah and Sarawak to the status accorded in Malaysia Agreement 1963; and
· Create a Malaysia that is inclusive, moderate and respected globally.

A major review of the PH Manifesto to regain public confidence is all the more imperative and important with the lowering of the voting age from 21 years to 18 years – for to win them to our side, we must be frank with the young generation on the objective of a New Malaysia with shared prosperity, while gaining their support with our ideals and vision.

Lim Kit Siang