Pampasan nelayan bagi PSR belum dimuktamadkan: KM Chow

Pampasan nelayan bagi PSR belum dimuktamadkan, respons Kon Yeow

Pampasan nelayan bagi PSR belum dimuktamadkan, respons Kon Yeow

Posted by Buletin Mutiara on Wednesday, 10 July 2019

Kerajaan Negeri belum memuktamadkan soal cadangan pampasan kepada para nelayan pantai yang bakal terjejas dek projek tambakan laut di perairan selatan Pulau Pinang (PSR).

Ketua Menteri Sdr Chow Kon Yeow berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perarakan nelayan pantai Pulau Pinang dan Perak serta anggota beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ke Parlimen yang dijadualkan esok sebagai membantah projek PSR tersebut.

Sdr Chow menyatakan bahawa nelayan Pulau Pinang terbabit tidak menuntut pampasan dalam bentuk duit ringgit, namun dalam bentuk barang kelengkapan termasuk enjin bot.

“Memang ada beberapa NGO nelayan masih membantah PSR.

“(Bentuk pampasan) apa yang dicadangkan (dalam proposal) adalah lebih besar daripada pakej yang ada pada Kerajaan.

“Dalam kes ini, mereka tidak menyentuh pampasan dalam (bentuk) tunai, tetapi pampasan secara kelengkapan supaya mereka dapat meneruskan kerja-kerja menangkap ikan,” jelasnya.

Berita penuh pada Buletin Mutiara: