DAPSY Tanjong seru pemimpin PH lebih fokus bangun negara

Kenyataan media oleh Bendahari Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang dan Ketua Pemuda Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Tanjong Benji Ang Ming Quan di George Town, Pulau Pinang pada 7.7.2019:

Menurut kenyataan Tun Dr Mahathir, Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini untuk mempelawa orang ramai untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, saya ingin menyarankan agar ianya adalah amat penting bagi pimpinan Pakatan Harapan untuk lebih kepada pengambilan ahli baru dan bukannya dari UMNO sahaja.

Pengumuman tersebut telahpun menyebabkan usaha kerajaan pakatan harapan selama 16 bulan dilupai dan rakyat mempunyai tanggapan bahawa pakatan harapan hanya menumpu perhatian terhadap permainan politik sahaja.

Saya juga ingin menyeru semua pemimpin-pemimpin dari pakatan harapan untuk lebih fokus dalam perkara-perkara yang membangunkan negara buat masa kini kerana rakyat telah amat bosan dengan situasi dan isu-isu yang melibatkan politik.

Selain itu, perang dagang di antara Amerika Syarikat dan China telah menyebabkan ekonomi Malaysia dalam keadaan yang sangat mencabar.

Pakatan Harapan haruslah lebih peka dalam menunaikan janji PRU 14 kepada rakyat iaitu dengan mengambil tindakan yang tegas terhadap ahli politik yang berkait dengan isu-isu rasuah serta membuat siasatan latar belakang dengan teliti ke atas ahli dari parti pembangkang.

Rakyat juga amat bimbang dengan tindakan PPBM yang menerima 7 orang ahli parlimen dari UMNO pada Febuari 2019, pembukaan pintu sebegitu mampu juga mengundang ramai lagi Ahli dari Parti pembangkang untuk menyertai PPBM, diharap perkara ini juga dapat dibendung.

Akhir sekali, Saya berpendapat bahawa barisan pemimpin PH untuk lebih peka dalam pengambilan ahli dari pelbagai orientasi yang lain dan tumpu dalam pembangunan negara demi menjamin kemenangan dalam PRU15.

DAPSY TANJONG


槟州民主行动党社青团财政暨丹绒区社青团团长洪明泉于2019年7月7日在乔治市发表的文告:

针对首相呼吁巫裔同胞回归参与团结党,社青团当然无任欢迎任何马来西亚公民参与希盟,不过此时此刻是大马最为挑战的时机即全世界处于中美贸易战状态,人民已经开始厌倦于现今的政治环境,所以希盟领袖应该专注于搞好国家经济。

这次的呼吁又让人联想起今年2月时7名巫统国会议员加入团结党的场景,我在此建议任何争议性政党以及人物都必须在反贪委员会完成调查报告后再决定是否接受成为党员。若非如此,希盟又如何对得起选民的寄托即有效的打贪以及索讨回前任政府所掠夺的款项。

其实希盟各党也应更重视自身培养的基层因为大多党员都是从反对党时期就不遗余力的为党付出。

最后,我恳请首相可以专注于搞好国家,把人民的利益摆在前头。

丹绒区社青团