2,093 pembeli The Rise akan terima kunci pada masa terdekat

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Sdr Jagdeep Singh Deo:

Pemeriksaan mengejut di projek perumahan kos sederhana rendah dan rumah mampu milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang di The Rise, SP Chelliah.

Gembira ia di peringkat akhir dan kunci dapat dibekalkan dalam masa terdekat.

Ini adalah projek pertama kos sederhana rendah yang bersijil GBI dan projek pertama rumah mampu milik bersijil GBI Emas di negara ini, di mana ia mempunyai banyak kemudahan termasuk kolam renang untuk orang dewasa dan kanak-kanak, gim dan perpustakaan.

Kami akan terus memastikan pembekalan perumahan sebegini kepada warga Pulau Pinang.

在SP Chelliah的The Rise,现场检查槟城州政府中低成本和可负担房屋。

很高兴地宣布它处于最后阶段,并且预计在不久的将来可以提供钥匙。

这是本国第一个获得GBI认证的中低等成本项目,也是本国第一个获得GBI金牌认证的可负担房屋,其拥有许多设施,包括成人和儿童游泳池,健身房和图书馆。

我们将继续确保为槟城人提供此类住房。

Spot check at the Penang State Government low medium cost and affordable housing project at The Rise, SP Chelliah.

Happy to note that it is at an advanced stage and delivery of keys is anticipated in the nearest future.

This is the first low medium cost GBI certified project in the country and the first affordable housing GBI Gold certified project in the country, which has many facilities including a pool for adults and children, gym and a library.

We will continue to ensure delivery of such housing for Penangites.

Video on Sdr Jagdeep’s official Facebook page: https://www.facebook.com/watch/?v=498402460700550


Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Sdr Jagdeep Singh Deo ketika memaklumkan perkara itu sebentar tadi melahirkan rasa terujanya apabila projek yang dibangunkan sejak tiga tahun lalu kini bakal menjadi realiti dan lebih membanggakan ia mempunyai ciri-ciri kemudahan seperti yang terdapat pada kondominium mewah.

“Saya difahamkan projek ini akan diserahkan kepada pembeli menjelang hujung bulan ini, kini pihak pemaju sedang melaksanakan kerja pembersihan fasa terakhir dan jualannya juga telah mencecah 99 peratus daripada keseluruhan 2,093 unit.

“Apa yang membanggakan ia adalah sebuah projek Rumah Mampu Milik (RMM) yang terletak di tengah-tengah bandar raya George Town dengan dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa, taman mainan, gimnasium serta pusat sumber,” Sdr Jagdeep berkata.

“Kemudahan-kemudahan ini bukannya kita (Kerajaan Negeri) yang minta sebab ianya tiada dalam garis panduan ditetapkan, tetapi ini adalah hadiah daripada pemaju,” ujarnya sambil berseloroh bahawa mungkin projek RMM berkaitan adalah pertama dalam negara yang mempunyai kemudahan sebegitu dengan harga unit jualan bermula RM200,000,” tambahnya.

Berita penuh pada Buletin Mutiara: