Pulau Pinang agih RM3 juta bantuan selenggara kepada 170 SK & SMK

GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang buat julung kalinya mengumumkan agihan peruntukan tahunan untuk kerja-kerja menyelenggara 170 sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK) di negeri ini.

Ketua Menteri Sdr Chow Kon Yeow berkata, pentadbirannya komited untuk saling bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan hari ini dalam meningkatkan kualiti sekolah-sekolah bantuan penuh kerajaan ini.

“Mulai tahun ini (2019), Kerajaan Negeri akan memainkan peranannya dan menghulurkan peruntukan yang sewajarnya kepada SK (Sekolah Kebangsaan) dan SMK (Sekolah Menengah Kebangsaan) juga,” jelasnya dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada SK dan SMK Negeri Pulau Pinang di Auditorium A, Komtar pada 17 Jun 2019.

Tambah Sdr Chow, Kerajaan Negeri tiap-tiap tahun sejak 11 tahun menyalurkan bantuan pendidikan berjumlah RM1.75 juta kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR); Sekolah Mubaligh dan Cina (RM8.5 juta) serta Sekolah-sekolah Tamil (RM1.75 juta).

Berita penuh pada Buletin Mutiara:

Pautan video pada laman Facebook Sdr Chow:
https://www.facebook.com/watch/?v=620741358410139