Rakyat gembira berjamuan di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri DAP Pulau Pinang

PADANG LALANG: Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang sudah masuk penggal ketiga pemerintahan akan terus meningkatkan kualiti tadbir urus supaya benar-benar dirasai oleh rakyat teramai di negeri ini.

Ketua Menteri, Sdr Tuan Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Pulau Pinang berkata, pentadbiran mengambil perhatian serius terhadap peringatan yang diucapkan oleh Menteri Kewangan, Sdr Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kebangsaan.

“Kita menyambut baik peringatan daripada Setiauaha Agung (DAP kebangsaan) Saudara Lim Guan Eng kepada kita semua bahawa kita perlu senantiasa cekap untuk mengekalkan sokongan rakyat serta tidak mengamalkan sikap sambil lewa apabila berurusan dengan masalah rakyat.

“Maka, kita perlu menjanjikan (kualiti hidup rakyat yang lebih bagus) melalui visi Penang2030, menjadi dasar yang akan memimpin kita di seluruh (peringkat jentera) Kerajaan dan jentera parti Pakatan Harapan,” jelasnya yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Komunikasi pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri DAP Pulau Pinang di Dewan Ng Yam Huat dekat sini pada 15 Jun 2019.

Berita penuh:

Pautan video pada laman Facebook Sdr Chow: https://is.gd/cBlFU4