52 keluarga mangsa ribut di Berapit terima bantuan wang ihsan

BERAPIT: Sebanyak 52 keluarga mangsa ribut dari Kampung Baru, Berapit menerima bantuan wang ihsan yang disumbangkan oleh Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara (NADMA).

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit, Sdri Heng Lee Lee dalam majlis yang dianjurkan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) dekat Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah, di sini pagi ini.

Menurut Sdri Heng, NADMA bersetuju memberikan sumbangan berjumlah RM500 bagi setiap keluarga dengan kos keseluruhan berjumlah RM26,000.

Berita penuh pada Buletin Mutiara: