Peningkatan FDI secara berterusan & kadar inflasi kekal rendah suku ke-1 2019

SIARAN MEDIA
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

FDI Yang Diluluskan Dalam Suku Pertama 2019 Naik 73.4% Berbanding Tahun Lalu, Manakala Pengeluaran Perindustrian Bagi April 2019 Telah Meningkat 4.0%, Iaitu Kadar Yang Tertinggi Dalam Tempoh 6 Bulan, Mengatasi Konsensus Pasaran 2.5% Semasa Kadar Inflasi Kekal Rendah Pada 0.2%

Dengan adanya sebuah kerajaan yang berwibawa sebagai pentadbir, Malaysia berjaya memanfaatkan kedudukan dan daya saingnya dalam rantaian bekalan global untuk menjadi sebuah lokasi tempat perlindungan yang terkemuka di rantau ini. Malaysia sedang menerima manfaat besar daripada pemindahan perniagaan, serta lencongan perdagangan dan pelaburan, yang timbul daripada perang dagang antara Amerika Syarikat dan China. Ini dapat dilihat apabila pelaburan langsung asing atau foreign direct investment (FDI) yang diluluskan telah naik dengan mendadak dalam suku pertama tahun 2019. Tambahan lagi, pertumbuhan pengeluaran perindustrian bagi bulan April 2019 telah meningkat ke kadar yang tertinggi dalam tempoh 6 bulan semasa kadar inflasi kekal rendah dan stabil.

Perkembangan positif ini memberikan petunjuk bahawa keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku kedua tahun 2019 akan tumbuh dengan sihat.

Peningkatan FDI secara berterusan  

Dalam suku pertama tahun 2019, FDI yang diluluskan untuk semua sektor telah melonjak 73.4% kepada RM29.3 bilion berbanding RM16.9 bilion setahun lepas. Peningkatan ini antara lain menunjukkan bahawa Malaysia sedang menikmati manfaat yang berterusan daripada lencongan perdagangan dan pelaburan, terutama sekali apabila FDI yang diluluskan untuk seluruh tahun 2018 telah meningkat 48% kepada RM80.5 bilion daripada RM54.5 bilion pada tahun 2017.

Kenaikan 73.4% bagi suku pertama tahun 2019 ini disumbangkan oleh peningkatan pelaburan yang ketara sebanyak 127% ke dalam sektor pembuatan kepada RM20.2 bilion daripada RM8.9 bilion pada tahun lepas. Daripada RM20.2 bilion FDI yang diluluskan tersebut, RM11.5 bilion adalah berasal dari Amerika Syarikat, RM4.4 bilion dari China dan RM2.2 bilion dari Singapura (Jadual 1).

Jadual 1: Sumber FDI yang diluluskan bagi sektor pembuatan untuk suku pertama 2019 berdasarkan kepada negara asal

Antara contoh FDI berkualiti tinggi adalah pelaburan dalam sektor elektrikal dan elektronik (E&E) yang akan dibuat oleh Micron Technology dan Jabil Circuit untuk memperkembangkan operasi masing-masing di Pulau Pinang.

FDI yang diluluskan untuk semua sektor bernilai RM29.3 bilion bagi suku pertama 2019 ini dijangka akan mewujudkan lebih daripada 41,200 peluang pekerjaan baharu, di mana 22,970 pekerjaan tergolong dalam sektor pembuatan dan 18,000 dalam sektor perkhidmatan.

Kadar pertumbuhan pengeluaran perindustrian bagi bulan April 2019 adalah yang tertinggi dalam tempoh 6 bulan, mengatasi unjuran pasaran

Bagi pengeluaran perindustrian untuk bulan April 2019 pula, indeks pengeluaran perindustrian telah tumbuh dengan lebih pantas kepada 4.0% tahun-ke-tahun (y-o-y) berbanding 3.1% dalam bulan Mac. Pertumbuhan ini disokong oleh peningkatan sektor pembuatan dan juga pemulihan output dalam sektor perlombongan.

Kadar pertumbuhan pengeluaran perindustrian 4.0% dalam bulan April 2019 tersebut adalah yang tertinggi dalam tempoh 6 bulan, dan ia sekali lagi mengatasi konsensus pasaran pada 2.5% seperti yang dikumpul oleh Bloomberg. Untuk pengetahuan umum, pengeluaran perindustrian bagi bulan Mac telah tumbuh 3.1%, iaitu lebih tinggi daripada kadar 2.3% yang dijangka oleh pasaran berdasarkan kepada survei yang dijalankan oleh Bloomberg (Jadual 2).

Kadar inflasi kekal rendah

Perkembangan pengeluaran perindustrian bagi bulan April 2019 ini berlaku semasa kadar inflasi kekal rendah dan stabil pada 0.2%. Harga barangan asas pengguna telah berjaya direndahkan dan ini disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor tersebut adalah perubahan sistem cukai daripada cukai barang dan perkhidmatan (GST) kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), serta pengenaan harga siling ke atas harga runcit RON95 dan diesel. Dalam Februari 2019, harga siling bagi RON95 telah diturunkan daripada RM2.20/liter kepada RM2.08/liter.

Jadual 2: Pertumbuhan pengeluaran perindustrian dan konsensus pasaran

Sebagai contoh, harta purata bendi dalam bulan April 2019 adalah RM7.30/kg, iaitu 25 sen lebih rendah berbanding tahun lalu pada harga RM7.55/kg. Harga purata daging lembu pula adalah RM31.89/kg bagi bulan April, iaitu 133 sen lebih murah berbanding tahun lalu (Jadual 3).

Jadual 3: Harga purata bagi barangan asas pengguna yang terpilih

Senarai yang lebih menyeluruh boleh didapati secara percuma di laman sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia (https://www.dosm.gov.my).

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di bawah pimpinan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail telah menjalankan tugasnya mengawal kenaikan harga barangan dengan baik sepanjang tempoh perayaan Hari Raya Aidilfitri. Kementerian tersebut akan terus berusaha dengan lebih keras bagi memastikan harga barangan sentiasa berada pada paras yang berpatutan.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan
Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
13 Jun 2019


马来西亚财政部发表文告

同期相比:外国直接投资大幅增加 73.4%

2019 年首季外国直接投资与去年同期相比大幅度增加 73.4%。与此同时,在 0.2%低通膨率之下,2019 年 4 月工业产值增长打破市场预估的 2.5%,达到 6 月来新高,直冲 4.0%。

在具有竞争力的政府掌舵下,马来西亚如今在全球供应链中展现高度竞争力,成为当中最被考虑的区域避风港之一。马来西亚正因中美贸易战所致的从商地点重置、贸易与投资转移而受惠。马来西亚的外国直接投资也从中大幅度增长。与此同时,在稳定的低通膨率之下,2019 年 4 月工业产值增长达到 6 月来新高。

纵观上述发展,可预期第二季的国内生产总值将增长。

外国直接投资稳健增长

外国直接投资稳健增长2019 年首季,各领域外资增长了 73.4%,从去年同期 169 亿令吉增加至293 亿令吉。首季的增长显示马来西亚仍然从贸易及投资转移中稳健受惠,去年 2018 年的外资也是因此从 2017 年的 544 亿令吉增加至 2018 年的805 亿令吉,提升了 48%。

2019 年首季所增加的 73.4%当中,制造业的外资增加了 127%,从去年同期的 89 亿令吉增加至 202 亿令吉。202 亿令吉的制造业外资当中,115 亿令吉来自美国、44 亿令吉来自中国及 22 亿令吉来自新加坡。

表一 : 马来西亚 2019 年首季的各国制造业外资

当中美光科技(Micron Technology)及捷普电子(Jabil Circuit)为大宗,在槟城带来高品质的投资及扩展他们的业务。

293 亿令吉的外资预料将为马来西亚人创造 4 万 1200 个就业机会,当中为制造业带来 2 万 2970 个就业机会,为服务业带来 1 万 8000 个就业机会。

今年 今年 4 月工业生产增长率创 6 个月新高,超出市场预期 个月新高,超出市场预期与此同时,2019 年 4 月的工业产值增长率从 3 月份的 3.1%,比去年同期加速至 4.0%。这波成长源自于强劲的制造业增长和矿业产量复苏。

4 月份的工业增长率达 4%,是 6 个月以来最强劲的一次,远高于市场的预期,彭博社当初的预测则为 2.5%。而 2019年 3月的工业生产增长率达3.1%,但依据彭博社所调研的市场预期只有 2.3%(见表二)。

表二:实际工业生产增长率 VS 市场预期

通货膨胀率持续走低

2019 年 4 月,当工业在处于增长之际,通货膨胀率也正稳定走低,仅0.2%。一些基本消费品的价格因多种因素而下降,包括税收制度从沉重的 GST 转向 SST,以及对 RON95 和柴油零售价格设置上限。 2019 年 2月,RON95 的价格上限从 2.20 令吉 /公升下调至 2.08 令吉 /公升。

举例来说,2019年4月的羊角豆平均价格为每公斤7.30令吉,比2018年4月的每公斤7.55令吉下降了25仙。而牛肉的平均价格则为每公斤 31.89令吉,比一年前便宜 133 仙(见表三)。

表三: 特定基本消费品的平均价格

更多的基本物资平均价格清单可到马来西亚统计局查询。

今年开斋节期间,由拿督斯里赛夫丁部长所掌管的国内贸易及消费人事务部,在控制价格上涨方面表现良好,该部未来也将加倍努力,把工作做好。

我爱马来西亚!

马来西亚财政部长林冠英
2019年6月13日
布城财政部启

文告取自火箭报: https://is.gd/P5UxGh


MEDIA RELEASE
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA

APPROVED FDI SURGED 73.4% IN THE FIRST QUARTER OF 2019 FROM A YEAR AGO, WHILE APRIL 2019 INDUSTRIAL PRODUCTION GROWTH ACCELERATED TO A 6-MONTH HIGH OF 4.0%, BEATING MARKET CONSENSUS OF 2.5% AMIDST A LOW INFLATION RATE OF 0.2%

With a competent government at the helm, Malaysia is capitalising on its competitiveness within the global supply chain to become one of the top preferred safe havens in the region. Malaysia is reaping benefits from business relocation as well as trade and investment diversions caused by the trade war between China and the United States. As a result, foreign direct investment (FDI) into Malaysia has increased drastically. Additionally, industrial production growth in April 2019 has accelerated to a 6-month high amid an environment of low and stable inflation.

These developments offer further hints of a healthy second quarter GDP growth.

Persistent rise in approved FDI

In the first quarter of 2019, approved FDI for all sectors soared 73.4% to RM29.3 billion from RM16.9 billion a year ago. The first quarter increase shows that trade and investment diversion Malaysia is enjoying a persistent positive trend that was preceded by a rise in 2018 approved FDI by 48% to RM80.5 billion from RM54.4 billion in 2017.

The 73.4% 2019 first quarter rise in overall approved FDI was driven by a 127% manufacturing investment surge to RM20.2 billion, compared to RM8.9 billion a year ago. Out of the RM20.2 billion in approved manufacturing FDI, RM11.5 billion came from the United States, RM4.4 billion from China and RM2.2 billion from Singapore (Table 1).

Of note are approvals for Micron Technology and Jabil Circuit, which are making highquality investment to expand their respective operations in Penang.

The RM29.3 billion worth of overall approved FDI is expected to create more than 41,200 jobs for Malaysians, of which 22,970 employment opportunities would be in manufacturing and 18,000 jobs in the services.

Table 1: Source countries for approved FDI in manufacturing for the first quarter of 2019

April industrial production growth is a 6-month high, beating market forecasts

Meanwhile, April 2019 industrial production growth accelerated to 4.0% year-on-year from 3.1% in March. The industrial growth was supported by robust manufacturing growth and mining output recovery.

The 4.0% April industrial expansion is the strongest in 6 months and it is above market consensus, which was 2.5% according to Bloomberg. In March 2019, industrial production growth of 3.1% also came above market expectations of 2.3% based on a Bloomberg survey (Table 2).

Table 2: Actual industrial production growth vs market consensus

Inflation rate remains low

The April 2019 industrial expansion occurred during a period of low and stable inflation of 0.2%. Prices of some basic consumer items have fallen due to multiple factors, including the shift in the taxation regime from the burdensome goods and services tax (GST) to sales and service tax (SST), and the imposition of price ceilings on RON95 and diesel. In February 2019, the price ceiling of RON95 was reduced from RM2.20/litre to RM2.08/litre.

For instance, the average price of lady’s fingers in April 2019 was RM7.30/kg, which was 25 sen lower than it was a year ago at RM7.55/kg in April 2018. Average price of beef was RM31.89/kg, 133 sen cheaper than it was a year ago (Table 3).

Table 3: Average prices for selected basic consumer items

A wider list of average prices of basic items are available publicly at the Department of Statistics Malaysia (https://www.dosm.gov.my).

The Ministry of Domestic Trade and Consumer Affairs (KPDNHEP) under Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail has done well in managing price hikes during the Hari Raya festive seasons, and the ministry will redouble its efforts to do so throughout the year.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Minister of Finance
Ministry of Finance Malaysia
Putrajaya
13 June 2019