Kemakmuran dikongsi bersama

KENYATAAN AKHBAR OLEH SETIAUSAHA AGUNG DAP DAN AHLI PARLIMEN BAGAN YB LIM GUAN ENG PADA 17 MAC 2019

KEMAKMURAN DIKONGSI BERSAMA: MARILAH KITA TUMPUKAN PERHATIAN KEPADA MENGOTAKAN JANJI-JANJI PILIHAN RAYA KITA DAN MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN YANG BAIK AGAR KITA DAPAT MENJADIKAN EKONOMI KALIS MASA HADAPAN KETIKA IA DALAM PERALIHAN MENUJU ZAMAN DIGITAL

Menjelang ulang tahun ke-53 penubuhan DAP yang akan diraikan esok pada 18 Mac 1966, DAP menyeru semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama berdiri teguh untuk mencapai wawasan kita iaitu kemakmuran dikongsi bersama tanpa mengira bangsa, agama atau lokasi, supaya kita dapat memberikan anak-anak dan cucu-cucu kita sebuah negara dengan masa hadapan yang cerah yang dapat dibanggakan. Kejayaan bersejarah Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihanraya Umum ke-14 tahun lalu, dan kejayaan menggantikan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama dalam 61 tahun sejak Merdeka, memberikan harapan yang negara mampu menangani masalah-masalah lampau yang diendahkan oleh pentadbiran terdahulu.

Sebagai anggota gabungan PH, DAP mesti fokus terhadap perpaduan nasional; kemakmuran yang dikongsi bersama bagi memberikan peluang pekerjaan, pendidikan, dan perniagaan yang saksama; pentadbiran yang bersih dan menentang rasuah; menghormati kedaulatan undang-undang (rule of law) dan keadilan untuk semua; tadbir urus baik yang berpaksikan rakyat dan berpandukan pencapaian; dan memelihara alam sekitar dan hak asasi manusia setiap rakyat Malaysia untuk hidup secara bermaruah.

Pakatan Harapan tidak menafikan bahawa kami menghadapi banyak cabaran terutamanya yang berkait dengan naratif perpaduan nasional yang dibangkitkan pihak-pihak tidak bertanggungjawab dengan niat memecah dan mengganggu kerajaan PH dengan menggunakan politik perkauman dan ekstremisme. Penggunaan politik kebencian dan konfrontasi merupakan percubaan yang lemah untuk menyembunyikan ketidakmampuan mereka untuk mengurus ekonomi dengan baik sehingga gaji tidak dapat dibayar, dan menyembunyikan korupsi mereka yang berlaku pada skala industri sehingga Malaysia digelar kleptokrasi global.

Kami sekadar mampu mengingatkan rakyat Malaysia berkali-kali bahawa hanya gabungan parti PH yang dapat mewakili semua rakyat Malaysia, tanpa mengira demografi atau geografi. Namun itu tidak memadai kerana rakyat mahu lihat bagaimana taraf hidup mereka dapat ditingkatkan. Maka kerana itu, dua fokus kita ialah mengotakan janji-janji kita yang telah disampaikan dalam manifesto Pilihanraya Umum PH, dan untuk menyediakan peluang pekerjaan yang baik, meningkatkan pendapatan isi rumah, dan mengawal kos sara hidup supaya rakyat dapat menikmati taraf hidup yang lebih tinggi.

Ujian terakhir yang menentukan kejayaan PH ialah jawapan kepada soalan ini, “Adakah keadaan anda di bawah PH kini lebih baik daripada di bawah BN?” Sekiranya jawapannya positif, maka PH telah menunaikan tanggungjawab kita bukan sahaja terhadap rakyat tetapi juga kepada generasi akan datang. Marilah kita terus fokus kepada mengotakan janji-janji pilihan raya kita dan menyediakan peluang pekerjaan yang baik agar kita dapat menjadikan ekonomi kalis masa hadapan sewaktu ia sedang dalam peralihan menuju zaman digital.

Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP
17 Mac 2019


民主行动党秘书长兼峇眼国会议员林冠英于2019年3月17日发表的文告

共享繁荣: 让我们专注完成我们选举的承诺及我们制造的良好就业机会,好让我们的经济能面对未来的挑战,转型为数码时代经济。

正当成立于1966年3月18日民主行动党明日要欢庆53周年党庆之际,行动党呼吁全体马来西亚人民团结一致,以完成我们不分种族、宗教或出处,共享繁荣的宏愿。唯此,我们才能自豪地将一个充满明亮未来的国家交接给我们的子子孙孙。去年第14届大选希盟历史性的胜利,独立61年来成功首次将国阵取而代之,举国燃起改革过往被前朝忽视的希望。

行动党作为希盟的一员,必须致力国家的团结,共享繁荣提供公平的工作、教育及从商机会;塑造廉洁政府打击贪污歪风;尊崇法治及全民正义;以民为本及重视表现的良好施政;保护环境及保障每一个大马人民的基本人权,让大家活得有尊严。

希盟不否认我们现下面对许多挑战,特别是在国家团结的论述上,希盟正在面对不负责任的阵营以种族及极端主义制造分裂,企图瓦解希盟政府。操弄憎恨与对立政治是为了掩饰他们没有能力管理好经济所谋的下策,他们的无能甚至导致无法支薪给雇员,更甚的是掩饰他们空前绝后的巨大贪污,导致马来西亚遭冠上全球盗贼治国的污名。

我们不断提醒马来西亚人,无论是人口上或地缘上,希盟是唯一代表全体人民的执政联盟。然而,当人民希望改善他们的生活之际,这样做并不足够。因此我们要下双倍的苦功去完成希盟在大选宣言的承诺。我们要提供良好的工作机会、改善家庭收入、控制生活所需开销,好让人民享有更美好的生活。

以下问题的答案,将会是决定希盟成功与否的最终考验:“您在希盟治理下有比国阵治理下过得更好吗?”,若然答案是正面的,希盟就不只已经完成我们对这代人民的任务,也完成对下一世代的任务。让我们专注完成我们选举的承诺及我们制造的良好就业机会,好让我们的经济能面对未来的挑战,转型为数码时代经济。

林冠英


Press Statement By DAP Secretary-General And MP For Bagan Lim Guan Eng On 17.3.2019.

Shared Prosperity:- Let Us Focus On Delivering Our Election Promises And Good Jobs So That We Can Future Proof The Economy That Is Transiting Into The Digital Age.

As DAP celebrates the 53rd anniversary tomorrow of our formation on 18 March 1966, DAP urges Malaysians to stand united together to achieve our vision of shared prosperity for all regardless of race, religion or location, so that we can hand over a country a bright future that we can be proud of to our children and grandchildren. Last year’s 14th General Election’s historic victory of Pakatan Harapan, successfully replacing BN for the first time since Merdeka in 61 years, raises hopes of a nation able to address the problems of the past neglected by the previous administration.

As a member of the PH coalition, DAP must focus on national unity; shared prosperity that provides equal opportunities in jobs, education and business; clean government and fighting corruption; respecting rule of law and justice for all; good governance that is people-centric and performance-oriented; and protecting the environment and the basic human right of every Malaysian to live with dignity.

Pakatan Harapan does not deny that we face many challenges especially on the narrative of national unity that is confronted by irresponsible elements that seeks to divide and disrupt the PH government through the politics of racism and extremism. Exploiting hate and confrontational politics is a weak attempt to hide their inability to competently manage the economy until salaries cannot even be paid, or hide their corruption on an industrial scale until Malaysia is declared a global kleptocracy.

We can remind Malaysians again and again that PH is the only coalition party that can represent all Malaysians, regardless of demography or geography. However, that is not enough when the people wants to see how their lives can improve. That is why the twin focus must always be on delivering on our promises in the PH General Election manifesto. And on providing good jobs, improving household incomes and controlling the cost of living so that the people can enjoy a better life.

The final test of PH’s success will be the outcome of this question, “Are you better off now under PH than under BN?” If the answer is positive, then PH will have done our duty not only to the rakyat but also to the next generation. Let us focus on delivering our election promises and good jobs so that we can future proof the economy that is transiting into the digital age.

LIM GUAN ENG