Seluruh warga Pulau Pinang diseru untuk terus bersama-sama Kerajaan Negeri dalam memelihara status George Town sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Menelusuri perjalanan menguruskan tapak warisan berkenaan, Ketua Menteri, Sdr Chow Kon Yeow berkata bahawa meskipun peringkat awalnya banyak cabaran yang perlu dilalui Kerajaan Negeri termasuk usaha memulihkan semula hampir 500 rumah terbiar, namun kini ia membuahkan hasil.
Jelasnya, dengan penubuhan George Town World Heritage Incorporated (GTWHI) dan ketegasan pihak Kerajaan Negeri mengubah undang-undang yang perlu, perjalanan menguruskan tapak warisan berkenaan kini mencapai kemajuan baik.
“Dengan penubuhan GTWHI, perjalanan menguruskan tapak warisan ini menunjukkan kemajuan baik sehingga George Town terkenal di rantau Asia Tenggara.
“Semua ini tak akan berhasil sekiranya tiada penglibatan serta sumbangan daripada pelbagai pihak termasuk komuniti setempat,” ujar beliau pada Program George Town Heritage Walk 2019 di Lebuh Pantai dekat sini pagi ini.
Berita penuh pada Buletin Mutiara:
槟州首席部长曹观友同志指出,乔治市古迹区的管理获联合国教科文组织的认同,成为东南亚其中一个管理得最好的世遗区。
他说,州政府从最初就下定决心要维持好世遗区的地位,并拟定法律条规,成立乔治市世遗机构,以及通过槟岛市政厅的管理与控制,做足该做的事项。
“最重要的是有民间团体、业主业者的配合与参与,让管理面对挑战时,拥有一股力量支持着。”
他坦言,古迹区内有许多课题正等待州政府去处理,包括人口外移问题,许多老房子虽获得复兴维修,但大部分原有居民已迁出。
“反而引进了更多的咖啡厅、精品店,让乔治市本质有了改变。因此,这会是下一个挑战。”
他冀乔治市管理委员会和乔治市世遗机构的带领下,继续管理好世遗区。
全文在珍珠快讯: https://is.gd/Rn1ua3