1,927 RMM manfaat rakyat miliki rumah pertama

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Sdr Jagdeep Singh Deo:

Lebih banyak perumahan akan dibekalkan di Pulau Pinang oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kaedah sewa beli kepada mereka yang tidak dapat memperolehi pinjaman perumahan.

槟城州政府将通过先租后买制,提供更多的住房给予那些无法获得住房贷款的槟城人。

More housing to be delivered in Penang to those who are unable to obtain a housing loan by the Penang State Government through its rent to own scheme.

Video on Sdr Jagdeep’s official Facebook page:https://www.facebook.com/watch/?v=2291482400938432


Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Perancangan Bandar & Desa, Sdr Jagdeep Singh Deo berkata bahawa sehingga kini, Bahagian Perumahan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri memiliki 1,927 unit rumah mampu milik (RMM) untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama sendiri.

Menurutnya, bekalan hampir 2,000 unit rumah tersebut boleh wujud disebabkan langkah Kerajaan Negeri sejak dua tahun lepas membuka 30 peratus RMM kepada pasaran terbuka, dengan syarat kelayakan membeli yang lebih longgar demi merangsang lagi sektor hartanah swasta di negeri ini.

“Pada hari ini, pihak saya ada bekalan hampir 2,000 unit, pastinya rumah kos rendah (KR) dan kos sederhana rendah (KSR), sama ada Kerajaan Negeri boleh menjualnya ataupun membantu mereka yang tidak layak mendapat pinjaman perumahan daripada bank untuk memiliki rumah pertama mereka.

“Saya akan pastikan separuh daripada 2,000 unit ini bakal diagihkan melalui Skim Sewa Milik (Rent-To-Own Scheme) yang disediakan oleh Kerajaan Negeri,” katanya.

Berita penuh pada Buletin Mutiara:

Scroll to Top
Scroll to Top