Lanjutan tempoh pengecualian duti setem pembelian rumah pertama semasa HOC sehingga akhir tahun ini

Siaran Media
Kementerian Kewangan Malaysia

Lanjutan Tempoh Pengecualian Duti Setem Bagi Pembelian Rumah Kediaman Semasa Kempen Pemilikan Rumah (HOC) Selama Enam Bulan Sehingga 31 Disember 2019

Kempen Pemilikan Rumah (HOC) yang telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2019 dan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019 sehingga 30 Jun 2019 merupakan kerjasama di antara Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA). REHDA bersama-sama Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sabah (SHAREDA) dan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) telah terlibat sepenuhnya dalam kempen HOC dengan tujuan utama untuk membantu rakyat Malaysia memiliki rumah kediaman dengan harga dan kos yang lebih rendah, dan pada masa yang sama menangani isu hartanah yang tidak terjual (supply overhang).

Mengikut laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), bilangan kediaman yang tidak terjual di Malaysia telah meningkat kepada 32,313 unit bernilai RM19.86 bilion sehingga suku ke empat 2018. Ini mencerminkan cabaran kemampuan pemilikan rumah yang berlanjutan serta ketidakpadanan antara permintaan dan penawaran rumah di pasaran. Berbanding dengan suku keempat 2017, ini merupakan peningkatan sebanyak 30.6% dari segi bilangan kediaman yang tidak terjual dan sebanyak 27.0% dari segi nilai kediaman tersebut.

Kempen HOC menggabungkan insentif Kerajaan dalam bentuk pengecualian duti setem dan insentif oleh pemaju perumahan yang memberikan diskaun harga pembelian sekurang-kurangnya 10%. Insentif pengecualian duti setem yang telah disediakan adalah seperti berikut:

HOC telah mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai kerana insentif pengecualian duti setem dan pemberian diskaun sebanyak 10% dapat mengurangkan kos pemilikan rumah kediaman terutamanya bagi rakyat Malaysia yang belum pernah memiliki rumah.

Kementerian Kewangan telah menerima permohonan daripada Menteri KPKT, YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin yang menyokong rayuan REHDA untuk melanjutkan tempoh HOC selama 6 bulan lagi. Bagi terus menggalakkan lagi peningkatan jumlah pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia dan bagi mencapai objektif untuk mengurangkan bilangan rumah yang tidak terjual, maka Kerajaan bersetuju untuk meneruskan HOC untuk tempoh 6 bulan lagi, iaitu mulai 1 Julai 2019 sehingga 31 Disember 2019. HOC ini adalah untuk pemaju perumahan yang berdaftar dengan REHDA, SHAREDA dan SHEDA.

Selain insentif untuk HOC, Kerajaan juga telah menyediakan insentif untuk pembelian rumah pertama (tanpa mengira pembelian daripada pemaju perumahan atau secondary market) seperti berikut:

Untuk pembelian rumah pertama, rakyat yang masih belum memiliki rumah kediaman sendiri tetapi berhasrat untuk membeli dari pemaju perumahan yang tidak berdaftar dengan REHDA atau pembelian dibuat dari secondary market, maka pembeli rumah pertama boleh menuntut pengecualian duti setem di bawah insentif ini.

Sayangi Malaysiaku!

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya
30 Jun 2019

Kenyataan media pada laman web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia: http://www.treasury.gov.my/index.php/galeri-aktiviti/siaran-media/item/5327-siaran-media-lanjutan-tempoh-pengecualian-duti-setem-bagi-pembelian-rumah-kediaman-semasa-kempen-pemilikan-rumah-hoc-selama-enam-bulan-sehingga-31-disember-2019.html


马来西亚财政部发表文告

“ 居者有其屋计划 ” 延长至 12 月 31 日 首购族继续享免印花税优惠至年尾

2019 年国家预算案上所宣布的“居者有其屋计划”,是房屋和地方政府部以及大马房地产发展商公会合作的项目,计划原订从 2019 年 1 月 1 日至 2019 年 6 月 30 日为止。

大马房地产发展商公会联同沙巴房地产发展商公会和砂拉越房地产发展商公会,全面投入这项“居者有其屋计划”,旨在协助马来西亚的房屋首购族能够以更便宜的价格及成本买入人生的第一间房屋,同时也能解决房地产供应过剩的问题。

据国家产业资讯中心(NAPIC)的报告,截至第四季度或 2018 年,马来西亚未售出的住宅数量已增至 3 万 2313 套,价值为 198 亿 6000 万令吉。这反映了长期存在的问题,即房屋所有权,以及市场中房屋供需的不匹配。与 2017 年第四季度相比,未售出住宅单元数量增加 30.6%,住宅单元价值则增长 27.0%。

“居者有其屋计划”乃是政府祭出免印花税的优惠,同时结合了房地产发展商提供的至少 10%折扣优惠。目前提供的印花税豁免如下:

“居者有其屋计划”推展以来受到了公众的热烈欢迎,因为印花税豁免奖励和至少 10%的折扣,能够降低拥有一间房屋的成本,特别是对于从未拥有房屋的马来西亚人来说,帮助甚大。

房屋与地方政府部长祖莱达响应大马房地产发展商公会的诉求,即把“居者有其屋计划”的优惠期限延长六个月。她向财政部提出有关要求,并已获得财政部的接纳。为提高马来西亚人的拥房率,并达到减少滞销房屋数目的目的,政府同意将“居者有其屋计划”再延长 6 个月,即从 2019 年 7 月 1 日至 2019 年 12 月 31 日为止。“居者有其屋计划”适用于在大马房地产发展商公会、沙巴房地产发展商公会和砂拉越房地产发展商公会下注册的房屋开发商。

除了“居者有其屋计划”的激励措施外,政府还为房屋首购族提供了激励措施(无论购自房屋发展商或二手市场),具体如下

对于那些打算从不在大马房地产发展商公会下注册的发展商购买房产,或者在二手市场购屋的首购族,亦可以在此激励下申请印花税免税。

我爱马来西亚!

林冠英 财政部长
马来西亚财政部
2019 年 6 月 30 日

文告来自火箭报: https://is.gd/l0rdQ1


MEDIA RELEASE
MINISTER OF FINANCE MALAYSIA
YB TUAN LIM GUAN ENG

STAMP DUTY EXEMPTION FOR FIRST HOME PURCHASES DURING THE HOME OWNERSHIP CAMPAIGN IS EXTENDED FOR SIX MONTHS UNTIL 31 DECEMBER 2019

The Home Ownership Campaign (HOC) that was announced in Budget 2019 and in effect from 1 January 2019 until 30 June 2019, is a collaboration between the Ministry of Housing and Local Government (KPKT) and the Real Estate and Housing Developers’ Association (REHDA), along with the Sabah Housing and Real Estate Developers Association (SHAREDA) and the Sarawak Housing and Real Estate Developers’ Association (SHEDA). These associations were fully involved with the HOC campaign that was intended to help Malaysians own their first home at a lower price and cost, while simultaneously addressing the real estate supply overhang.

According to a report from the National Property Information Centre (NAPIC), the number of unsold residential properties in Malaysia had risen to 32,313 units valued at RM19.86 billion as at the fourth quarter or 2018. This reflects the long-standing issues of home ownership, as well as the mismatch between the supply and demand of houses in the market. Compared to the fourth quarter of 2017, this represents a 30.6% increase in the volume of residential units unsold and 27.0% increase in the value of residential units. 

The HOC combines Government incentives in the form of stamp duty exemptions and incentives from housing developers of at least 10% discounts on purchase prices. The stamp duty exemptions that have been made available are as follows:

HOC has received a positive reception from the public as the stamp duty exemption incentives and discounts of at least 10% were able to reduce the cost of home ownership especially for Malaysians who have never owned a house.

The Finance Ministry has accepted the KPKT Minister, YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin’s, request in support of REHDA’s appeal to extend the HOC period for another 6 months. To encourage the increase in the level of home ownership among Malaysians and achieve the objective of reducing the number of unsold houses, the Government has agreed to extend the HOC for another 6 months; from 1 July 2019 until 31 December 2019. The HOC is for housing developers registered with REHDA, SHAREDA, and SHEDA.

Besides the HOC incentives, the Government has also made available incentives for first home purchases (regardless of whether the purchase is from a housing developer of from the secondary market), as follows:

For first home purchases, that is for those who have yet to own their own residence but intend to purchase one from developers who are not registered with REHDA, or for purchases made in the secondary market, they can apply for stamp duty exemptions under this incentive.

Sayangi Malaysiaku!

Lim Guan Eng
Minister of Finance
Ministry of Finance Malaysia
Putrajaya
30 June 2019

Media statement on the official website of Ministry of Finance Malaysia: http://www.treasury.gov.my/index.php/en/gallery-activities/press-release/item/5328-media-release-stamp-duty-exemption-for-first-home-purchases-during-the-home-ownership-campaign-is-extended-for-six-month-until-31-december-2019.html

Scroll to Top