Masih ramai yang ingin menyumbang kepada mangsa ribut dan banjir di Pulau Pinang. Usaha anda sememangnya dihargai!

Tabung Bencana Taufan dan Banjir Pulau Pinang yang ditubuhkan oleh DAP Pulau Pinang telah *dihentikan* secara rasmi pada *15 November 2017*. Setakat kini kami telah menyerahkan sebanyak RM8 juta kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan baki tabung ini akan diserahkan sepenuhnya selepas semua sumbangan telah didepositkan.

Sekiranya anda masih ingin menderma, anda boleh membuat demikian melalui tabung yang dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang:

*Bantuan Banjir Pulau Pinang*
*Maybank: 5570-5461-6881*

Sila sebarkan!